Pengarah Hospital Batu Gajah

Pengarah Hospital Batu Gajah Halaman rasmi Pengarah Hospital Batu Gajah untuk hebahan maklumat dan pengumuman rasmi.

16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, pihak pengurusan dan seluruh warga kerja Hospital Batu Gajah ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama merenung kembali semangat perpaduan yang telah menyatukan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sejak 1963, serta terus memupuk semangat muhibah, hormat-menghormati dan kerjasama dalam kepelbagaian yang kita miliki.

Hospital Batu Gajah akan terus komited memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat, selaras dengan semangat perpaduan dan pembangunan negara.
"Sehati Sejiwa"

๐Ÿ“ ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—š๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—จ๐—› & ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—–๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—ŸPada hari Rabu yang lalu, saya telah ...
11/09/2026

๐Ÿ“ ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—š๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—จ๐—› & ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—–๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ

Pada hari Rabu yang lalu, saya telah menghadiri Mesyuarat Libat Urus Pemegang Taruh serta Lawatan Tapak melibatkan kawasan tanah kosong hospital sebagai sebahagian daripada usaha perancangan pembangunan hospital pada masa hadapan.

Sesi ini merupakan platform penting yang menghimpunkan pelbagai agensi teknikal dan kerajaan bagi menyelaras pandangan, kepakaran serta keperluan teknikal dalam memastikan setiap cadangan pembangunan dapat dirancang secara komprehensif, sistematik dan mampan demi kepentingan rakyat.

๐Ÿค ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง

โ€ข Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak
โ€ข Pejabat Daerah dan Tanah Kinta
โ€ข Majlis Daerah Batu Gajah
โ€ข Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
โ€ข Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kinta
โ€ข Tenaga Nasional Berhad (TNB)
โ€ข Lembaga Air Perak

๐Ÿ“‹ ๐—›๐—”๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง & ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž

Mesyuarat telah berlangsung dengan lancar dan produktif sebelum diteruskan dengan lawatan tapak bersama semua wakil agensi. Lawatan ini memberi peluang kepada setiap agensi untuk menilai keadaan tapak berdasarkan skop dan kepakaran masing-masing sebagai persediaan ke arah penyediaan penilaian tapak rasmi yang akan menjadi asas kepada perancangan pembangunan hospital pada masa hadapan.

๐Ÿ—๏ธ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—š๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—จ๐—›

Pembangunan sesebuah hospital merupakan satu projek yang kompleks dan memerlukan penglibatan pelbagai agensi bagi memastikan setiap aspek pembangunan dirancang secara menyeluruh. Libat urus bersama pemegang taruh merupakan elemen penting dalam pengurusan projek kerana ia membolehkan penyelarasan dibuat sejak peringkat awal, di samping memastikan setiap keputusan yang diambil mengambil kira aspek teknikal, perundangan, utiliti, infrastruktur dan kelestarian pembangunan.

Melalui kerjasama strategik ini, isu dan cabaran dapat dikenal pasti lebih awal, penyelesaian dapat dicapai secara kolektif, risiko pelaksanaan projek dapat diminimumkan serta proses pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, teratur dan berkesan. Pendekatan ini juga membantu memastikan pembangunan yang dirancang benar-benar memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

๐Ÿ™ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Majlis Daerah Batu Gajah, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kinta, Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Lembaga Air Perak atas komitmen, kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang sesi libat urus dan lawatan tapak ini.

Semoga jalinan kerjasama yang erat antara semua agensi akan terus diperkukuhkan dalam merealisasikan pembangunan hospital yang lebih moden, mampan dan berdaya saing demi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ถ๐—ป๐—ถ, ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ.



Hari ini saya berpeluang menghadiri Majlis Perasmian 66th Malaysian Medical Association (MMA) National Annual General Me...
10/09/2026

Hari ini saya berpeluang menghadiri Majlis Perasmian 66th Malaysian Medical Association (MMA) National Annual General Meeting (AGM), National Convention & Scientific Congress 2026 yang berlangsung di AC Hotel by Marriott, Ipoh.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perak dan menghimpunkan pengamal perubatan dari seluruh negara untuk berkongsi ilmu, bertukar pandangan serta membincangkan perkembangan dan hala tuju perkhidmatan kesihatan di Malaysia.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) serta Jawatankuasa Penganjur atas penganjuran persidangan yang berprestij ini. Semoga platform seperti ini terus memperkukuh kerjasama dalam kalangan profesional kesihatan, menggalakkan perkongsian ilmu, serta menyumbang kepada peningkatan mutu perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan masyarakat.

Terima kasih atas jemputan dan peluang untuk menjadi sebahagian daripada majlis yang bermakna ini.



2 September 2026 I Bilik Nilam, saya telah mempengerusikan Mesyuarat VCM (Visiting Consultant Meeting) Bil. 7/2026 berte...
02/09/2026

2 September 2026 I Bilik Nilam, saya telah mempengerusikan Mesyuarat VCM (Visiting Consultant Meeting) Bil. 7/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Nilam, Hospital Batu Gajah.

Mesyuarat berkala ini menjadi platform penting dalam menyelaraskan perkhidmatan kepakaran klinikal, memperkukuh kualiti rawatan, dan memastikan perkhidmatan terbaik terus dinikmati oleh komuniti setempat.

Istimewanya pada mesyuarat kali ini, saya berkesempatan menyampaikan Sijil Penghargaan daripada Dr. Norita binti Shamsudin, Pengarah Makmal Kesihatan Awam (MKA) Ipoh kepada barisan wira Hospital Batu Gajah:

Tahniah diucapkan kepada:

Warga Dewan Bedah, HBG โ€“ atas perkhidmatan cemerlang, keprihatinan, dan profesionalisme tinggi semasa sesi rawatan serta prosedur pembedahan beliau.

Warga Wad 7, HBG โ€“ atas layanan mesra, sifat penyayang, dan penjagaan berkualiti tinggi sepanjang tempoh kemasukan di wad.

Pengiktirafan daripada rakan agensi kesihatan ini membuktikan bahawa dedikasi, keikhlasan, dan nilai empati warga HBG sentiasa memberi impak yang mendalam kepada setiap pesakit yang menerima rawatan di sini.

Terima kasih kepada seluruh ahli mesyuarat dan syabas kepada warga Dewan Bedah serta Wad 7. Teruskan momentum kecemerlangan ini demi memartabatkan mutu perkhidmatan kesihatan awam!

Kecil tapi bermakna.............
26/08/2026

Kecil tapi bermakna.............

16/08/2026

14 Ogos 2026, Pusat Latihan-Saya telah hadir bagi merasmikan Majlis Perhimpunan Pagi bertemakan Hari Kemerdekaan dan Program Penyusuan Susu Ibu.

15/08/2026

Tahniah Unit Farmasi..

MESYUARAT JAWATANKUASA AKREDITASI HOSPITAL BATU GAJAH BIL 2/2026BATU GAJAH, 11 OGOS 2026 โ€“ Telah berlangsung Mesyuarat J...
12/08/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA AKREDITASI HOSPITAL BATU GAJAH BIL 2/2026

BATU GAJAH, 11 OGOS 2026 โ€“ Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi Hospital Batu Gajah Bil 2/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Nilam, HBG.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh saya, telah dihadiri oleh barisan Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, Penyelia Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, serta wakil dari pelbagai unit.

Antara fokus utama yang dibincangkan termasuklah:
โ€ข ๐Ÿ“‘ Persediaan Laporan 12 Bulan untuk dihantar ke Malaysian Society for Quality in Health (MSQH)
โ€ข ๐Ÿ“‹ Pembentangan dan penyemakan Polisi Hospital
โ€ข ๐Ÿ’ฌ Perbincangan perkara berbangkit serta penambahbaikan kualiti perkhidmatan

Komitmen berterusan daripada seluruh warga HBG adalah bukti kesungguhan kita dalam memastikan kualiti rawatan, keselamatan pesakit, dan perkhidmatan kesihatan sentiasa berada di tahap yang tertinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir serta memberikan kerjasama penuh sepanjang mesyuarat berlangsung.

Syabas kepada Jawatankuasa HMI & seluruh warga kerja HBG
31/07/2026

Syabas kepada Jawatankuasa HMI & seluruh warga kerja HBG

๐Ÿฅ TAHNIAH HOSPITAL BATU GAJAH! ๐ŸŒŸ

Hospital Batu Gajah dengan penuh rasa syukur dan bangga telah menerima Pengiktirafan Hospital Mesra Ibadah (HMI) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

โœจ Lebih membanggakan, ini merupakan PENGIKTIRAFAN HOSPITAL MESRA IBADAH YANG PERTAMA buat Hospital Batu Gajah.โœจ

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen Hospital Batu Gajah dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang bukan sahaja berkualiti dan selamat, malah menitikberatkan aspek kerohanian serta memenuhi keperluan ibadah pesakit, waris dan warga hospital.

Sijil pengiktirafan ini telah dikeluarkan pada 11 Mei 2026 dan sah sehingga 10 Mei 2029, sebagai pengiktirafan bahawa Hospital Batu Gajah telah memenuhi kriteria Hospital Mesra Ibadah yang ditetapkan. Pencapaian ini adalah hasil usaha, komitmen dan kerjasama seluruh warga Hospital Batu Gajah serta sokongan semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan agenda Hospital Mesra Ibadah.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk Hospital Batu Gajah terus memperkukuhkan budaya kerja cemerlang, penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan penjagaan pesakit yang holistik berlandaskan nilai-nilai kemanusiaan serta ihsan.

โ€œMerawat dengan Ihsan, Membimbing ke Arah Kesejahteraan.โ€

๐ŸŒธSetinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga Hospital Batu Gajah atas kejayaan yang membanggakan ini.๐ŸŒธ

Berkesempatan menyertai team saya dalam Audit Pemeriksaan Khas Menyeluruh Keadaan Fizikal Fasiliti dan Aset Hospital dan...
29/07/2026

Berkesempatan menyertai team saya dalam Audit Pemeriksaan Khas Menyeluruh Keadaan Fizikal Fasiliti dan Aset Hospital dan melihat sendiri proses pemeriksaan yang dijalankan bagi menilai keadaan fizikal fasiliti serta aset hospital secara menyeluruh.

Sepanjang audit, jelas kelihatan ketelitian, komitmen dan kerjasama semua pihak dalam memastikan setiap fasiliti dan aset berada dalam keadaan yang baik, selamat serta berfungsi mengikut standard yang ditetapkan. Setiap pemerhatian dan penilaian yang dibuat merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan berterusan ke arah penyediaan persekitaran hospital yang kondusif dan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Terima kasih kepada team atas peluang untuk turut serta dalam audit ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan terus memberi manfaat dan menyumbang kepada pengurusan fasiliti serta aset hospital yang lebih cemerlang.



Address

Jalan CHANGKAT
Changkat
31000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengarah Hospital Batu Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pengarah Hospital Batu Gajah:

Shortcuts

Share

Category