Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli,Gombak

  • Home
  • Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli,Gombak

Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli,Gombak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli,Gombak, Hospital, .

Karnival Kesihatan & Sambutan Hari Orang Asli Sedunia 31 Ogos anjuran Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli Gombak.Pa...
01/09/2024

Karnival Kesihatan & Sambutan Hari Orang Asli Sedunia 31 Ogos anjuran Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli Gombak.

Pada 31 Ogos 2024, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli, Gombak dengan kolaborasi bersama Hospital Orang Asli Gombak Yang Berusaha Puan Juwairiya Zulkifli, Pegawai Penyelaras DUN Hulu Kelang; Yang Berusaha Puan Rosmayana Abu Rahim, Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya Zon 3; dan barisan Jawatankuasa Pembangunan, Keselamatan & Kemajuan Kampung Orang Asli Hulu Kemensah telah bersama-sama menganjurkan Karnival Kesihatan & Sambutan Hari Orang Asli Sedunia di Balairaya Kampung Orang Asli Hulu Kemensah.

Pada hari ini juga Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor juga turut hadir bagi merasmikan Karnival dan melancarkan logo pelancaran Sayangi & Sihati Orang Asli Bersempena dengan sambutan 30 tahun Hari Antarabangsa Orang Asli Sedunia, dimana Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Hospital Orang Asli Gombak akan bekerjasama dalam membuat lebih banyak lagi program seperti hari ini, yang berfokuskan kepada isu kesihatan di kampung-kampung orang asli serata Negeri Selangor. Setakat ini karnival ini telah berjaya dilaksanakan di Kampung Orang Asli Bukit Lanjan pada 11 Mei 2024 dan Kampung Orang Asli Kemensah pada hari ini. Destinasi karnival Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli Gombak selepas ini adalah di Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Khubu Baru di mana pihak kami akan menganjurkan program bersama bukan sahaja dengan JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, tetapi juga . Kami juga berharap pihak Kerajaan Negeri dapat memberikan kerjasama dengan menjadi penganjur bersama bagi program tersebut.

Sekalung terima kasij kepada setiap pihak yang menjayakan program ini dan juga Dr Izandis, Pengarah Hospital Orang Asli,Gombak dan Tuan Mohamad Anis bin Othman, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Selangor & Wilayah Persekutuan kerana sudi hadir memeriahkan Karnival ini.

&SihatiOrangAsli




🇲🇾

Tema Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia 2024 adalah “Melindungi hak-hak Orang Asal yang Hidup dalam Pengasingan Sukare...
10/08/2024

Tema Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia 2024 adalah “Melindungi hak-hak Orang Asal yang Hidup dalam Pengasingan Sukarela dan Perhubungan Awalan.” Tema ini menekankan kepentingan untuk melindungi hak dan kesejahteraan komuniti Orang Asal yang memilih untuk hidup dalam pengasingan sukarela atau yang berada pada tahap awal perhubungan dengan dunia luar.

Pada Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia 2024 ini, marilah kita berkomitmen untuk melindungi hak dan maruah Orang Asal yang Hidup dalam Pengasingan Sukarela dan Perhubungan Awalan, memastikan pilihan mereka dan cara hidup mereka dihormati dan dipelihara.




🇲🇾

Daulat Tuanku, Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PE...
20/07/2024

Daulat Tuanku, Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM, sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, pada 20 Julai 2024 Bersamaan 14 Muharam 1446H.🙏

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.”🤲

Sembah Takzim daripada Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli, Gombak.

🇲🇾


Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli, Gombak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2024. Semoga ibadah korba...
16/06/2024

Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli, Gombak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2024. Semoga ibadah korban kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Salam Aidiladha!



🇲🇾

Daulat Tuanku.🇲🇾👑Merafak Sembah Dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yan...
03/06/2024

Daulat Tuanku.🇲🇾👑

Merafak Sembah Dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yand Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong Ke XVII, 3 JUN 2024 BERSAMAAN 27 Zulkaedah 1445H,

Ingatan Tulus Ikhlas :
Ahli Lembaga Pelawat, Hospital Orang Asli, Gombak.

🇲🇾

Sambutan Hari Guru SeMalaysia - 16 Mei 2024🧑‍🏫🏫🇲🇾Ahli Lembaga Pelawat Hospital, Hospital Orang Asli Gombak ingin menguca...
16/05/2024

Sambutan Hari Guru SeMalaysia - 16 Mei 2024🧑‍🏫🏫🇲🇾

Ahli Lembaga Pelawat Hospital, Hospital Orang Asli Gombak ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Guru-Guru di Malaysia.🧑‍🏫👩‍🏫

Terima kasih kepada setiap Guru-Guru di atas usaha keras & dedikasi anda mendidik murid-murid supaya mereka menjadi pemimpin di masa hadapan. Jasamu dikenang❤️🙏

“Seorang guru bukan sahaja mengajar mata pelajaran, tetapi juga membentuk karakter, merangkul impian, dan menumbuhkan potensi setiap murid.”📚✏️📘🏫

Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani.




🇲🇾❤️

🍃 11 Mei 2024 - Program Minggu Pendidikan Kesihatan Kampung Orang Asli Bukit Lanjan Anjuran Julung Kali Ahli Lembaga Pel...
15/05/2024

🍃 11 Mei 2024 - Program Minggu Pendidikan Kesihatan Kampung Orang Asli Bukit Lanjan Anjuran Julung Kali Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli,Gombak sesi 2023/2026🍃

Pada 11 Mei 2024, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli, Gombak telah menganjurkan program di atas dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan & Kemajuan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Bukit Lanjan, doktor-doktor & pegawai-pegawai kesihatan & Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) & pelajar-pelajar perubatan Kolej Ibnu Sina(KK6) Universiti Malaya.

Program ini berlangsung di Dewan Desa Temuan dan telah dirasmikan oleh Yang Beradat Tok Batin Atak bin Akup.

Objektif program ini adalah untuk mendidik orang asli tentang gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan.Seramai 200 penduduk kampung telah menyertai program ini dan telah mendapat manfaat dari program kesihatan ini.

Sepanjang program ini pelbagai aktiviti dianjurkan antaranya pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi & rawatan cabutan gigi, pemeriksaan kecergasan kesihatan serta aktiviti untuk kanak-kanak seperti latihan memberus gigi, pemberian ubat cacing dan ubat kutu.

Dengan ini kami selaku Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli, Gombak ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program pertama ALP HOAG sesi 2023/2026 ini.




🇲🇾❤️

Selamat Hari Jururawat Sedunia - 12 Mei 2024👩Ahli Lembaga Pelawat Hospital, Hospital Orang Asli Gombak ingin mengucapkan...
12/05/2024

Selamat Hari Jururawat Sedunia - 12 Mei 2024👩

Ahli Lembaga Pelawat Hospital, Hospital Orang Asli Gombak ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia.👩‍⚕️👨‍⚕️🧑‍⚕️🌏

Terima kasih kepada semua barisan jururawat yang berdedikasi di seluruh dunia di atas komitmen, kasih sayang, dan kerja keras kalian yang memberikan dampak besar setiap hari. 🏥

"Dengan setiap sentuhan kasih, kalian membina jambatan ke arah kesembuhan. Selamat Hari Jururawat Sedunia kepada para pahlawan tanpa penat! 💉🏥❤️





🇲🇾❤️

Selamat Hari Ibu 12 Mei 2024👩Ahli Lembaga Pelawat Hospital, Hospital Orang Asli Gombak ingin mengucapkan Selamat Hari Ib...
12/05/2024

Selamat Hari Ibu 12 Mei 2024👩

Ahli Lembaga Pelawat Hospital, Hospital Orang Asli Gombak ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu kepada seluruh wanita yang bergelar ibu.🤰

Semoga kasih sayang dan pengorbanan yang diberikan oleh para ibu-ibu akan sentiasa diberkati dan dihargai❤️

“Tidak ada tempat yang lebih aman di dunia ini daripada dalam pelukan seorang ibu.”👶🤰




🇲🇾❤️

Sambutan Hari Pekerja Sedunia - 1 Mei 2024🌏Ahli Lembaga Hospital Orang Asli, Gombak ingin mengucapkan Selamat Hari Peker...
01/05/2024

Sambutan Hari Pekerja Sedunia - 1 Mei 2024🌏

Ahli Lembaga Hospital Orang Asli, Gombak ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja Kepada semua.

“Pada hari ini, kami ingin menghormati dan menghargai kerja keras, dedikasi, serta sumbangan pekerja di mana-mana sahaja.”

Tulus Ikhlas,
ALP HOAG 2023/2026




Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli,Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share