Permai Polyclinics Kota Marudu 24 Jam

Permai Polyclinics Kota Marudu 24 Jam Klinik perubatan 24 jam di Bandau Commercial Centre, Kota Marudu. Klinik Beroperasi 24 jam.
(7)

Permai Policlinics Kota Marudu 24 Jam dahulu dikenali Poliklinik Nusantara Kota Marudu merupakan sebuah klinik perubatan yang terletak di pekan Kota Marudu, Sabah. Klinik menyediakan servis rawatan perubatan, ujian darah, ujian scan ultrasound dan scan xray serta ujian kesihatan dan kecemasan bagi keluarga, ibu dan anak.

08/08/2026
Jadual Dr bertugas 10hb - 16hb August 2026
08/08/2026

Jadual Dr bertugas 10hb - 16hb August 2026

KAWAN KENA RENJATAN ELEKTRIK?Naluri kita bila nampak orang yang kita sayang dalam bahaya ialah terus berlari dan pegang....
07/08/2026

KAWAN KENA RENJATAN ELEKTRIK?

Naluri kita bila nampak orang yang kita sayang dalam bahaya ialah terus berlari dan pegang.

Tetapi untuk kes renjatan elektrik, satu tindakan spontan boleh menyebabkan tragedi menjadi lebih besar.

Semalam, kita dikejutkan dengan kehilangan tiga nyawa dalam satu kejadian renjatan elektrik. Dalam situasi seperti itu, semuanya boleh berlaku dalam beberapa saat.

Sebab itu, perkara paling penting untuk diingat ialah:

JANGAN TERUS SENTUH MANGSA.

Pastikan bekalan elektrik diputuskan terlebih dahulu.

Apa yang perlu dibuat?

1. Pastikan keselamatan diri.

2. Tutup suis utama atau cabut plug jika selamat.

3. Jangan sentuh mangsa jika masih bersentuhan dengan sumber elektrik.

4. Jika bekalan tidak dapat diputuskan, gunakan objek penebat yang kering seperti kayu atau plastik untuk menjauhkan sumber elektrik daripada mangsa.

5. Hubungi 999 dengan segera.

6. Selepas mangsa bebas daripada sumber elektrik, periksa pernafasan. Jika tidak bernafas, mulakan CPR jika anda tahu caranya dan gunakan AED jika ada.

7. Walaupun mangsa sedar, dapatkan pemeriksaan di hospital.

Jangan hampiri kawasan yang basah atau kabel voltan tinggi.

Kadang-kadang, untuk menyelamatkan seseorang, langkah pertama bukan terus menyentuhnya.

Langkah pertama ialah memastikan kita tidak menjadi mangsa seterusnya.

Semoga tragedi yang berlaku menjadi peringatan kepada kita semua.

Credit to Public Health Malaysia

07/08/2026

Ada masalah batuk ? dtglah ke klinik kami ☺️

Good Morning😊
06/08/2026

Good Morning😊

Kesihatan mental benar-benar diuji apabila satu persoalan terus berulang di dalam kepala.“Mengapa?”Mengapa perkara ini b...
05/08/2026

Kesihatan mental benar-benar diuji apabila satu persoalan terus berulang di dalam kepala.
“Mengapa?”
Mengapa perkara ini berlaku kepada aku?
Mengapa dia sanggup melakukan begitu?
Mengapa aku tidak mampu melupakannya?
Persoalan yang sama dimainkan berulang kali, bagaikan sebuah filem yang tidak tahu bagaimana untuk berhenti.
Walaupun tubuh sedang berehat, fikiran masih bekerja. Mengulang kembali setiap peristiwa, setiap kata-kata dan setiap kemungkinan yang mungkin tidak akan pernah mendapat jawapan.
Semakin kita cuba melupakan, semakin kuat ia kembali.
Jika ini yang sedang berlaku kepada anda, jangan paksa diri mencari semua jawapan dalam satu malam.
Berhenti seketika. Tarik nafas perlahan-lahan. Alihkan perhatian kepada perkara yang berada di hadapan mata. Tuliskan apa yang sedang bermain dalam fikiran supaya ia tidak terus berserabut di dalam kepala.
Bercakaplah dengan seseorang yang anda percayai. Kadangkala, kita tidak memerlukan jawapan. Kita hanya memerlukan seseorang yang sanggup mendengar tanpa menghakimi.
Jika fikiran tersebut berlarutan sehingga mengganggu tidur, pekerjaan, hubungan atau kehidupan harian, dapatkan bantuan profesional.
Penyembuhan tidak semestinya bermula apabila kita menemukan jawapan kepada semua persoalan.
Kadangkala, penyembuhan bermula apabila kita tidak lagi memikulnya seorang diri.

credit to: Public Health Malaysia

05/08/2026

ARGHHHH PENAT

Good Morning☺️
04/08/2026

Good Morning☺️

MAKIN TUA, MAKIN SUSAH NAK BANGUN DARI KERUSIPada mulanya keluarga menyangka ia perkara biasa kerana usia.Tetapi perlaha...
03/08/2026

MAKIN TUA, MAKIN SUSAH NAK BANGUN DARI KERUSI

Pada mulanya keluarga menyangka ia perkara biasa kerana usia.

Tetapi perlahan-lahan, ibu mula:

• Perlu berpaut untuk bangun dari kerusi
• Berjalan semakin perlahan
• Sukar menaiki tangga
• Tidak mampu mengangkat barang seperti dahulu
• Kerap hilang keseimbangan atau hampir terjatuh
• Lengan dan paha kelihatan semakin mengecil

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh sarcopenia, kehilangan kekuatan, saiz dan fungsi otot yang berlaku secara beransur-ansur. Kekuatan otot yang semakin lemah merupakan antara petunjuk terpenting, bukan sekadar melihat tubuh semakin kurus.

Sarcopenia bukan hanya menyebabkan seseorang kelihatan lemah. Ia boleh meningkatkan risiko jatuh, patah tulang, hilang keupayaan mengurus diri dan akhirnya bergantung kepada orang lain.

Risikonya lebih tinggi apabila seseorang:

• Jarang bergerak atau banyak berbaring
• Kurang makan, terutama sumber protein
• Mengalami penurunan berat badan
• Menghidap penyakit kronik
• Lama dimasukkan ke hospital
• Tidak melakukan latihan kekuatan

Berjalan memang baik, tetapi otot juga perlu dilatih.

Mulakan dengan aktiviti mudah seperti bangun dan duduk dari kerusi, menaiki tangga, mengangkat botol air atau menggunakan resistance band. Aktiviti menguatkan otot disarankan sekurang-kurangnya dua hari seminggu, mengikut kemampuan dan tahap kesihatan masing-masing.

Pastikan juga pengambilan makanan mencukupi, termasuk sumber protein seperti ikan, ayam, telur, susu, tauhu, tempe dan kekacang.

Jangan tunggu sehingga ibu atau ayah terjatuh baru menyedari mereka sudah kehilangan banyak kekuatan.

Semakin awal dikesan, semakin banyak fungsi dan kebebasan mereka yang masih boleh dipertahankan.

Credit to Public Health Malaysia

Good morning☺️
02/08/2026

Good morning☺️

Address

Lot 1, Blok D1, Bandau Commercial Centre
Bandau Kota Marudu
89100

Telephone

+60149262186

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permai Polyclinics Kota Marudu 24 Jam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Permai Polyclinics Kota Marudu 24 Jam:

Shortcuts

Share

Category