08/04/2026
CIRIT-BIRIT + DEMAM SELEPAS JAMUAN RAYA : demam kepialu
1. Baru-baru ini, Dr Aizuddin menerima 2 kes cirit-birit teruk selepas jamuan raya.
Pesakit datang dengan:
Demam tinggi
Sakit perut
Muntah lebih 3 kali
Cirit-birit lebih 10 kali sehari
2. Keadaan mereka agak teruk sehingga mengalami dehidrasi dan tidak mampu makan atau minum.
3. Kedua-duanya dimasukkan ke wad di SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu dan diberikan antibiotik secara suntikan serta cecair melalui drip.
4. Ujian darah mengesahkan jangkitan kuman Salmonella Typhi, iaitu penyakit yang dikenali sebagai demam kepialu.
5. Dengan rawatan awal dan tepat, pesakit pulih sepenuhnya dalam beberapa hari dan dibenarkan p**ang.
______________________________________________
Fakta ringkas demam kepialu:
1. Berpunca daripada bakteria Salmonella Typhi
2. Jangkitan melalui makanan atau air yang tercemar (terutama telur yang tercemar.
3. Boleh berlaku selepas makan di tempat kurang bersih.
4. Gejala termasuk demam, sakit perut, cirit-birit atau sembelit, dan muntah.
5.Ada pesakit hanya mengalami demam tanpa cirit-birit
6. Jika lewat dirawat, boleh menyebabkan komplikasi serius seperti usus bocor atau pendarahan.
7.Rawatan memerlukan antibiotik dan rehidrasi (drip)yang mencukupi.
8.Rawatan awal memberi peluang sembuh yang sangat tinggi
Pencegahan utama ialah menjaga kebersihan makanan dan amalan mencuci tangan
Nasihat:
Jika mengalami demam bersama cirit-birit yang berterusan, dapatkan pemeriksaan awal.
Musim perayaan adalah masa untuk berkumpul, tetapi kebersihan makanan tidak boleh diabaikan.
Selamat Hari Raya
Dr Mohd Aizuddin bin Yusof
Pakar Perunding Perubatan AM
SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu