22/05/2026
Pengumuman:
Unit Fisioterapi, HCTM, UKM, ingin menjemput sekali lagi ke satu lagi bengkel anjuran Unit Fisioterapi, HCTM, UKM, bengkel yang bertajuk Postpartum Pelvic Health Rehabilitation : Practical Skills Workshop for Physiotherapist, yang bakal berlangsung pada 7-8 Ogos 2026, bertempat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kampus UKM KL.
Butiran bengkel adalah seperti berikut:
Tarikh : 7-8 Ogos 2026
Tempat : Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kampus UKM KL
Bengkel kali ini membawa tema 'How Soon Is Too Soon?', yang bakal diterajui oleh Puan Suhaila Shohaimi, Senior Women & Pelvic Health Physiotherapist, HCTM, yang juga akan disertai oleh beberapa speaker terkemuka dalam bidang Women & Pelvic Health.
Bengkel ini terbahagi kepada dua bahagian:
1) Pra Bengkel (7 Ogos 2026)
2) Bengkel penuh (8 Ogos 2026)
Bengkel ini terbuka kepada semua ahli Fisioterapi terutamanya kepada yang baru menamatkan pengajian, ahli Fisioterapi yang mengkhusus dalam bidang Musculoskeletal /Pelvic Health, yang berminat dalam topik 'Postpartum Pelvic Health Care' serta juga terbuka kepada pelajar Fisioterapi yang berminat untuk mendalami topik bengkel kali ini.
Permohonan dibuka sekarang....
Sila imbas kod QR yang tertera untuk mendaftar
Tempat adalah terhad, daftar sekarang untuk menikmati harga istimewa (early bird)
Untuk sebarang pertanyaan mengenai bengkel ini, sila hubungi kami:
Encik Saufi (03-91455740)
Puan Norzie (0391455743)
email : [email protected]
Daftar sekarang, kami mengalu-alukan penyertaan anda...