AKRAB RTM

AKRAB RTM Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)

Tips untuk tidak toksik bukan bermaksud menjadi sempurna, tetapi belajar menjadi manusia yang lebih matang dalam mengawa...
21/05/2026

Tips untuk tidak toksik bukan bermaksud menjadi sempurna, tetapi belajar menjadi manusia yang lebih matang dalam mengawal sikap, emosi, dan cara melayan orang lain.

Antara tips untuk tidak toksik ialah:

• Belajar mengawal emosi
Tidak semua perkara perlu dibalas dengan marah, sindiran atau dendam.

• Kurangkan s**a mengkritik orang
Tegur dengan hikmah, bukan menjatuhkan maruah atau mencari kesalahan semata-mata.

• Belajar mendengar pandangan orang lain
Jangan rasa diri sentiasa betul. Orang lain juga mempunyai pengalaman dan pendapat yang bernilai.

• Elakkan s**a membandingkan diri atau orang lain
Perbandingan berlebihan melahirkan iri hati dan rasa tidak puas hati.

• Jaga percakapan
Kata-kata boleh menjadi penawar atau racun kepada emosi orang lain.

• Berhenti menyebarkan negatif dan drama
Tidak semua perkara perlu diperbesarkan atau dijadikan bahan cerita.

• Belajar meminta maaf dan memaafkan
Ego yang terlalu besar hanya merosakkan hubungan.

• Dekatkan diri dengan orang yang positif
Persekitaran yang baik membantu membentuk emosi dan sikap yang lebih sihat.

• Fokus memperbaiki diri sendiri
Orang yang sibuk memperbaiki diri biasanya kurang sibuk menjatuhkan orang lain.

Hakikatnya, manusia yang matang bukan yang tidak pernah marah atau kecewa,
tetapi yang tahu mengurus emosi tanpa menyakiti orang lain.

Kerana kehadiran yang baik menenangkan hati,
manakala sikap toksik hanya memenatkan emosi manusia di sekelilingnya. ❤️

21/05/2026
Masalah kesihatan mental boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia, bangsa, tahap ekonomi dan pendidikan. Stigma d...
21/05/2026

Masalah kesihatan mental boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia, bangsa, tahap ekonomi dan pendidikan. Stigma dan salah faham dalam kalangan masyarakat menyebabkan individu yang mengalami masalah atau penyakit mental tidak tampil untuk mendapatkan bantuan professional yang mereka perlukan.

Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental- 𝐓𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐇𝐄𝐀𝐋 𝟏𝟓𝟓𝟓𝟓 (𝐇𝐞𝐥𝐩 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐄𝐦𝐩𝐚𝐭𝐡𝐲 𝐀𝐧𝐝 𝐋𝐨𝐯𝐞) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Tempat kerja toksik memang boleh buat orang jadi “mental”.Bukan sebab anda lemah. Tapi sebab hari-hari duduk dalam ruang...
19/05/2026

Tempat kerja toksik memang boleh buat orang jadi “mental”.

Bukan sebab anda lemah. Tapi sebab hari-hari duduk dalam ruang yang penuh sindiran, provokasi, perang senyap, pilih kasih dan permainan emosi memang boleh mengganggu fikiran.

Dalam tempat begini, jangan terlalu banyak berkongsi. Jangan jawab semua provokasi. Jangan cepat terbakar dengan ayat orang. Simpan bukti bila perlu. Buat kerja sebaik mungkin, tapi jangan sampai hilang diri sendiri.

Kekal baik bukan bermaksud anda kena jadi mangsa. Kekal positif bukan bermaksud anda kena senyum pada semua racun. Ia bermaksud anda masih memilih untuk tidak berubah menjadi toksik, walaupun dikelilingi orang toksik.

Paling penting, bila balik rumah, jangan bawa semua racun tempat kerja masuk ke dalam kepala. Ada perkara yang perlu dilayan secara profesional sahaja, bukan disimpan sampai merosakkan jiwa.

Jaga kerja, tapi jangan lupa jaga diri.

Sumber : PHM

Bila terlalu lama duduk dalam environment yang salah, dikelilingi oleh orang yang toksik, benda yang dulu paling anda mi...
12/05/2026

Bila terlalu lama duduk dalam environment yang salah, dikelilingi oleh orang yang toksik, benda yang dulu paling anda minat pun boleh jadi tawar.

Bukan sebab passion itu mati.

Cuma jiwa anda sudah terlalu lama bertahan. Terlalu lama menahan tekanan, membaca mood orang, menjaga hati yang tidak pernah menjaga anda semula.

Sampai satu tahap, benda yang dulu buat anda rasa hidup pun mula terasa kosong.

Anda bukan malas. Anda bukan hilang arah. Kadang-kadang anda cuma terlalu penat berada di tempat yang membuatkan diri sendiri rasa kecil.

Mungkin yang anda perlukan bukan berhenti mencintai apa yang anda s**a.

Mungkin anda cuma perlukan ruang yang lebih sihat untuk kembali rasa tenang, kembali rasa seronok, dan perlahan-lahan ingat semula siapa diri anda sebelum semuanya jadi terlalu berat.

Sumber : PHM

12/05/2026

Ego membuat manusia sibuk mencari kesalahan orang lain, tapi lupa memperbaiki dirinya sendiri.

SELAMAT PAGI SAHABAT..

Address

Lebuhraya Baru Pantai, Pantai Dalam, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
59200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKRAB RTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share