16/10/2022
Murid tahun dua ‘diajak’ naik kereta lelaki tak dikenali depan sekolah😨😨
PASIR PUTEH, KELANTAN: Seorang murid darjah dua berdepan detik cemas apabila dia 'diajak' empat lelaki yang tidak dikenalinya untuk menaiki sebuah kereta semasa berada dihadapan sekolah di Selising semalam.
Kejadian berlaku pada jam 4.30 petang semasa kanak-kanak berusia 8 tahun itu sedang menungga ibunya ambil pulang dari sekolah.
kanak-kanak tersebut memberitahu bapanya yang salah seorang lelaki itu beritahu dia yang ibu bapa dia menyuruh mereka menjemput dia dari sekolah sebab ibu bapanya ke klinik.
Menurut adik tersebut, dia cemas dan terus melarikan diri ke dalam sekolah.
Mesti risau selepas baca berita ni kan???😥😥
Sebagai ibu bapa, anda perlu sentiasa ingatkan anak anda tentang bahayanya orang tidak dikenali terutamanya semasa pulang dari sekolah supaya perkara yang buruk tidak berlaku
Ayuh sama-sama kita menjaga dan mengingatkan👍🏻👍🏻