Let'z Play Therapy Samarahan

Let'z Play Therapy Samarahan Welcome to Let'z Play Therapy Centre! Our mission is to provide a supportive and engaging environment for individuals with developmental differences.

Through personalized therapy and play-based activities, we foster growth, independence, and joy.

31/08/2026

Merdeka Celebration at Let’z Play Therapy! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΊ

Sempena sambutan Hari Kebangsaan, anak-anak di Let’z Play Therapy bersama-sama meraikan semangat cintakan negara dalam suasana yang penuh ceria dan bermakna. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Semoga anak-anak kita terus membesar menjadi insan yang yakin, berpotensi dan sentiasa bangga menjadi rakyat Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan!

Siapakah pilihan anda sebagai haiwan comel Let'z Play?
01/08/2026

Siapakah pilihan anda sebagai haiwan comel Let'z Play?

POV bergambar dengan staff gen z
31/07/2026

POV bergambar dengan staff gen z

Wat pe tu???? Tengah cari pusat terapi dan sekolah untuk anak?
31/07/2026

Wat pe tu????

Tengah cari pusat terapi dan sekolah untuk anak?

Untuk ibu-bapa sekalian,sekarang tengah musim RSV dan Influenza,kurangkan pergerakkan di kawasan sesak terutamanya di ma...
09/07/2026

Untuk ibu-bapa sekalian,sekarang tengah musim RSV dan Influenza,kurangkan pergerakkan di kawasan sesak terutamanya di mall Dan indoor playground terutamanya untuk anak yang masih kecil.

Sekiranya berlaku simptom segera bawa anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan lakukan isolasi kendiri.

Semoga semuanya terus sihat

🌟 Tahniah Sean & Zayn! 🌟Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sean dan Zayn atas kejayaan melangkah ke satu lagi penc...
09/07/2026

🌟 Tahniah Sean & Zayn! 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sean dan Zayn atas kejayaan melangkah ke satu lagi pencapaian bermakna dalam perjalanan perkembangan mereka dengan berjaya memasuki Program Inklusif Separa di SK Tabuan Ulu.

Pencapaian ini bukan sekadar sebuah penempatan di sekolah, tetapi merupakan hasil daripada usaha yang konsisten, sokongan tanpa henti daripada ibu bapa, dedikasi para guru, serta kerjasama semua pihak yang sentiasa percaya kepada potensi mereka.

Di Let'z Play Therapy, kami percaya bahawa setiap anak berkembang mengikut rentak mereka sendiri. Setiap langkah kecil yang diraikan hari ini adalah asas kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Semoga Sean dan Zayn terus membina keyakinan, mengembangkan potensi diri, menikmati pengalaman pembelajaran yang bermakna serta mencapai lebih banyak kejayaan dalam kehidupan.

Kami amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan perkembangan mereka.

Tahniah Sean & Zayn! Dan keluarga mereka. Terus melangkah, terus bersinar.

Daripada seluruh warga Let'z Play Therapy
Nurturing Abilities, Inspiring Possibilities. πŸ’™πŸ€

KENYATAAN MEDIALet'z Play Therapy Sokong Usaha Memperkasa Advokasi Autisme di Sarawak4 Julai 2026Let'z Play Therapy berb...
04/07/2026

KENYATAAN MEDIA

Let'z Play Therapy Sokong Usaha Memperkasa Advokasi Autisme di Sarawak

4 Julai 2026

Let'z Play Therapy berbesar hati menjadi sebahagian daripada rakan strategik dalam menjayakan Program Advokasi Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme Peringkat Sarawak Tahun 2026, yang berlangsung di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dan Persatuan SUREABLE ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap autisme, meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan intervensi awal, serta memperluaskan jaringan sokongan kepada individu autisme dan keluarga mereka.

Selaras dengan komitmen Let'z Play Therapy dalam memperkasakan pembangunan kanak-kanak berkeperluan khas, penyertaan dalam program ini mencerminkan usaha berterusan untuk membina ekosistem perkhidmatan yang lebih inklusif melalui kerjasama erat antara agensi kerajaan, organisasi masyarakat, institusi pendidikan, penyedia perkhidmatan dan komuniti.

Program ini turut membuka ruang kepada perkongsian ilmu, jaringan profesional dan kolaborasi strategik dalam memastikan setiap individu autisme mendapat peluang yang adil untuk belajar, berkembang dan mencapai potensi terbaik mereka.

Let'z Play Therapy merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan, Persatuan SUREABLE sebagai rakan strategik program, Pustaka Negeri Sarawak atas penyediaan lokasi program yang kondusif, Singapore Chicken Rice (SCR) atas tajaan makanan, Yakult Malaysia atas sumbangan minuman, serta Tadika Good Land dan Let'z Play Therapy atas sumbangan hamper kepada para peserta.

Semoga sinergi yang terjalin ini akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan perkhidmatan autisme yang lebih berkualiti, mudah diakses dan mampan, demi kesejahteraan komuniti autisme di Sarawak dan Malaysia.

Nurturing Abilities, Inspiring Possibilities.

Let'z Play Therapy

Parents Meeting Sesi 1/2026Sabtu yang lepas telah berlangsung Parents Meeting Sesi 1/2026 bagi perbincangan laporan perk...
30/06/2026

Parents Meeting Sesi 1/2026

Sabtu yang lepas telah berlangsung Parents Meeting Sesi 1/2026 bagi perbincangan laporan perkembangan pelajar di bawah Early Intervention Program (EIP), School Readiness Program (SRP) dan After School Program (ASP) di Let'z Play Samarahan / Sourabaya.

Setiap 6 bulan, pihak kami menjalankan penilaian perkembangan bagi memastikan setiap pelajar menerima intervensi yang bersesuaian dengan keperluan dan potensi mereka. Sesi ini turut menjadi ruang untuk berkongsi perkembangan, membincangkan hala tuju intervensi serta mengukuhkan kerjasama antara pusat dan keluarga.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ibu bapa atas kehadiran, kepercayaan dan sokongan yang berterusan. Terima kasih juga kepada seluruh barisan guru atas dedikasi, komitmen dan kasih sayang yang dicurahkan dalam membimbing setiap anak sepanjang 6 bulan yang lalu.

Kami percaya bahawa setiap kemajuan, sekecil mana sekalipun, adalah satu langkah bermakna. Dengan kerjasama erat antara keluarga dan pasukan intervensi, kami yakin setiap anak mampu berkembang mengikut potensi terbaik mereka.

Sekiranya berkelapangan, kami amat menghargai jika ibu bapa dapat berkongsi pengalaman bersama Let'z Play melalui *Google Review* (https://share.google/J7ucV86KUPXGqZIxl) Setiap maklum balas yang diberikan menjadi sumber inspirasi dan membantu kami terus meningkatkan kualiti perkhidmatan demi manfaat anak-anak.

Selamat Hari Bapa Untuk semua bapa di luar sana,Yang berdiri tanpa lelah,Yang terus berjuang tanpa keluh-kesah,Yang mena...
21/06/2026

Selamat Hari Bapa

Untuk semua bapa di luar sana,

Yang berdiri tanpa lelah,
Yang terus berjuang tanpa keluh-kesah,
Yang menanggis dalam diam

Anda semua adalah Hero keluarga πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

πŸ“’ WE ARE HIRING! πŸ“’βœ¨ Join Our Team at Let’z Play Therapy ✨We are currently looking for passionate and dedicated individua...
21/05/2026

πŸ“’ WE ARE HIRING! πŸ“’

✨ Join Our Team at Let’z Play Therapy ✨

We are currently looking for passionate and dedicated individuals to join our growing team!

πŸ”Ή Position:
Administrative Support cm Data Entry & Intervention Assistant

πŸ“ Location:
Kuching & Kota Samarahan

βœ… Requirements:
β€’ Love working with children
β€’ Responsible & hardworking
β€’ Good communication skills
β€’ Able to work independently and in a team

🌟 Why Join Us?
β€’ Positive working environment
β€’ Supportive team
β€’ Career growth opportunities
β€’ Training provided

πŸ“© Interested candidates may send your resume to:
[email protected]

Only shortlisted candidates will be contacted.

Address

1st Floor Sublot 15-16, Phase 3 Sublot 6747, Block 25 Muara Tuang Land District, 94300 Kota Samarahan
Kota Samarahan
93400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Let'z Play Therapy Samarahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Let'z Play Therapy Samarahan:

Shortcuts

Share