Perunding Rumah Tangga

Perunding Rumah Tangga Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perunding Rumah Tangga, Kuala Lumpur.

Berapa kali Peluang yang harus diberi? Realiti: Ramai wanita diluar sana yang banyak mengalah dan memberi ruang beberapa...
13/03/2023

Berapa kali Peluang yang harus diberi?

Realiti: Ramai wanita diluar sana yang banyak mengalah dan memberi ruang beberapa kali untuk suaminya berubah menjalankan tanggungjawab sebagai suami yang baik untuk isteri dan keluarga.

Hari ini sahaja di Mahkamah, ada 5 Isteri (plaintif) tarik balik kes atas sebab ingin memberi peluang kepada suami untuk berbaik semula. Mereka batalkan hasrat untuk meneruskan permohonan penceraian. Itu baru satu dewan. Tak tahu dewan Mahkamah yang lain.

Awalnya mereka sanggup menanggung malu semata2 untuk mendapatkan Hak mereka sebagai Isteri yang sah. Demi anak demi keluarga mereka mengalah lagi.

Hakim: Plaintif! Nak teruskan dengan permohonan?
Isteri: Tidak Tuan Hakim, saya ingin menarik balik permohonan cerai saya

Hakim bertanya, siapa paling beruntung dalam dewan ini? Siapa?

Suami menjawab: Saya
Hakim: Benar! Kamu paling beruntung dalam dewan ini sebab isteri kamu beri peluang kali kedua kepada kamu. Hargai isteri kamu.
Hakim: Plaintif, jika suami buat masalah lagi, datang jumpa saya.

Berapa kali Peluang yang anda sanggup tempuh?
Fikirkanlah demi jiwa yang tenang

Dikala pandemik melanda ๐Ÿฆ ๐Ÿฆ Rumahtangga juga dihentam badai ๐ŸŒŠAmbil tahu apa Hak anda! Hak IsteriHak SuamiHak AnakHak Kelua...
27/11/2020

Dikala pandemik melanda ๐Ÿฆ ๐Ÿฆ 
Rumahtangga juga dihentam badai ๐ŸŒŠ

Ambil tahu apa Hak anda!
Hak Isteri
Hak Suami
Hak Anak
Hak Keluarga

Jika berlaku kecurangan
Jika berlaku campur tangan keluarga
Jika berlaku penceraian
Jika berlaku kematian
Jika berlaku kehilangan

Apa hak anda?
Tanya pada yang mahir tentangnya
Setiap ujian ada hikmahnya
Setiap hikmah buat pedoman
Setiap musibah ada asbabnya
Setiap asbab semua dariNya

22/10/2020

Melihat memerhati orang yang hadir ke Mahkamah dengan pelbagai karakter dan emosi ๐Ÿ™‚๐Ÿ˜”๐Ÿ˜ก๐Ÿค”๐Ÿฅฑ๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ฒ๐Ÿฅฐ
Ada yang hadir dengan penuh tanda tanya
ada yang hadir dengan paksaan semata
ada yang hadir dengan emosi hanya dengan selangkah menjejak
ada yang hadir dengan senyap dan berdiam diri
ada yang hadir dengan marahnya dipandang bak Singa
ada yang hadir dengan semangat membara
ada yang hadir dengan sokongan padu keluarga
ada yang hadir dengan hasrat membantu
Semua itu lumrah dan realiti bila anda jejak ke Mahkamah.
Pernah melihat seorang kakak selesai kes di dewan terus ke Kafeterai Mahkamah, tanpa air dan makanan di meja, hanya memegang telefon sambil bermonolog dan mengalir air mata.
Itu mungkin ujian baginya pada hari tu. apa masalahnya itu hanya dirinya yang tahu. Setiap Insan itu ada ujiannya jadi jangan ingat kita tiada masalah walaupun bahagia selalu.
Datang Mahkamah untuk menuntut Hak kerana setiap Hak kepada yang Berhak.

15/10/2020

Pembahagian harta ini konsepnya luas.
Bagi yang ada anak angkat dan besarkan mereka sejak kecil.
Perlu ambil inisiatif bagi memastikan hidup mereka lebih terjamin bila kita sudah tiada.

Instrumen Hibah/Wasiat antara salah satu inisiatif yang perlu diambil tahu dan cakna bagi yang memiliki anak angkat.

Hukum Faraid adalah fardhu dan yang lain adalah Harus.
Menggunakan instrumen lain selain Faraid bukannya bermaksud kita menolak Hukum Faraid.
Niat itu yang penting demi menjaga maslahah akan datang.

Buat perancangan harta itu penting
Sebab HARTA hilang Mak Bapa
Sebab HARTA hilang saudara
Sebab HARTA dihumban ke Neraka

Rancang dan aturkan HARTA anda
Demi menjamin keluarga sejahtera.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perancangan Harta boleh bertanya pada yang patut memaklumkan pada anda.

http://www.wasap.my/+60132116309/halmahkamah

15/04/2019

PENCERAIAN JALAN PENYELESAIAN?
KESAN CERAI?
HAK SELEPAS BERCERAI?

Benda layak dapat buat apa tak minta ๐Ÿ™‚

Setiap mahligai keluarga dibina atas asas sakinah mawaddah dan rahmah.
Semua impikan hubungan suami isteri hingga ke Syurga ๐Ÿ’‘๐Ÿ‘ช๐Ÿ‘ซ
Namun nasib kadang-kadang tidak menyebelahi kita. ๐Ÿ’”๐Ÿ’”

Penceraian menjadi pilihan demi menjalani kehidupan yang lebih baik.

Tahu tak ada banyak jenis penceraian dalam undang2 keluarga Islam yang berlandaskan Syarak. ๐Ÿ‘จโ€โš–๐Ÿ“–

01. Penceraian secara persetujuan bersama
02. Penceraian secara taqlik
03. Penceraian secara fasakh
04. Penceraian secara tebus talak (khulu')
05. Penceraian secara lian
06. Penceraian atas sebab murtad
07. Penceraian melalui proses HAKAM

Setiap penceraian tersebut berbeza kesannya dari segi Ruju'.
Setiap penceraian ini ada pembuktiannya ada cara prosesnya di Mahkamah

Selepas bercerai, setiap pasangan perlu tahu haknya.

Antara hak selepas penceraian:

01. Nafkah 'Iddah
02. Nafkah Tertunggak
03. Muta'ah
04. Hutang Perkahwinan
05. Harta Sepencarian
06. Nafkah Anak2

Hak-hak ini boleh dituntut boleh tidak dituntut.
Hak kepada yang berhak.

Jika benar bagai dikata
Jika betul bagai dicanang
Tuntutlah hak anda selagi benar betul itu hak anda ๐Ÿค—๐Ÿ’ช

Sebarang masalah boleh hubungi kami. Kami bantu Anda.
014-5513002 (Peguam Syarie Anda)
Atau Klik WhatsApp terus di:
http://perundingrumahtangga0145513002.wasap.my/

๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’ Follow Page kami untuk dapatkan banyak lagi maklumat berkenaan hal keluaga dan Share bagi sama-sama mendapat manfaat

FASAKHApa itu FASAKH? Jatuhnya talak meIaIui keputusan hakim atas dasar pengaduan lsteri, mengikut pertimbangan hakim be...
22/03/2019

FASAKH

Apa itu FASAKH?
Jatuhnya talak meIaIui keputusan hakim atas dasar pengaduan lsteri, mengikut pertimbangan hakim berdasarkan kelayakannya itulah dikatakan FASAKH
Antara sebab berlakunya fasakh adalah seperti berikut :
1. Suami @ Isteri hilang tidak diketahui keberadaan lebih dari setahun.
2.Suami tidak memberikan nafkah kepada lsteri selama tempoh perkahwinan.
โ€ขNAFKAH ZAHIR 3 bulan (Berturut-turut)
โ€ขNAFKAH BATIN 1 tahun @ Lebih
3. Suami kerap mendatangkan kecederaan terhadap isteri.
4. Tekanan emosi dlm rumah tangga.
5. Suami telah mati pucuk.
6. Suami atau Isteri gila atau sedang mengidap penyakit yang berjangkit selamat tempoh 2 Tahun.
7. Lain-lain: akhlak buruk / t'libat dgn dadah.
8. SUAMl tak adil apabila berpoIigami.
Alasan-alasan ini termaktub dalam seksyen 53 (Undang-undang Keluarga Islam)

Jadinya, kepada para lsteri yg mengalami masalah-masalah di atas, anda berhak untuk menuntut fasakh...........
๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ
ANTARA KAEDAH LAIN YANG BOLEH MEMBUBARKAN PERKAHWlNAN ADALAH SEPERTl :
+ TA'LlQ
+ LIโ€™AN
+ TEBUS TALAK
+ AGGAPAN KEMATIAN
+ MURTAD
+ PERSETUJUAN PERCERAlAN BERSAMA

Sebarang masalah boleh hubungi kami. Kami bantu Anda.
014-5513002 (Peguam Syarie Anda)
Atau Klik WhatsApp terus di:
http://perundingrumahtangga0145513002.wasap.my/

๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’ Follow Page kami untuk dapatkan banyak lagi maklumat berkenaan hal keluaga dan Share bagi sama-sama mendapat manfaat

5 JENIS PEMBUBARAN PERKAHWINAN/ PENCERAIAN DALAM ISLAM ๐Ÿ‘ช๐Ÿง•๐Ÿป๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐ŸฆฐMengikut pengamalan perundangan Islam di Malaysia, pembuba...
19/03/2019

5 JENIS PEMBUBARAN PERKAHWINAN/ PENCERAIAN DALAM ISLAM ๐Ÿ‘ช๐Ÿง•๐Ÿป๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿฆฐ

Mengikut pengamalan perundangan Islam di Malaysia, pembubaran perkahwinan boleh berlaku melalui 5 cara iaitu:

1. Cerai Talaq

Perceraian secara talaq berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan lafaz talaq.

Talaq dibahagi kepada dua iaitu:

i) Talak sharih (langsung)

Talak sharih adalah ucapan talak secara jelas dan eksplisit yang apabila diucapkan kepada isteri, maka jatuhlah talak/perceraian walaupun suami tidak berniat untuk cerai. Seperti contoh apabila suami berkata, "Aku ceraikan kau." atau "Kamu diceraikan." kepada isteri.

ii) Talak kinayah (tidak langsung, implisit)

Talak kinayah adalah lafaz yang mengandungi makna perceraian yang tersirat tetapi tidak secara langsung. Contohnya ayat, "Pulanglah pada orang tuamu!" yang dilafaz oleh suami.

Juga termasuk dalam talak kinayah adalah talak sharih (langsung) yang dibuat secara tertulis atau melalui SMS.

2. Cerai Ta'liq

Ta'liq didefinisikan mengikut Undang-undang Keluarga Islam sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah. Perceraian secara ta'liq berlaku apabila suami melanggar ta'liq yang dibuat olehnya semasa upacara akad nikah.

Amalan ta'liq ini walaupun tidak wajib mengikut hukum Syara', tetapi ia boleh diterima pakai berdasarkan kepada persetujuan kedua-dua pihak. Lafaz ta'liq yang dibuat oleh suami semasa upacara akad nikah ini berbeza mengikut negeri.

Contoh lafaz ta'liq selepas akad nikah:

โ€œSaya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khulu'.โ€

3. Cerai Khulu'

Perceraian secara khulu' merupakan salah satu alternatif perceraian yang boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang atau harta sebagai pampasan.

Perceraian berlaku dengan lafaz talaq oleh suami apabila dia bersetuju dengan pampasan tersebut. Perceraian jenis ini juga termasuk dalam kategori talaq baโ€™in sughra. Oleh itu, ia tidak boleh dirujuk.

Apa itu talaq ba'in sughra?

Hukum yang ditimbulkan oleh khuluโ€™ adalah talaq ba'in sughra yang memberi maksud, hilangnya hak rujuk pada suami selama masa โ€˜iddah.

Bererti, sekiranya lelaki tersebut ingin kembali bersama bekas isterinya, dia diwajibkan untuk melamar dan menikah semula dengan bekas isterinya itu.

Sementara itu, wanita yang meminta khulu' itu wajib menunggu sampai masa โ€˜iddahnya berakhir sekiranya ingin menikahi lelaki lain.

4. Cerai Fasakh

Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada Hakim (judicial decree). Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq.

Perceraian secara fasakh boleh berlaku apabila hakim memutuskan untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan alasan yang boleh memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat diselamatkan lagi.

Contohnya apabila:

i) Suami tidak memberi nafkah zahir selama tiga bulan berturut-turut
ii) Suami tidak beri nafkah batin selama setahun
iii) Terdapat perlakuan buruk oleh suami seperti penganiayaan, penghinaan, dan tindakan-tindakan lain yang membahayakan keselamatan isteri

Jika bukti-bukti dari pihak isteri telah sah, maka Hakim berhak memutuskan hubungan perkahwinan antara keduanya.

5. Cerai Li'an

Perceraian secara li'an berlaku apabila suami menafikan anak yang dilahirkan oleh isterinya atau anak di dalam kandungan isterinya sebagai anaknya, atau menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat membuktikan melalui penyaksian empat orang saksi.

Sumpah liโ€™an dilakukan oleh suami dengan menyatakan atas nama Allah, dia bersumpah bahawa isterinya telah melakukan zina. Sumpah itu dinyatakan sebanyak 4 kali oleh suami, dan pada sumpah kelima, suami menyatakan dia siap menerima laknat Allah jika dia berbohong.

Demikian juga sebaliknya, isteri dapat melakukan sumpah balik (sumpah nukul), atas nama Allah, dia bersumpah bahawa dia tidak melakukan zina. Sumpah itu dinyatakan isteri sebanyak 4 kali dan pada sumpah kelima, isteri menyatakan dia siap menerima laknat Allah jika tuduhan suaminya itu benar.

Maka apabila pihak-pihak tersebut (suami dan isteri) telah mengangkat sumpah dengan cara li'an, mengikut hukum Syara' di hadapan Hakim Syar'ie, maka mereka akan difaraqkan.

Kesannya, kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semula.

********************************************
Jika anda mempunyai Sebarang masalah Rumah tangga, perlukan nasihat ?
ingikan file kan kes di mahkamah ?
Tidak tahu bagaimana caranya?

Anda boleh hubungi kami, Kami akan bantu anda. Khidmat nasihat di talian :
Klik whatsapp terus di
http://perundingrumahtangga0145513002.wasap.my/
Atau call/whatsapp:
014-5513002 (Peguam Syaire)

*********************************
SHARE & TAG kepada kenalan anda. FOLLOW & LIKE kami untuk ilmu-ilmu yang berguna kepada anda. ๐Ÿ˜Ž

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60132116309

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Rumah Tangga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Perunding Rumah Tangga:

Share