17/03/2026
Aplikasi MyUBAT yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan farmasi dengan memberikan nilai tambah kepada pesakit. Dengan menggunakan aplikasi ini, pesakit dapat memperoleh bekalan ubat dengan lebih cepat dan mudah. Berikut adalah perkhidmatan VAS yang ditawarkan oleh aplikasi MyUBAT di KK Klebang:
1. Ubat Melalui Pos (UMP)
Pilihan perkhidmatan ini memberi fleksibiliti kepada pesakit dalam mendapatkan bekalan ubat susulan mereka. Dengan menggunakan aplikasi MyUBAT, diharapkan penggunaan sistem ini dapat meningkatkan efisiensi dalam penyediaan ubat-ubatan susulan dan secara keseluruhannya, meningkatkan kepuasan pesakit terhadap perkhidmatan farmasi.