27/12/2024
"Tanda Cinta yang Tak Ternilai"
Rosli menunggu isterinya di ruang tamu sambil memegang sekeping kad kecil.
Rosli: βSayang, boleh datang sini sekejap?β
Nadia: βKenapa, bang? Muka abang macam ada benda penting je.β
Rosli: βAda, tapi tutup mata dulu.β
Nadia: tersenyum kecil βHaish, abang ni. Okeylah.β
Rosli membawa Nadia ke depan kerusi urut yang baru sampai pagi itu.
Rosli: βOkey, sekarang buka mata.β
Nadia: βYa Allah! Kerusi urut? Untuk saya ke ni, bang?β
Rosli: βYa, siapa lagi? Selamat hari jadi, sayang. Awak dah terlalu banyak berkorban, saya nak awak ada masa untuk diri sendiri p**a.β
Nadia: βAbangβ¦ saya tak tahu nak cakap apa. Terima kasih banyak.β
Rosli: βAwak cuba duduk dulu, rasa macam mana.β
Nadia duduk dan ketawa kecil.
Nadia: βIni rasa macam abang urut saya tiap malam! Tapi kali ni, abang boleh rehat juga.β
Rosli: βBetul tu. Sekarang, giliran awak p**a jaga diri sendiri.β
Nadia: βSaya bersyukur sangat ada suami macam abang. Terima kasih sebab sentiasa faham saya.β