16/08/2026
KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI? ❤️
Mungkin hari ini kita sihat, mampu berjalan, bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa. Tetapi di hospital, ada insan yang sedang menunggu darah kita untuk terus bertahan.
Tak perlu tunggu jadi “orang hebat” untuk menyelamatkan nyawa.
Cukup dengan 30 minit masa kita, kita boleh memberi harapan kepada seseorang. 🥹❤️
Kalau ada peluang hari ini, singgahlah derma darah di KTCC Mall.
Tak rugi sedikit darah yang kita beri, tetapi besar nilainya buat mereka yang memerlukan.
📍 Pusat Derma Darah Statik, KTCC Mall – Aras 1
⏰ 12 tengah hari – 8 malam (Sabtu–Khamis)
Jomlah… jangan biarkan peluang untuk buat satu kebaikan berlalu begitu sahaja. 🩸❤️
Setitis darah kita, mungkin seluruh dunia buat seseorang.