Excelhana

Excelhana MommyHana fokus kepada produk pendidikan kanak-kanak serta produk kesihatan minda yang menyokong perkembangan anak secara holistik.

"Patutlah Terengganu bahagia" - Netizen.Malam itu, niatnya sekadar singgah sebentar di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengg...
04/01/2026

"Patutlah Terengganu bahagia" - Netizen.

Malam itu, niatnya sekadar singgah sebentar di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu sementara menunggu adiknya tiba dari lapangan terbang.

Tanpa perancangan untuk membeli-belah, wanita itu keluar rumah hanya berbekalkan telefon bimbit, langsung tidak membawa wang tunai.

Dalam fikirannya, urusan pembayaran bukan lagi masalah besar. Kebanyakan peniaga hari ini sudah menerima bayaran melalui imbasan kod QR.

Namun, sangkaannya meleset apabila barang yang diinginkannya hanya dijual oleh seorang peniaga berusia yang kebetulan tidak menyediakan kemudahan tersebut.

“Aku ni fikir kalau nak bayar boleh QR sebab pasar sekarang kan dah ramai guna QR. Lepas tu barang yang aku nak tu ada kat seorang makcik ni je dan dia p**a takde kod QR tu,” katanya berkongsi pengalaman.

Dalam keadaan serba salah, dia menjangkakan urusan itu mungkin terhenti setakat itu sahaja.

Namun, peniaga berkenaan dengan tenang menawarkan satu penyelesaian yang langsung tidak disangka.

“Selamba je dia cakap tak mengapa kalau takde duit, esok je bayar. Dia suruh aku ambil ja barang tu dan suruh aku bayar esok. Well, aku terpikir this is Terengganu,” katanya.

Kepercayaan yang ditunjukkan oleh peniaga tersebut benar-benar menyentuh perasaan.

Tanpa mengenal siapa dirinya, tanpa sebarang syarat, peniaga itu memilih untuk memudahkan urusan orang lain.

“Kenal ke tak kenal ke belakang kira. Dia kira nak mudahkan urusan aku je tu. Patut lah negeri ni bahagia,” katanya lagi, menggambarkan rasa terharu terhadap sikap peniaga berkenaan.

Perkongsian itu turut mendapat reaksi ramai warganet yang mengakui pernah melalui pengalaman hampir sama ketika berada di Terengganu.

Ada yang berkongsi kisah berbelanja dalam jumlah besar, namun terpaksa berdepan masalah talian ketika membuat bayaran digital.

“Pernah borong kaftan kat Pasar Payang harga RM300, tapi line tak okay masa nak QR, dia suruh aku jalan-jalan dulu kemudian baru bayar. Kedai-kedai kat Terengganu memang macam tu. Kalau takde duit, bayar esok je,” tulis seorang netizen.

Cerita ringkas ini mungkin kelihatan kecil, namun cukup menggambarkan nilai kepercayaan, keikhlasan dan sifat memudahkan yang masih subur dalam kalangan masyarakat setempat.

Nilai inilah yang menjadikan Terengganu bukan sekadar sebuah negeri, tetapi sebuah komuniti yang hidup dengan rasa percaya dan kemanusiaan.

Sumber asal - Mstar

Perasan tak scene ni dekat restoran.Anak umur setahun duduk dalam baby chair, depan mata ada tab. Mata dia terpaku. Ibu ...
28/12/2025

Perasan tak scene ni dekat restoran.

Anak umur setahun duduk dalam baby chair, depan mata ada tab. Mata dia terpaku. Ibu ayah p**a rancak bersembang, masing masing tengok hal sendiri.

Post ni bukan nak kecam ibu bapa. Kita semua pernah penat. Kadang kadang anda cuma nak makan dengan tenang, nak bersembang sekejap, nak rasa ada ruang untuk diri sendiri. Itu normal.

Tapi bagus juga kita tahu kenapa tab jadi “pengasuh” untuk anak kecil tak cantik, terutama bawah 2 tahun.

Umur ni otak anak sedang bina asas. Bukan sekadar tengok dan dengar, tapi rasa, sentuh, gerak, dan berinteraksi. Bila anak dapat tab, dia memang fokus.

Tapi yang hilang tu banyak.

1. Dari segi sensory, anak terlepas peluang rasa dunia sebenar. Tekstur makanan, pegang sudu, bunyi pinggan, bau, gerak badan, semua tu “latihan otak” yang tak boleh diganti dengan skrin.

2. Dari segi motor halus, waktu makan luar sebenarnya masa anak belajar pegang, cubit, capai, susun, buka tutup. Bila tab ambil alih, tangan jadi pasif. Anak nampak mudah dijaga, tapi jari dan koordinasi tangan mata kurang dilatih.

3. Dari segi speech, bahasa datang dari interaksi dua hala. Anak bunyi, kita jawab. Anak tunjuk, kita namakan. Anak cuba sebut, kita ulang dengan betul. Skrin buat anak jadi penerima saja. Kurang eye contact dan kurang “berbalas” yang sebenarnya paling penting untuk perkembangan bahasa.

4. Dan mata pun sama. Skrin dekat, terang, bergerak laju. Anak jadi biasa dengan rangsangan cepat, dan cepat bosan bila aktiviti jadi perlahan. Bila tab tak ada, emosi pun lebih mudah meletup sebab dia belum belajar tenangkan diri tanpa skrin.
Kalau anda memang perlu juga guna tab sekali sekala, tak salah. Tapi cuba jadikan ia pilihan terakhir, bukan default.

Alternatif yang lebih selamat dan “mesra otak anak” bila makan luar:

✅ Bawa sticker book kecil atau buku kain
✅ Mainan senyap sensory, ring, atau pop it kecil
✅ Bagi anak “kerja” mudah macam pegang sudu, lap meja dengan tisu, susun straw
✅Finger food yang sesuai umur

Dan yang paling besar nilainya: borak dengan anak walaupun dia belum pandai jawab. Pandang dia, sebut nama makanan, buat bunyi kelakar. Biar anak rasa dia ada dalam meja tu.

Anak tak perlukan tab sangat. Anak perlukan manusia. Sebab pada umur ni, yang membesar bukan badan saja. Yang sedang dibina adalah otak dan hubungan ❤️

28/12/2025

Jom datang memeriahkan tour Mommyhana x mayang Mall terengganu pada 25 dec hingga 29 dec 2025

28/12/2025
Ada insan yang sanggup mengorbankan hobi, memakai apa yang ada, dan menyekat perbelanjaan untuk diri sendiri, asalkan ke...
28/12/2025

Ada insan yang sanggup mengorbankan hobi, memakai apa yang ada, dan menyekat perbelanjaan untuk diri sendiri, asalkan keluarga tidak kekurangan.

Gaji itu mungkin habis setiap bulan, tetapi ia habis pada tempat yang benar, menjadi saksi tanggungjawab dan cinta yang diam.

Tiap pengorbanan yang ikhlas demi keluarga tidak pernah sia-sia ❤️

Kini hadir My First Book x Bilal Neelofa — edisi khas yang direka penuh kasih sayang untuk bantu anak belajar dengan car...
19/10/2025

Kini hadir My First Book x Bilal Neelofa — edisi khas yang direka penuh kasih sayang untuk bantu anak belajar dengan cara yang seronok, aktif & interaktif! 🌈

✨ Antara keistimewaannya:
✅ Kandungan lengkap — ABC, nombor, huruf hijaiyah, warna, doa, solat, sifat wajib Allah, malaikat & banyak lagi!
✅ Reka bentuk mesra anak — mudah dibawa, muka surat magnetik, butang lembut & speaker jelas
✅ Aktiviti interaktif — muzik, kuiz, bahasa boleh tukar (Melayu, Inggeris, Arab)
✅ Termasuk pelekat, stylus pen & marker — bantu motor halus si kecil

📖 Belajar sambil bermain, dari hati kecil yang suci.
📲 Jom jadi antara yang terawal memiliki edisi khas ini!

✨ Nak anak sentiasa wangi & yakin sepanjang hari? ✨📦 SCENT KID by MommyHana — perfume kanak-kanak yang SELAMAT, TANPA al...
23/09/2025

✨ Nak anak sentiasa wangi & yakin sepanjang hari? ✨

📦 SCENT KID by MommyHana — perfume kanak-kanak yang SELAMAT, TANPA alkohol & bahan kimia ❌
💧Tahan sehingga 24 jam!
🌸 Bau yang lembut & sesuai untuk anak²
👛 Mesra poket – harga mampu milik!

Anak wangi, ibu ayah pun senang hati 😍
Jom grab sekarang sebelum stok habis! 🛒💨

𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀!𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐎𝐋𝐔𝐒𝐈𝐍𝐘𝐀 ! 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋 𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐒...
02/09/2025

𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀!𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐎𝐋𝐔𝐒𝐈𝐍𝐘𝐀 ! 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋 𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐈𝐓𝐀.

Makanan Tambahan 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋 𝐇𝐀𝐍𝐀 adalah solusi terbaik untuk tingkatkan perkembangan minda, ingatan dan kemahiran berkomunikasi anak-anak.

Jangan risau, bahan yang terdapat dalam Excel Hana menggunakan bahan semulajadi seperti
💥 Vitamin C
💥 Kurma
💥 Ginko Biloba
💥 Moringa Oleifera
💥 Susu Kambing
💥 Probiotik dan Prebiotik

========================================
𝑷𝑬𝑵𝑮𝑮𝑼𝑵𝑨𝑨𝑵 𝑬𝑿𝑪𝑬𝑳 𝑯𝑨𝑵𝑨 𝑺𝑬𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑲𝑶𝑵𝑺𝑰𝑺𝑻𝑬𝑵 𝑫𝑨𝑷𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑨𝑵𝑻𝑼 :
✅Membantu masalah lambat bercakap (Speech delay)
✅Emosi lebih tenang dan stabil (Tantrum)
✅Meningkatkan daya ingatan & menghafal
✅Meningkatkan daya fokus & minat belajar
✅Meningkatkan selera makan
✅Hyperactive
✅Kuat tantrum
✅Sukar menghafal
✅Malas belajar

Kita mungkin tidak dapat meninggalkan HARTA yang banyak untuk anak2. Tetapi alangkah BAHAGIANYA kita dapat tingkatkan pelajaran anak2 demi masa depan yang CEMERLANG di hari kelak nanti.
𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗜𝗡𝗙𝗢, 𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗢𝗥𝗗𝗘𝗥, 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗧𝗘𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗜𝗡𝗞 Whatapps:

⏰ Tempat VIP MommyHana TOUR hampir penuh!Ramai dah daftar untuk jumpa Aqil Zulkiflee depan mata 😍Anda bila lagi?📸 VIP Li...
01/09/2025

⏰ Tempat VIP MommyHana TOUR hampir penuh!

Ramai dah daftar untuk jumpa Aqil Zulkiflee depan mata 😍
Anda bila lagi?

📸 VIP Line bergambar tanpa beratur
🎁 Hadiah eksklusif untuk pendaftar awal
🎟 Masuk percuma & cabutan bertuah

📍 Mydin Tunjong, Kelantan
📆 16 – 20 Sept 2025

👉 Daftar segera sebelum peluang habis: https://bit.ly/4fNUUlV

Assalamualaikum, hii semuaaa 🤗Meriahkan event MommyHana Tour bersama Duta MommyHana  & friends 😎📍 Lokasi & Tarikh : 📌 Ce...
27/08/2025

Assalamualaikum, hii semuaaa 🤗

Meriahkan event MommyHana Tour bersama Duta MommyHana & friends 😎

📍 Lokasi & Tarikh :

📌 Center Court Mydin Mall
( Mydin Tunjong Kota Bharu, Kelantan )

📌 16 - 20 September 2025
( 10 pagi - 10 malam )

Pelbagai aktiviti yang menarik untuk anda sertai.

Photobooth Fiesta
Science Lab Adventure
Playland Fun Zone
Canteen Treats
Dan sudah tentu, peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan duta MommyHana ✨

💥 Pendaftaran Awal = Hadiah Eksklusif
Untuk 100 pendaftar terawal, anda akan menerima goodies istimewa! Jangan lupa, jika anda pre-register, anda juga akan dapat lanyard, kipas, passport, dan peluang bertemu dengan Duta MommyHana 😍

Masuk PERCUMA ‼️

Jadi apa tunggu lagi, bawa keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan acara ini! Klik link di bawah dan daftar sekarang!

Details ada di link. Klik link dibawah dan register sekarang 📣🥳

MOMMHANA TOUR x AQIL :
https://www.mommyhana.com/events/mommyhana-tour-x-aqil-zulkiflee-mydin-tunjong-kota-bharu-kelantan/

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! See you there 💥🎉

Address

Kuala

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Excelhana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Excelhana:

Shortcuts

Share