22/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
BINTULU, 22 Mei 2026 โ Semangat prihatin dan kasih sayang terus menjadi teras perjuangan MAKSAK Wanita Sarawak apabila Puan Dayang Norjihan binti Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari mengetuai lawatan kebajikan ke Hospital Bintulu sempena Program SarawakKu Sayang (SKS) 2026 peringkat Bahagian Bintulu hari ini.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak, Dato Hajah Baduyah binti Haji Bujang bersama ahli-ahli Exco MAKSAK Wanita Sarawak serta MAKSAK Wanita Bahagian Bintulu.
Program berkenaan menjadi antara pengisian utama sempena penganjuran SKS 2026 yang memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh nilai kemanusiaan, kebajikan sosial dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga perkhidmatan awam negeri.
Rombongan seterusnya mengadakan lawatan ke Wad Kanak-kanak Hospital Bintulu bagi menyantuni pesakit yang sedang menjalani rawatan. Kehadiran rombongan bukan sahaja membawa sumbangan, malah turut memberi sokongan moral serta kata-kata semangat kepada pesakit dan ahli keluarga mereka.
Sebagai tanda keprihatinan sempena sambutan Hari Gawai 2026, MAKSAK Wanita Sarawak turut menyampaikan sumbangan ikhlas berupa wang tunai RM100 kepada setiap pesakit di wad berkenaan menerusi Dana Biro Kebajikan MAKSAK Wanita Sarawak.
Selain itu, sumbangan Hamper SARA Cares turut diserahkan kepada pihak Hospital Bintulu untuk diagihkan kepada 20 kakitangan hospital yang kurang berkemampuan sebagai usaha membantu meringankan beban kos sara hidup mereka.
Program tersebut turut menyaksikan penyerahan bantuan MAKSAK Cares berjumlah RM500 setiap seorang kepada dua penerima terdiri daripada seorang kakitangan awam dan seorang pesara kerajaan yang sedang menjalani rawatan penyakit kronik di Hospital Umum Sarawak.
Pada majlis sama, geran tahunan MAKSAK Wanita bernilai RM5,000 turut disampaikan kepada MAKSAK Wanita Bahagian Bintulu bagi menyokong pelaksanaan pelbagai program kebajikan dan sosial di peringkat bahagian.
Penganjuran program itu mencerminkan komitmen berterusan MAKSAK Wanita Sarawak dalam memperkukuh budaya penyayang, semangat kebersamaan dan nilai prihatin dalam kalangan penjawat awam negeri, selaras dengan aspirasi Kerajaan Sarawak yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat.