Hospital Cyberjaya

Hospital Cyberjaya The first platinum-rated government hospital under the Green Building Index certification
(1)

๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐’๐Œ๐Š ๐Š๐„๐’๐„๐‡๐€๐“๐€๐ ๐†๐„๐๐”๐’ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐‘, ๐ˆ๐๐ƒ๐Ž๐๐„๐’๐ˆ๐€12 Jun 2026: Hospital Cy...
12/06/2026

๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐’๐Œ๐Š ๐Š๐„๐’๐„๐‡๐€๐“๐€๐ ๐†๐„๐๐”๐’ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐‘, ๐ˆ๐๐ƒ๐Ž๐๐„๐’๐ˆ๐€

12 Jun 2026: Hospital Cyberjaya hari ini amat berbesar hati menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada delegasi antarabangsa, SMK Kesehatan Genus Sumbar (Gema Nusantara) Bukittinggi, Indonesia. Delegasi lawatan yang terdiri daripada 35 orang pelajar dan 6 orang pengajar ini diketuai secara rasmi oleh Yang Berusaha Dr. H. Defi Endri, MM.MPd., Pengetua Lembaga Pengarah dan Yang Berusaha Ibu Rina, S.Pd. MM, Head Master.

Kehadiran tetamu luar negara ini telah disambut mesra oleh oleh Tn. Syed Mohd Fariz bin Syed Mansor Al Idrus, Timbalan Pengarah (Pengurusan), bersama Pn. Norima bt Md Noor (Ketua Jabatan Farmasi) dan Matron Siti Fadzilah binti Sheikh Abdullah (Ketua Penyelia Jururawat).

Sebagai sebuah hospital berpakar major yang terletak strategik di bandar pintar dan hub teknologi negara, Hospital Cyberjaya amat berbangga dapat berkongsi standard operasi bertaraf cemerlang kepada bakal-bakal tenaga pakar kesihatan masa hadapan. Melalui program ini, para pelajar didedahkan secara fizikal kepada pengurusan fasiliti hospital moden menerusi lawatan ke Wad 8A & Wad 7A, melihat integrasi pengurusan wad dan standard operasi klinikal. Selain itu para delegasi juga dibawa melawat rantaian Jabatan Farmasi (Dalam, Luar, & Logistik) serta memahami aliran logistik ubat-ubatan yang sistematik.

Hospital Cyberjaya berharap agar sesi taklimat dan sharing session ini dapat memberikan nilai tambah yang tinggi, menyuntik inspirasi, serta memperkukuh hubungan dua hala dalam sektor pendidikan kesihatan antara Malaysia dan Indonesia. Terima kasih diucapkan kepada SMK Kesehatan Genus Sumbar atas kunjungan ini. Selamat pulang dengan inspirasi baharu!




๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐๐„๐‘๐€๐‰๐” ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐Œ๐€๐‘๐“๐๐„๐„๐Sejajar dengan pelancaran Cyberview Living Labยฎ ...
12/06/2026

๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐๐„๐‘๐€๐‰๐” ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐Œ๐€๐‘๐“๐๐„๐„๐

Sejajar dengan pelancaran Cyberview Living Labยฎ Accelerator (CLLA) Cohort 21 Solution Showcase oleh Cyberview Sdn Bhd baru-baru ini, Hospital Cyberjaya kini terlibat secara langsung sebagai hub pelaksanaan projek rintis bersama SmartPeep sebuah syarikat health-tech berteraskan Kecerdasan Buatan (AI) tempatan.

Melalui projek rintis aktif ini, Hospital Cyberjaya mengintegrasikan sistem AI SmartPeep secara percubaan di dalam wad bagi:
- Meningkatkan Keselamatan, mengesan pergerakan berisiko tinggi secara real-time untuk mengurangkan insiden pesakit jatuh.
- Respons Pantas, membantu jururawat menerima amaran awal dengan lebih cepat, sekali gus mengoptimumkan masa tindak balas (response time).
-Kecekapan Operasi, memperkukuh kualiti pengurusan dan penjagaan pesakit dengan sokongan teknologi automasi pintar.

Penglibatan aktif Hospital Cyberjaya dalam projek rintis ini membuktikan komitmen jitu kami meneroka solusi terbaik demi keselamatan, keselesaan, dan kecemerlangan rawatan untuk seluruh komuniti.




Cyberview Sdn Bhd showcased 23 high-impact start-ups at the Cyberview Living Labยฎ Accelerator (CLLA) Cohort 21 Solution Showcase, underscoring its commitment to accelerating start-ups from validation to commercialisation.

The solutions spanned smart healthcare and wellness, sustainability, smart infrastructure, enterprise, and artificial intelligence, in line with the growing demand for scalable, human-centric innovation.

The showcase also highlighted the top 10 shortlisted start-ups advancing to CLLA Cohort 21 Demo Day on 16 June 2026, where they will pitch to investors and corporates for funding and partnership opportunities.

Read the full story at www.bernamabiz.com/news.php?id=2561384

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐Œ๐”๐‘๐๐ˆ๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐”๐๐ˆ๐“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐Œ๐„๐Œ๐€๐‚๐” ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐”๐‘๐”๐’ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€9, 10 &...
12/06/2026

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐Œ๐”๐‘๐๐ˆ๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐”๐๐ˆ๐“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐Œ๐„๐Œ๐€๐‚๐” ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐”๐‘๐”๐’ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€

9, 10 & 11 Jun 2026: Hospital Cyberjaya terus kedepan melangkah dinamik dalam memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti ini. Bermula 9 hingga 11 Jun 2026, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Pemurnian Polisi Jabatan dan Unit Hospital Cyberjaya bertempat di Institut Latihan FAMA, Port Dickson. Bagi memaksimumkan produktiviti program tiga hari ini, agenda turut diisi dengan pelaksanaan Mesyuarat Ketua Jabatan dan Ketua Unit Bil. 2/2026 pada hari pertama, platform memperkemas tadbir urus dan keputusan operasi hospital.

Bengkel intensif selama tiga hari ini merupakan platform strategik yang menghimpunkan barisan peneraju jabatan dan unit hospital bagi meneliti, menyemak semula, dan mengintegrasikan polisi operasi. Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr. Mardiah binti Masharuddin, Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Cyberjaya. Melalui ucapannya, menegaskan bahawa polisi bukan sekadar dokumen statik di dalam fail, sebaliknya ia adalah 'kompas', pelindung, dan asas kepada setiap keputusan klinikal serta kerja operasi harian.

Pemurnian kali ini wajib berpaksikan kepada General Hospital Operational Policy (GHOP) Third Edition 2025 yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan amalan di Hospital Cyberjaya sentiasa seragam, selamat, dan bertaraf cemerlang. Tiga fokus utama yang digariskan adalah Penyelarasan Kejelasan Operasi (Operational Clarity) dan Keselamatan Pasakit & Staf (Safety First).

Selepas tirai bengkel berlabuh, telah bermula fasa paling penting, semua Ketua Jabatan dan Ketua Unit diamanahkan sebagai 'pemilik' (ownership) kepada polisi yang telah dimurnikan. Hala tuju utama selepas ini adalah membawa pulang hasil bengkel ke jabatan masing-masing, mendidik, menyebarluas, dan memastikan setiap anggota barisan hadapan (frontliners) memahami serta patuh kepada standard operasi yang baharu demi peningkatan kualiti rawatan.

Turut hadir Tn. Syed Mohd Fariz bin Syed Mansor Al Idrus , Timbalan Pengarah (Pengurusan), Ketua Jabatan dan Ketua Unit Hospital Cyberjaya. Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Urus Setia yang terdiri daripada barisan klinikal dan pengurusan. Sinergi kolektif ini adalah pemacu utama Hospital Cyberjaya ke arah kecemerlangan penyampaian perkhidmatan demi rakyat.




๐—™๐—”๐—ž๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐—›๐—–๐— | ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฒ.๐Ÿฑ ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿฏ๐Ÿด๐Ÿฌ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ผ๐—ฟ๐—ถTahukah anda? Berjala...
05/06/2026

๐—™๐—”๐—ž๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐—›๐—–๐— | ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฒ.๐Ÿฑ ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿฏ๐Ÿด๐Ÿฌ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ผ๐—ฟ๐—ถ

Tahukah anda? Berjalan 10,000 langkah sehari bersamaan dengan kira-kira 6.5 kilometer dan mampu membakar sehingga 380 kalori.

Selain membantu mengawal berat badan, amalan berjalan kaki secara konsisten juga dapat meningkatkan kesihatan jantung, menguatkan otot dan tulang serta mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik.

Jadikan berjalan kaki sebagai sebahagian daripada rutin harian anda untuk kehidupan yang lebih sihat dan cergas.





๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐‘๐€๐…๐€๐Š ๐’๐„๐Œ๐๐€๐‡ ๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ๐๐˜๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ƒ.๐˜.๐Œ.๐Œ. ๐“๐„๐๐†๐Š๐” ๐๐„๐‘๐Œ๐€๐ˆ๐’๐”๐‘๐ˆ ๐’๐„๐‹...
04/06/2026

๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐‘๐€๐…๐€๐Š ๐’๐„๐Œ๐๐€๐‡ ๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ๐๐˜๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ƒ.๐˜.๐Œ.๐Œ. ๐“๐„๐๐†๐Š๐” ๐๐„๐‘๐Œ๐€๐ˆ๐’๐”๐‘๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-55 Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Semoga Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebahagiaan serta berada dalam limpah rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga Kerja Hospital Cyberjaya dengan penuh hormat dan takzim merafakkan sembah ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor.

๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐‹๐”-๐€๐‹๐”๐Š๐€๐ ๐‹๐ˆ๐๐”๐“๐€๐ ๐‘๐€๐ƒ๐ˆ๐Ž ๐“๐„๐‹๐„๐•๐ˆ๐’๐˜๐„๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐‘๐“๐Œ) ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‰๐”๐€๐ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐‰๐€๐Š๐ˆ๐Œ) ๐“๐„...
03/06/2026

๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐‹๐”-๐€๐‹๐”๐Š๐€๐ ๐‹๐ˆ๐๐”๐“๐€๐ ๐‘๐€๐ƒ๐ˆ๐Ž ๐“๐„๐‹๐„๐•๐ˆ๐’๐˜๐„๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐‘๐“๐Œ) ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‰๐”๐€๐ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐‰๐€๐Š๐ˆ๐Œ) ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐Œ๐„๐’๐‘๐€ ๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€๐‡

3 Jun 2026: Hospital Cyberjaya amat berbesar hati menerima kunjungan dan liputan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) berhubung pelaksanaan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) di Hospital Cyberjaya.

Pada hari ini, pihak Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah yang diketuai oleh Dr. Mardiah binti Masharuddin, Timbalan Pengarah (Perubatan) dan diselaraskan oleh Ustazah Zainab binti Bujang, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam telah terlibat dalam sesi temu bual, penggambaran serta simulasi pelaksanaan inisiatif HMI. Sebagai sebuah hospital yang komited terhadap penyampaian perkhidmatan berpusatkan pesakit, Hospital Cyberjaya menyambut baik usaha JAKIM dalam memperluaskan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan Hospital Mesra Ibadah melalui platform media arus perdana.

Pendedahan melalui RTM diyakini mampu meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap peranan aspek kerohanian dalam proses penyembuhan serta memperkenalkan amalan terbaik yang telah dilaksanakan di fasiliti kesihatan seluruh negara. Hospital Cyberjaya percaya bahawa kerjasama erat antara sektor kesihatan dan institusi agama akan terus memperkukuhkan ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih inklusif, berperikemanusiaan dan menyantuni keperluan pesakit secara menyeluruh, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.




๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐‘๐€๐…๐€๐Š ๐’๐„๐Œ๐๐€๐‡ ๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐Š๐„ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐˜๐Œ๐Œ ๐’๐๐ ๐˜๐ƒ๐๐€ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐๐”๐“...
31/05/2026

๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐‘๐€๐…๐€๐Š ๐’๐„๐Œ๐๐€๐‡ ๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐Š๐„ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐˜๐Œ๐Œ ๐’๐๐ ๐˜๐ƒ๐๐€ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya dalam menerajui negara tercinta.

Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga Kerja Hospital Cyberjaya dengan penuh hormat dan takzim merafakkan sembah ucapan Dirgahayu Tuanku.

๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐๐†๐”๐‚๐€๐๐Š๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐–๐„๐’๐€๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Seluruh Warga Kerja Hospital Cyberjaya mengucapkan Selamat Menyamb...
30/05/2026

๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐๐†๐”๐‚๐€๐๐Š๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐–๐„๐’๐€๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Seluruh Warga Kerja Hospital Cyberjaya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha.

Semoga sambutan Hari Wesak ini membawa sinar kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan serta memperkukuhkan nilai kasih sayang, toleransi dan kemanusiaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja
Hospital Cyberjaya

๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐๐†๐”๐‚๐€๐๐Š๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐€๐ƒ๐€๐” ๐Š๐€๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Seluruh Warga Kerja Hospital Cyb...
29/05/2026

๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐๐†๐”๐‚๐€๐๐Š๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐€๐ƒ๐€๐” ๐Š๐€๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Seluruh Warga Kerja Hospital Cyberjaya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua yang meraikannya.

Semoga sambutan yang penuh dengan adat, budaya dan warisan ini terus memupuk semangat perpaduan, keharmonian serta kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

โ€œKaamatanโ€ & โ€œGayu Guru Gerai Nyamaiโ€

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja
Hospital Cyberjaya

๐‘๐„๐–๐€๐๐† ๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€28 Mei 2026: Telah berlangsung Program Rewang Ibadah Korban 1447H/2...
28/05/2026

๐‘๐„๐–๐€๐๐† ๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€

28 Mei 2026: Telah berlangsung Program Rewang Ibadah Korban 1447H/2026M anjuran bersama Unit Hal Ehwal Islam, Musolla Ibnu Sina dan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI) Hospital Cyberjaya yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan aktiviti penyembelihan, melapah dan pengagihan daging korban. Program ini berlangsung dalam suasana penuh semangat gotong-royong dan ukhuwah bersama warga hospital serta komuniti setempat.

Program rewang ini turut dibantu dengan kerjasama kakitangan kuarters HCJ, pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta Ahli Lembaga Pelawat Hospital. Daging korban telah diagihkan kepada penama peserta korban, anak-anak yatim Persatuan Bimbingan Kebajikan At-Taqwa, Unit Keselamatan, Edgenta Healthronics serta para peserta rewang yang terlibat sepanjang program berlangsung.

Semoga pelaksanaan ibadah korban ini dapat memperkukuhkan nilai kebersamaan, keikhlasan dan semangat saling membantu dalam kalangan warga Hospital Cyberjaya serta masyarakat sekitar, di samping menyemarakkan penghayatan ibadah dan pengorbanan sempena Aidiladha.




Address

HOSPITAL CYBERJAYA, PERSIARAN MULTIMEDIA, CYBER 11
Cyberjaya
63000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Cyberjaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share