ProtectHealth Corporation

ProtectHealth Corporation Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ProtectHealth Corporation, Healthcare administrator, Cyberjaya.

ProtectHealth ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, adalah pentadbir PeKa B40, pengendali perkhidmatan elektronik (ESP) SPIKPA) dan pelaksana penglibatan Pengamal Perubatan Swasta dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

HealthyMeTalk! Webinar Series🌡️ MITOS VS. FAKTA: APA YANG RAMAI MASIH SALAH FAHAM TENTANG DEMAM DENGGI? 🦟Demam denggi bu...
10/08/2026

HealthyMeTalk! Webinar Series

🌡️ MITOS VS. FAKTA: APA YANG RAMAI MASIH SALAH FAHAM TENTANG DEMAM DENGGI? 🦟

Demam denggi bukan sekadar demam biasa. Tetapi, masih banyak mitos dan salah faham tentang simptom, rawatan dan langkah pencegahan denggi yang berlegar dalam masyarakat.

Jom sertai HealthyMeTalk! Session bersama Dr. Aini Ayu Suriyadi, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Lanaamedik, untuk membezakan mitos dan fakta tentang demam denggi serta mendapatkan maklumat yang tepat daripada pakar. 🩺✨

📅 13 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 4:00 PM
💻 Zoom Webinar

🎁 Menarik untuk anda:
✅ E-certificate disediakan
🎁 Kuiz interaktif dengan hadiah menarik!

Jangan lepaskan peluang untuk belajar, bertanya dan dapatkan maklumat kesihatan yang sahih. 💙

📲 Sertai kami di HealthyMeTalk!
Sekiranya anda berminat boleh isi form dibawah:
https://forms.gle/zB89HwdSbiKmBi9S8

🇲🇾 Malaysia, Jom Check! ❤️➡️ Catat tarikh ini!5–6 September 2026 (Sabtu & Ahad)Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan...
10/08/2026

🇲🇾 Malaysia, Jom Check! ❤️

➡️ Catat tarikh ini!
5–6 September 2026 (Sabtu & Ahad)

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma di lokasi terpilih di seluruh Malaysia.

Saringan awal membantu kita mengenal pasti risiko kesihatan lebih awal. Jom ambil langkah hari ini untuk memastikan kesihatan diri dan keluarga tersayang sentiasa terjaga. ❤️

Pemeriksaan yang disediakan:
✅ Pemeriksaan kesihatan - Program PeKa B40

📍 Lokasi: Seluruh Malaysia
📢 Butiran lokasi akan kami maklumkan dalam masa terdekat.

👉 Semak kelayakan anda hari ini!
https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Kesihatan Anda, Misi Kami.

ProtectHealth Corporation mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Men...
10/08/2026

ProtectHealth Corporation mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Semoga YAB Perdana Menteri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta dipermudah dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepimpinan negara Malaysia.

Setinggi penghargaan atas komitmen dan kebijaksanaan membawa Malaysia ke arah kemajuan, kestabilan dan kesejahteraan demi manfaat seluruh rakyat.

Anwar Ibrahim

10/08/2026
10/08/2026

❤️🏥 Skim Peduli Kesihatan (PeKa) B40 membantu golongan B40 mendapatkan saringan kesihatan percuma serta sokongan rawatan bagi penyakit tidak berjangkit (NCD).

✨ Turut disediakan bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan tambang pengangkutan bagi penerima yang layak.

Semakan kelayakan: https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan




10/08/2026

Saya terbaca penulisan saudari Akleema ini pagi tadi. You really made my day! Finally, there is someone who truly understands this Health Minister's vision. She is absolutely right.

Selama ini, kita sering pesan pada anak muda untuk bijak urus kewangan dan kerjaya, tapi kita jarang tekankan tentang kepentingan mengurus kesihatan mereka sendiri. Tiba masanya naratif ini kita ubah.

Realitinya, penjagaan kesihatan yang sebenar bermula sebelum kita jatuh sakit. Fokus KKM kini adalah beralih daripada sekadar merawat (curative) kepada mencegah (preventive).

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua, terutamanya anak-anak muda: jangan tunggu umur 40-an atau bila badan mula rasa sakit baru nak jumpa doktor. Buatlah saringan kesihatan awal (early health screening). Mencegah sentiasa lebih baik, dan jauh lebih murah daripada merawat.

Kerajaan amat memandang serius hal ini. Sebab itu kita telah memperkasakan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) dan skim PeKa B40 bagi memastikan rakyat mendapat akses kepada saringan kesihatan awal, secara PERCUMA.

Lebih mudah lagi, segalanya kini di hujung jari. Melalui aplikasi MySejahtera, anda boleh semak kelayakan program seperti PeKa B40 dan terus tempah janji temu saringan kesihatan di klinik berhampiran dengan pantas.

Kesihatan adalah aset dan pelaburan terbesar kita. Jom bertindak sekarang. Buka aplikasi MySejahtera anda hari ini dan jadualkan health screening pertama anda. 🩺📱🇲🇾

08/08/2026

Usia 40 bukan sekadar nombor. Ia adalah titik penting untuk kesihatan anda.

Risiko penyakit kronik meningkat. Gejala sering tidak disedari. Kaedah paling selamat adalah dengan saringan awal.

Program PeKa B40 menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma untuk yang layak. Manfaatkanlah.

07/08/2026

Bagi seorang doktor, menyampaikan berita pesakit mengidap kanser adalah antara tugas paling berat.

Namun situasi ini adalah jauh lebih baik jika kanser tersebut dapat dikesan lebih awal.

Program PEKA B40 menyediakan saringan kesihatan percuma untuk yang layak. Manfaatkanlah.

Lebih cepat tahu, lebih besar peluang untuk sembuh.

Kita selalu memikirkan tentang masa depan anak-anak. Tetapi kadang-kadang, dalam kesibukan merancang masa depan mereka, ...
07/08/2026

Kita selalu memikirkan tentang masa depan anak-anak.

Tetapi kadang-kadang, dalam kesibukan merancang masa depan mereka, kita terlupa satu perkara yang jauh lebih berharga...

Kehadiran kita.

Kerana mungkin suatu hari nanti, apa yang paling mereka harapkan bukanlah lebih banyak harta atau wang simpanan.

Mereka hanya mahu kita masih ada.

Jika anda layak, semak PeKa B40 hari ini:
https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Kadang-kadang mak ayah bukan tak nak pergi buat pemeriksaan kesihatan.Mereka cuma selalu cakap,“Tak ada apa-apa pun. Say...
06/08/2026

Kadang-kadang mak ayah bukan tak nak pergi buat pemeriksaan kesihatan.

Mereka cuma selalu cakap,
“Tak ada apa-apa pun. Saya sihat.”

Jangan terus paksa. Cuba ajak dengan cara yang lebih lembut.

“Mak, ayah… jom kita pergi check kesihatan. Saya nak pastikan mak ayah sihat je.” ❤️

Kadang-kadang, ayat yang ringkas daripada seorang anak lebih mudah mereka dengar.

Kalau mak ayah anda layak, saringan kesihatan PeKa B40 ini adalah percuma.

Semak kelayakan di:
https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Address

Cyberjaya

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60386872525

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ProtectHealth Corporation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to ProtectHealth Corporation:

Shortcuts

Share