12/08/2025
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 :
𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 𝗣𝗔𝗦, 𝗡𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗭𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗠𝗜𝗡𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗙𝗢𝗞𝗨𝗦 𝗜𝗦𝗨 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡
PASTI Malaysia memandang serius kenyataan YB Nik Nazmi, Ahli Parlimen Setiawangsa, yang cuba menggambarkan PASTI seolah-olah melanggar undang-undang. Kenyataan tersebut jelas mengabaikan fakta sejarah, peranan, dan sumbangan besar PASTI kepada masyarakat dan negara.
1. PASTI Sah di Sisi Undang-undang
PASTI telah beroperasi sejak 1984 dan sehingga kini mempunyai alumni melebihi satu juta pelajar. Jika PASTI sebuah institusi yang tidak sah, sudah tentu pihak Kerajaan telah lama mengharamkan PASTI dari beroperasi. Sebaliknya pihak Kerajaan sendiri turut mengiktiraf PASTI apabila Kerajaan melalui Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada Julai 2020 telah memberikan sumbangan RM100,000.00 kepada PASTI semasa isu pendemik covid-19.
2. Sumbangan PASTI Kepada Negara
Tanpa menggunakan dana kerajaan, PASTI telah mendidik ratusan ribu kanak-kanak dengan pendidikan pra-sekolah berteraskan Islam. Kejayaan ini terbukti apabila jumlah murid meningkat setiap tahun hasil kepercayaan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan dan pembentukan sahsiah murid.
3. Guru PASTI: Ikhlas Berkhidmat, Tetap Dijaga Kebajikan
Guru-guru PASTI merupakan ahli PAS yang datang dari pelbagai latar belakang akademik termasuk PhD, Sarjana dan Ijazah. Mereka memberikan khidmat secara sukarela dan sepenuh hati sebagai satu bentuk perjuangan. Walaupun menerima saguhati, mereka turut mendapat bantuan kebajikan dan inisiatif meringankan kos sara hidup. Semua guru PASTI juga dibenarkan untuk mencaruman dengan PERKESO melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan KWSP di bawah iSaraan.
4. Perbandingan Tidak Wajar
Adalah tempang untuk membandingkan PASTI dengan institusi pendidikan swasta komersial. Guru PASTI adalah pendidik sukarela yang berjuang demi agama dan bangsa.
Jika Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan mengesahkan guru takmir tidak tertakluk kepada gaji minimum dan Kerajaan tidak bercadang menyediakan skim caruman KWSP dan PERKESO kerana guru takmir tidak memenuhi takrifan pekerja, maka kenapa isu gaji minimum, caruman KWSP dan PERKESO guru PASTI yang juga bukan pekerja p**a dibangkitkan?
5. Persoalan Besar kepada Kerajaan
Jika benar kebajikan guru adalah keutamaan YB, mengapa isu gaji guru takmir dan guru KAFA yang berada di bawah tanggungjawab kerajaan masih belum diselesaikan sehingga hari ini? Mengapa kerajaan begitu teruja menyerang PASTI jika ianya bukan bermotifkan politik?
Kesimp**an
PASTI Malaysia menegaskan bahawa serangan politik terhadap PASTI adalah tindakan yang tidak menghormati jasa pendidik yang telah membina asas pendidikan Islam sejak 1984. Jika benar prihatin, kerajaan sepatutnya menyelesaikan isu gaji guru di bawah jagaan sendiri terlebih dahulu sebelum mempersoalkan sebuah gerakan pendidikan yang tidak membebankan kewangan negara.
PASTI – Membina Generasi Rabbani
Ustaz Mohd Aizat bin Zakaria
Ketua Sektor Pendidikan
Dewan Pemuda PAS Malaysia