Khalilah Care

Hi, nama saya Aziun Khalilah bt Haron.
✅Saya adalah Professional Registered Counsellor (KB11151).
✅Perkhidmatan yang disediakan kaunselor individu/ Kaunseling Pembimbing Kerjaya/ Kaunseling kelompok/ Kaunseling keganasan rumahtangga/ Kaunseling Organisasi Perindustrian/ Employee Assistant Programme (EAP)
✅Speaker dan Trainer Kesejahteraan Kesihatan Mental
✅ Bimbingan kerjaya dan assessmen

t Holland Test (SDS) kepada remaja
✅ Pengendali ujian psikometrik personaliti Myer Briggs Type Indicator (MBTI)
✅ Pengendali ujian-ujian psikometrik seperti saringan Dass 21/ PHQ-9/ Marital Evaluation Checklist/ Big 5 (SIFFM).
✅ Certify in The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Health, Fifth Edition (DSM-5)
________

Menerima Layanan Baik Itu Anugerah======Kak Yun nak cerita dua hari lepas. Dari misi impossible jadi misi possible. Seme...
12/02/2026

Menerima Layanan Baik Itu Anugerah
======
Kak Yun nak cerita dua hari lepas. Dari misi impossible jadi misi possible. Sementara 3 hari lepas, Kak Yun dapat mesej dari adik Kak Yun.

"Ang boleh ka tolong tukar phone abah tu. Phone abah sekarang dah balut dengan selotep. Sebab butang on tu dah tercabut"... Pastu di foward nya gambar-gambar abah tangkap. Semuanya warna kuning! Sambil ayat akhir adik Kak Yun cakap... "Kesian tak?" 🥹... Kak Yun jawab ... "Ishhh.. kesiannya 😭"

Bila cakap macam tu, sape pun akan rasa auto anak paling teruk kalau tak tolong abah kan?

Beberapa bulan lepas abah foward mesej. Abah tanya... "Mesej ni kata apa?"... Bila Kak Yun baca.. "Oh, abah dapat handphone free".

Pernah beberapa kali Kak Yun balik Taiping nak ambil hp tu, tapi talian abah guna, kedainya pun tutup Sabtu Ahad. Tambahan abah kata, "Tak payahlah. Buat ape telefon banyak-banyak".

Keesokan harinya Kak Yun ke kedai talian abah tu. Niat nak bertanya, apakah tawaran itu masih ada.

Sesampai di kaunter customer service, Kak Yun pun tanya... "Hari tu abah saya pernah dapat offer handphone free, jadi saya nak tanya masih lagi ada tawaran itu ke?"

Kata pegawai tu, "Oh ada... bawak tak abahnya?"

"Ishh.. abah saya kat Taiping. Saya sebenarnya beberapa kali pegi kedai talian ni, tapi ye lah Sabtu Ahad tutup. Yang kita pulak balik kampung weekend je kan."

"Semalam adik saya mesej katanya phone abah pakai tu dah balut dengan selotep dan dibaginya gambo-gambo abah tangkap, seme dah warna kuning. Abah pun dah 87 tahun. Saya rasa bersalah, bawak beberapa kali, kedainya tutup"...

Pegawai tu jawab"Allahhhh kesiannya. Paham beno rasanya tu. Abah kitakan"... Perhaps sesiapa pun boleh relate perasaan seorang anak nak bantu ayah"

"Boleh puan, kita cuba buat dari jarak jauh. Ada beberapa perkara abah kena buat. 1st saya bagi QR Qode... Takutnya tak tau pulak nak scan kan. Ada mak tak kat rumah"

Sambil tersenyum... "Hmmm... mak saya tak boleh diajak teman menangkap gambo ni. Kejap saya try call akak saya"... Call punya call tak jawab. Mesej pun tak jawab.

Lama sikit akak jawab... "Akak meeting ni. Kenapa Yun?"... "Nak mintak tolong pegi rumah abah sebab Yun nak cuba claim free phone kat abah dalam pukul 2pm kay"

Sementara tunggu pukul 2pm, Kak Yun pergi makan dulu. Tiba-tiba pegawai tu mesej. "Akak, saya tak keluar makan hari ni. Tapi, saya dah ambilkan nombor akak dulu. Kejap lagi datang terus ke kaunter. Kita bagi sampai dapat jugak phone untuk abah. Terkesima kejap. Terharu pun ada. Baiknya pegawai tu.. Jadi, Kak Yun beli kopi untuk dia. Sebagai tanda penghargaan.

Pukul 2pm Akak datang dengan menantu perempuannya yang sangat celik bab teknikal ni... Penuh la anak, cucu, cicit seme sebab nak nolongkan abah.

Tiba-tiba dapat mesej abah. "Kalau dapat phone baru, phone sekarang ni nak buat ape?.. Kak Yun jawab... 'Tak pe bah, kita ambil dulu phone ni. Nanti kita fikir nak buat ape dengan phone sekarang".

Sekejap lagi dapat mesej abah... "Tak payah lah ambik phone baru tu".... Kak Yun kata... "Takpe bah, kalau abah tak nak, bagilah pada sesiapa yang nak"....Ayat menduga abah tu haha..

Bila proses dah selesai, kata pegawai tu... "Nak kaler ape? Hitam ke Kelabu, cuba tanya abah?"

Terus abah jawab... "Nak warna kelabu"...

Kata pegawai tu "Ya Allah, memang rezeki lah. Warna kelabu ni warna favourite. Yang ni last dalam stok"..

Alhamdulillah dapat dah phone. Nak bawak balik Taiping. Spendtime masa dengan abah mak sebelum puasa. Nak bawak abah mak makan tempat favourite mereka. Nandos. Jangan main-main naa. Hehehe..

Lepas dapat phone, Kak Yun buat video call dengan semua adik beradik. Semua happy. Akak cakap" Allah atur semua dah Yun. Kalau akak sorang tadi pun akak tak reti. Kebetulan menantunya dari Ipoh mai hari tu"...

Cuma Kak Yun nak cerita di sini, banyak urusan Kak Yun sekarang yang sangat impossible jadi possible dalam sekejap je masanya. macam Tom Cruise lakkan. Tak dapat dipastikan kerana muka ni muka kesian ke atau kebetulan dapat pegawai yang baik...

Kak Yun nak puji layanan mesra dan suara yang lemah lembut serta tak lekang senyuman. Seharusnya kita juga membalasnya dengan kebaikan. Hal ini kerana, bila dia tahu Kak Yun kerja kaunselor, dia cakap. "Kita di depan ni menghadap karenah manusia. Yang tumbuk-tumbuk meja, sumpah seranah, mencarut dan siap kata "Makanlah kau rezeki haram dan bagi pada anak-anak kau makan. Esok anak kau jadi tak tentu hala"... Kata pegawai tu lagi... "Ishh kita ni nak nolong dia. Kalau marah macam ni, susah kerja kita"... Kak Yun jawab, "Siapa dia nak tentukan rezeki kita halal ke haramkan"...

Ohya... lupa nak cerita... Dalam pada tu, Kak Yun dapat TV free 65 inci latest version pulak. Maybe sebab dah lama melanggan talian tu kot. Bestnya... Nak letak dalam bilik. Mesti rasa macam panggung wayang kan.. hahah






Siapa Pernah Rasa Macam ni?======Bila aku cakap, aku tak boleh tidur malam,Orang kata "Selama ni Allah bagi nikmat tido,...
23/01/2026

Siapa Pernah Rasa Macam ni?
======
Bila aku cakap, aku tak boleh tidur malam,
Orang kata "Selama ni Allah bagi nikmat tido, kau tak bersyukur. Ni sikit je ujian dah mengeluh".

Bila aku cakap, aku rasa aku tak cukup baik,
Orang kata "Alaaa.. kau overreact la. Ramai lagi yang teruk dari kau"

Bila aku cakap, penat aku fikir apa salah aku,
Orang kata " Move on la. Benda dah lepas, buat apa fikir lagi. Kalau fikir pun tak ubah apa-apa.”

Mereka fikir itu membantu. Tetapi ada satu perkara yang belajar. Bermula dari hari itu,

Aku belajar untuk diam.

Aku belajar menyimpan semuanya sendiri.

Aku pandai senyum walaupun dada sarat.

Aku adi kuat di mata orang tapi sebenarnya aku letih.

Aku berhenti bercerita bukan sebab dah sembuh,
tapi sebab penat tak siapa faham.

Dan, tanpa sedar, aku simpan diri aku sendiri.

Walau nampak meriah, aku sebenarnya sunyi...

Kalau hari ini "yang rasa kena sentiasa kuat" tu rasa:
• Serabut tanpa sebab jelas
• Penat emosi tapi tak tahu nak jelaskan
• Senyap sebab tak nak membebankan orang
• Rasa cuma nak bercakap tanpa dihakimi

Mungkin… cuma mungkin…
"Yang rasa kena sentiasa kuat" perlukan ruang yang selamat untuk bercakap.

Saya sendiri pun percaya:
✅ Tak semua benda perlu diselesaikan sendirian.
✅ Ada perkara yang bila diluahkan, baru kita sedar… “Oh, ada jalan rupanya.”

✅ Kak Yun tinggalkan satu link di bio / profile Kak Yun.
Kalau suatu hari "Yang rasa kena sentiasa kuat" perlu, maka
tahula di mana nak cari.

Tak perlu hari ni.
Tak perlu sekarang.
Cuma… simpan je dulu. 🙂













https://professional-counselling.net/

📢 Sertai Bengkel Interpretasi Alat Pengujian Psikometrik!🎯 Kuasai teknik pentafsiran ujian psikometrik yang diiktiraf da...
03/09/2025

📢 Sertai Bengkel Interpretasi Alat Pengujian Psikometrik!
🎯 Kuasai teknik pentafsiran ujian psikometrik yang diiktiraf dan digunakan secara profesional.
💼 Sesuai untuk kaunselor, pendidik, jurulatih, dan sesiapa yang berminat dalam bidang pembangunan insan.

📅 Tarikh: 22 – 23 Disember 2025 (Isnin & Selasa)
📍 Lokasi: Bilik Seminar Unikeb, Bangi Gateway Shopping Mall
👨‍🏫 Penceramah: Tn. Hj. Hairol Kamal bin Hj. Ab. Rahman
(Jurulatih HRDF & Kaunselor Berdaftar)

🔍 Alat Pengujian yang akan dipelajari:
✅ STAXI-2 (Anger)
✅ MBTI (Personality)
✅ SIFFIM @ Big Five (Personality)
✅ PTSD & Su***de Screener
✅ Marital Evaluation Checklist

💰 Harga Promosi: RM450 sahaja (Harga asal RM500)
🎁 Termasuk Nota Kursus, Sijil Penyertaan & Mata CPD

📲 Hubungi untuk pendaftaran:
Ashikin – 011-19322720
Aziun – 013-4574047

📌 Daftar segera! Tempat adalah terhad.

Siapa nak slot curhat perashaan yang terpendam atau menjeruk rasa sampai jadi asam kering di kawasan di KL, Selangor ata...
09/06/2025

Siapa nak slot curhat perashaan yang terpendam atau menjeruk rasa sampai jadi asam kering di kawasan di KL, Selangor atau online seluruh Malaysia, boleh ler cari akak kay. Akak akan berada di area ni buat masa ini tau.. kita kasi settle dan clear sampah sarap dalam kapla naaa

Address

George Town

Opening Hours

Tuesday 10:00 - 05:00
Thursday 10:00 - 05:00
Sunday 10:00 - 05:00

Telephone

+60134574047

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khalilah Care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Khalilah Care:

Share