Pusat Hemodialisis Mergong

Pusat Hemodialisis Mergong Pusat Hemodialisis Mergong Sdn Bhd (PHM)(200401005950)(644453-M). Panel JPA, Panel SOCSO

🔥 DEMONSTRASI & LATIHAN PENGGUNAAN FIRE EXTINGUISHER 🔥Pada 28 Julai 2026, warga Pusat Hemodialisis Mergong Sdn. Bhd. (PH...
30/07/2026

🔥 DEMONSTRASI & LATIHAN PENGGUNAAN FIRE EXTINGUISHER 🔥

Pada 28 Julai 2026, warga Pusat Hemodialisis Mergong Sdn. Bhd. (PHMSB) telah menyertai demonstrasi dan latihan penggunaan alat pemadam api yang dikendalikan oleh En. Azhar daripada Syarikat Fireline.

Latihan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesiapsiagaan staf dalam menghadapi situasi kecemasan kebakaran. Terima kasih kepada En. Azhar dan Syarikat Fireline atas perkongsian ilmu serta latihan praktikal yang sangat bermanfaat.

Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Bersedia hari ini, lindungi nyawa dan harta. 🚒

LAWATAN PAKAR NEFROLOGI Dr Mohammad Faisal bin Asmee Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar17 Jun 2026Sesi konsultasi dan...
22/06/2026

LAWATAN PAKAR NEFROLOGI Dr Mohammad Faisal bin Asmee Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
17 Jun 2026

Sesi konsultasi dan pemeriksaan kesihatan berkala bagi pesakit dialisis di Pusat Hemodialisis Mergong Sdn Bhd. Lawatan ini bertujuan memastikan pemantauan kesihatan pesakit dilakukan secara berterusan serta memberi nasihat perubatan yang komprehensif.

Pusat Hemodialisis Mergong Sdn Bhd 67 & 69, Jalan Shahab 7, Kompleks Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah

BERSAMA KITA MELANGKAH LEBIH SIHAT

🩺 PENJAGAAN IJC (INTERNAL JUGULAR CATHETER) PESAKIT DIALISISIJC merupakan laluan penting untuk rawatan hemodialisis dan ...
08/06/2026

🩺 PENJAGAAN IJC (INTERNAL JUGULAR CATHETER) PESAKIT DIALISIS

IJC merupakan laluan penting untuk rawatan hemodialisis dan memerlukan penjagaan yang betul bagi mengelakkan jangkitan serta komplikasi yang serius.

✅ Pastikan balutan sentiasa bersih dan kering
✅ Elakkan kawasan IJC terkena air
✅ Jangan sentuh atau tarik catheter
✅ Periksa tanda-tanda jangkitan seperti kemerahan, bengkak, sakit atau demam
✅ Segera maklumkan kepada jururawat jika terdapat sebarang masalah

Penjagaan yang baik membantu memastikan rawatan dialisis berjalan lancar dan mengurangkan risiko kemasukan ke hospital.

📍 Pusat Hemodialisis Mergong Sdn Bhd 67 & 69, Jalan Shahab 7, Kompleks Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah.

☎️ 04-735 1581

🚨 PENGGUNAAN TOURNIQUET SELEPAS DIALISIS PERLU DILAKUKAN DENGAN BETUL 🚨Tourniquet digunakan hanya sementara untuk memban...
21/05/2026

🚨 PENGGUNAAN TOURNIQUET SELEPAS DIALISIS PERLU DILAKUKAN DENGAN BETUL 🚨

Tourniquet digunakan hanya sementara untuk membantu mengawal pendarahan selepas rawatan dialisis. Penggunaan yang terlalu ketat atau terlalu lama boleh memberi risiko kepada fistula dan aliran darah pesakit.

⚠️ Antara risiko jika salah penggunaan: ❌ Fistula tersumbat (thrombosis)
❌ Bengkak / hematoma
❌ Tangan kebas, sejuk atau sakit
❌ Kerosakan salur fistula

✅ Apa yang perlu dilakukan:
✔️ Ikut arahan petugas dialisis
✔️ Jangan lipat tangan terlalu kuat
✔️ Periksa semula thrill fistula
✔️ Maklumkan segera jika ada sakit, bengkak atau pendarahan berterusan

💙 Jaga fistula anda, kerana ia adalah “nyawa” bagi rawatan dialisis.

⚠️ Jangan ambil ringan bila skip rawatan dialisis.Satu sesi yang ditinggalkan boleh memberi kesan besar kepada kesihatan...
17/05/2026

⚠️ Jangan ambil ringan bila skip rawatan dialisis.
Satu sesi yang ditinggalkan boleh memberi kesan besar kepada kesihatan dan nyawa pesakit.

Dialisis membantu membuang toksin dan lebihan cecair dalam badan apabila buah pinggang tidak lagi berfungsi dengan baik. ❤️

✅ Patuhi jadual rawatan
✅ Jaga pemakanan & pengambilan air
✅ Ambil ubat seperti diarahkan
✅ Dapatkan nasihat jika ada masalah kesihatan
“Dialisis bukan pilihan, ia keperluan untuk hidup.”

Selamat Hari Jururawat 💙Terima kasih kepada semua jururawat atas pengorbanan, kasih sayang dan dedikasi yang tidak perna...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat 💙

Terima kasih kepada semua jururawat atas pengorbanan, kasih sayang dan dedikasi yang tidak pernah mengenal penat dalam menjaga pesakit.
Senyuman dan layanan kalian memberi kekuatan serta harapan buat setiap insan yang dirawat.

Anda bukan sekadar jururawat, tetapi wira kesihatan yang sentiasa dihargai. 🌸

Ikhlas daripada
Pusat Hemodialisis Mergong Sdn. Bhd. (PHMSB)

🩺 Mencari pusat rawatan dialisis yang selesa, mudah diakses dan dipercayai di sekitar Alor Setar?📍 Pusat Hemodialisis Me...
11/05/2026

🩺 Mencari pusat rawatan dialisis yang selesa, mudah diakses dan dipercayai di sekitar Alor Setar?

📍 Pusat Hemodialisis Mergong Sdn. Bhd kini menerima pesakit dari kawasan:
✅ Mergong
✅ Alor Janggus
✅ Jalan Putra
✅ Shahab Perdana
✅ Langgar
✅ Jalan Datuk Kumbar
dan kawasan sekitar.

💙 Kami menyediakan:
✔️ Rawatan hemodialisis profesional
✔️ Persekitaran bersih, selesa & kondusif
✔️ Jururawat berpengalaman dan mesra
✔️ Lokasi mudah diakses dengan kemudahan parking

📌 Berita baik untuk pesakit panel:
✅ Pesakit JPA
✅ Pesakit PERKESO / SOCSO

👉 TIADA BAYARAN DEPOSIT dikenakan bagi pesakit JPA dan PERKESO / SOCSO tertakluk kepada kelulusan panel.

📞 Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut atau semakan slot rawatan.

PUSAT HEMODIALISIS MERGONG SDN. BHD
“Kesihatan Anda, Keutamaan Kami”

~PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN PERGIGIAN DAN MULUT~Hari ni Pusat Hemodialisis Mergong Sdn Bhd menerima lawatan daripada ...
22/04/2026

~PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN PERGIGIAN DAN MULUT~

Hari ni Pusat Hemodialisis Mergong Sdn Bhd menerima lawatan daripada Klinik Pergigian Alor Setar, Kedah bagi sesi pemeriksaan kesihatan mulut khas untuk pesakit dialisis 😊

Program ni bukan sekadar ceramah, tapi penuh dengan info berguna tentang penjagaan gigi dan gusi — especially penting untuk pesakit dialisis yang memang perlu jaga kesihatan mulut dengan lebih rapi 💙

Selain sesi penerangan, pemeriksaan gigi turut dijalankan secara terus kepada pesakit. Doktor dan team juga berkongsi nasihat-nasihat praktikal yang mudah difahami dan boleh diamalkan dalam kehidupan harian 🦷✨

Alhamdulillah, pesakit pun bagi kerjasama yang sangat baik dan nampak happy sepanjang sesi berlangsung 😄

Lawatan macam ni memang dibuat secara berkala sebagai usaha berterusan untuk tingkatkan kesedaran dan penjagaan kesihatan pesakit 💪

Ribuan terima kasih diucapkan kepada team Klinik Pergigian Alor Setar atas kesudian datang, berkongsi ilmu dan memberi perkhidmatan yang sangat bermanfaat 🙏

Semoga kerjasama baik ini berterusan dan memberi manfaat kepada semua ❤️

Peduli. Profesional. Prihatin
PHMSB

Kawalan fosforus sangat penting untuk kesihatan tulang dan jantung pesakit CKD 💪💓Berikut beberapa tips mudah:Kurangkan m...
15/04/2026

Kawalan fosforus sangat penting untuk kesihatan tulang dan jantung pesakit CKD 💪💓

Berikut beberapa tips mudah:

Kurangkan makanan diproses & segera – banyak bahan tambahan mengandungi fosfat tersembunyi.

Pilih sumber protein segar seperti ayam, ikan atau putih telur.

Hadkan susu dan produk tenusu penuh lemak.

Rendam kekacang atau bijirin sebelum masak untuk kurangkan fosforus larut air.

Baca label makanan — elakkan bahan bertulis “phosphate”, “phosphoric acid” atau “polyphosphate”.

⚖️ Bila fosforus tinggi, kalsium akan keluar dari tulang menyebabkan tulang rapuh dan risiko gatal-gatal kulit meningkat.

Kredit : Renal Care Diet

Kawalan fosforus sangat penting untuk kesihatan tulang dan jantung pesakit CKD 💪💓

Berikut beberapa tips mudah:

Kurangkan makanan diproses & segera – banyak bahan tambahan mengandungi fosfat tersembunyi.

Pilih sumber protein segar seperti ayam, ikan atau putih telur.

Hadkan susu dan produk tenusu penuh lemak.

Rendam kekacang atau bijirin sebelum masak untuk kurangkan fosforus larut air.

Baca label makanan — elakkan bahan bertulis “phosphate”, “phosphoric acid” atau “polyphosphate”.

⚖️ Bila fosforus tinggi, kalsium akan keluar dari tulang menyebabkan tulang rapuh dan risiko gatal-gatal kulit meningkat.

Rujuk dietitian anda di Renal Care Diet Centre!
Klik link di bawah untuk dapatkan slot:
🔗 https://renalcare.my/

🔗 https://renalcare.my/

🔗 https://renalcare.my/

Part 2✨Sambutan Raya PHMSB di Hovel Glamping Private Pool✨
13/04/2026

Part 2

✨Sambutan Raya PHMSB di Hovel Glamping Private Pool✨

Address

Alor Setar

Opening Hours

Monday 07:30 - 19:00
Tuesday 07:30 - 19:00
Wednesday 07:30 - 19:00
Thursday 07:30 - 19:00
Saturday 07:30 - 19:00
Sunday 07:30 - 19:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Hemodialisis Mergong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share