Anak Soleh Solehah

Anak Soleh Solehah MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH ANAK-ANAK DALAM PELAJARAN

Ketagihan gajet semakin membarah?Oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar RamliPerkembangan teknologi membawa pelbagai manfaat d...
15/08/2024

Ketagihan gajet semakin membarah?

Oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli

Perkembangan teknologi membawa pelbagai manfaat dan memberikan kemudahan kepada kehidupan manusia.

Di sebalik manfaat tersebut, terselit keburukan apabila ia tidak digunakan secara berhemah.

Pada masa kini, ketagihan gajet khususnya telefon pintar semakin parah dalam masyarakat.

Ia telah menjadi fenomena biasa dalam berbagai situasi dan lokasi sama ada ketika di meja mesyuarat, meja makan, ruang berbual dan seumpamanya.

Malahan ada ketikanya, orang yang tidak memegang gajet akan tampak pelik dan terasing.

Seringkali kita tengok budak sekarang kecil-kecil lagi sudah pandai main telefon pintar. Ibu bapa memberi gajet kepada a...
11/08/2024

Seringkali kita tengok budak sekarang kecil-kecil lagi sudah pandai main telefon pintar.

Ibu bapa memberi gajet kepada anak apabila mereka sibuk membeli-belah atau pada masa tengah makan supaya anak duduk makan dan tidak mengganggu.

Kanak-kanak menggunakan telefon pintar
Apabila berbincang mengenai gajet, istilah waktu skrin (screen time) kerap digunakan. Waktu skrin bermaksud jumlah masa yang digunakan semasa menggunakan alat dengan skrin seperti telefon pintar, komputer, televisyen, atau konsol permainan video.

Daya fokus ini sebenarnya boleh diransang,supaya ia boleh jadi semakin lama dan semakin intense.Mula-mula seminit, pastu...
05/08/2024

Daya fokus ini sebenarnya boleh diransang,supaya ia boleh jadi semakin lama dan semakin intense.Mula-mula seminit, pastu jadi 3 minit pastu jadi 10 minit dan sebagainya.

Tapi don’t expect too much,kerana fokus maksimum kanak-kanak terhadap satu-satu aktiviti adalah 10-15 minit sahaja.That’s why tadika atau taska yang menuntut kanak-kanak untuk duduk diam atau sit-still dalam kelas lebih dari 15 minit, dikira salah dan sebenarnya mendera mental kanak-kanak.

Perkembangan otak kanak-kanak adalah salah satu perkara penting yang mempengaruhi pertumbuhan mereka. Otak adalah pusat ...
04/08/2024

Perkembangan otak kanak-kanak adalah salah satu perkara penting yang mempengaruhi pertumbuhan mereka. Otak adalah pusat tubuh manusia yang terdiri daripada berbilion sel saraf dan beberapa rangkaian sokongan yang saling berkait untuk mengawal selia kebanyakan pergerakan, tingkah laku dan fungsi badan seperti kadar denyutan jantung, tekanan darah, keseimbangan cecair badan dan suhu badan.

Perkembangan otak kanak-kanak bermula di dalam kandungan. Pakar menyatakan bahawa usia emas untuk pertumbuhan otak kanak-kanak atau usia emas adalah sejak lahir hingga lima tahun. Dalam tempoh masa ini, perkembangan otak kanak-kanak sangat pesat, jadi penting untuk ibu bapa memahami setiap peringkat.

Pada usia satu tahun, saiz purata otak bayi telah mencapai dua kali ganda saiz otaknya semasa dilahirkan. Pada usia 2 tahun, berat otak telah mencapai 75% daripada berat otak orang dewasa. Terdapat banyak perkembangan luar biasa yang berlaku dalam otak si kecil anda dalam tempoh ini. Ini dicirikan oleh perkembangan emosi dan peningkatan rasa ingin tahu.

Pada usia satu hingga dua tahun, kanak-kanak juga mempunyai keupayaan untuk mengenali objek, untuk membentuk perkataan pertama mereka. Lebih-lebih lagi pada usia 2 tahun, si kecil anda akan mempunyai perkembangan motor yang lebih asah. Mereka boleh mula berjalan, kemudian berlari dan melakukan lompatan kecil.

Otak anda bekerja seperti mesin. Ia mempunyai banyak bahagian untuk membantu anda bercakap, memahami apa yang anda lihat...
30/07/2024

Otak anda bekerja seperti mesin. Ia mempunyai banyak bahagian untuk membantu anda bercakap, memahami apa yang anda lihat dan berfikir mengenai perkara di sekeliling anda.

Address

No. PT 5173, Level 1, Retail Building, Taman D'Lahar, Behind Supermas
Kampung Raja
22200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anak Soleh Solehah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share