23/08/2025
HANYA PERUBAHAN KECIL
Pak Rahman seorang guru berusia 42 tahun. Dulu masa umur 20-an dan 30-an, dia kuat bekerja – boleh mengajar pagi sampai petang, malam p**a masih sempat main badminton dengan kawan-kawan. Badannya segar, jarang rasa sakit.
Tapi bila masuk umur 40-an, dia mula perasan sesuatu.
Naik tangga dua tingkat pun sudah tercungap. Bila berdiri lama di kelas, lututnya sakit. Malam p**a susah tidur lena, esok pagi bangun badan terasa berat.
Dia mula tertanya-tanya, “Kenapa aku cepat letih sekarang? Bukankah aku dulu kuat bekerja?”
Sebenarnya, tubuhnya sedang memberi isyarat.
Metabolismenya semakin perlahan, otot-ototnya mula menyusut, hormon juga tidak seperti dulu. Tambahan p**a, kerana sibuk dengan kerjaya dan keluarga, dia jarang bersenam, makan pun lebih kepada makanan segera.
Namun, Pak Rahman tidak berputus asa. Dia mula membuat perubahan kecil:
Setiap pagi berjalan 20 minit sebelum ke sekolah.
Kurangkan minuman manis, lebihkan sayur dan buah.
Tidur lebih awal, tinggalkan telefon sebelum masuk bilik.
Luangkan masa berzikir dan tenangkan fikiran.
Beberapa bulan kemudian, Pak Rahman mula rasa perbezaannya. Badannya kembali bertenaga, minda lebih fokus, malah murid-murid pun perasan dia lebih ceria mengajar.
Dia tersenyum sendiri, “Rupanya usia 40 bukan titik kelemahan… tapi tanda untuk kita lebih menghargai tubuh yang Allah pinjamkan.”
..
#