Persatuan Pegawai Sains USM Malaysia (PPSUSM)

Persatuan Pegawai Sains USM Malaysia (PPSUSM) Persatuan Pegawai Sains USM Malaysia (PPSUSM) telah didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuh

02/08/2026

πŸŽ‰ Selamat Hari Lahir kepada ahli-ahli PPSUSM yang # menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Ogos! πŸŽ‚

Pihak Persatuan Pegawai Sains USM (PPSUSM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menyambut hari lahir kepada:

✨ Mohd Bazlan (6 Ogos)
✨ Dr. Norhalida (8 Ogos)
✨ Abdul Rahman (12 Ogos)
✨ Zulhurairah Fikriah (13 Ogos)
✨ Nik Nabila Hanis (15 Ogos)
✨ Nur Ainina (16 Ogos)
✨ Dr. Wan Khairunnisa (18 Ogos)
✨ Ts. Syafiq (18 Ogos)
✨ Nur Ain (25 Ogos)

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan, kejayaan dalam kerjaya serta keberkatan dalam setiap urusan.

πŸŽ‚πŸŽˆ Selamat Hari Lahir dan semoga segala impian menjadi kenyataan. πŸŽˆπŸŽ‚



Kredit: Dr. Ahmad Zakwan Mustafa

PERTANDINGAN PPSUM BOWLING DAY 2026Pertandingan Bowling  anjuran Persatuan Pegawai Sains USM (PPSSUSM Bowling Day 2026) ...
01/08/2026

PERTANDINGAN PPSUM BOWLING DAY 2026

Pertandingan Bowling anjuran Persatuan Pegawai Sains USM (PPSSUSM Bowling Day 2026) telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada hari ini,

πŸ“… Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00 pagi
πŸ“ Lokasi: KB Land Bowling, Billion Kota Bharu.

Pertandingan yang sekian lama tertangguh dalam perancangan, akhirnya berjaya dianjurkan dengan penyertaan Pegawai sains dan terbuka juga kepada keluarga terdekat.

Terima kasih kepada Pengarah Program Cik Noor Fadzlina binti Hamid serta Jawatankuasa penganjur yang mengendalikan program ini dengan lancar, meriah dan santai sambil merapatkan ukwah dan silaturrahim dalam kalangan PS dan keluarga.

Berikut adalah keputusan pada pertandingan ini.
*Tahniah kepada pemenang.*

Pasukan:
Johan: Pin pals
Naib Johan: Tuladiswanatoq
Tempat ketiga: Penakluk Pin

Individu Wanita:
Johan: Lina
Naib Johan: Yus
Tempat ketiga: Mastura

Individu Lelaki:
Johan: Yusman
Naib johan: Chemae
Tempat ketiga: Nazri

Semoga aktiviti rekreasi sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan menarik lebih ramai rakan rakan PS untuk bersama memeriahkan program PPSUSM.

PERJUMPAAN BERSAMA NAIB CANSELOR BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA ONE-OFFAlhamdulillah, telah berlangsung Sesi Perjum...
26/07/2026

PERJUMPAAN BERSAMA NAIB CANSELOR BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA ONE-OFF

Alhamdulillah, telah berlangsung Sesi Perjumpaan Bersama Naib Canselor berkaitan Urusan Kenaikan Pangkat Secara One-Off pada 20 Julai 2026 bertempat di Bilik Persidangan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan.

Sesi ini memberi ruang kepada warga universiti yang terlibat untuk mendapatkan penjelasan, panduan serta perkongsian maklumat secara langsung berkaitan pelaksanaan urusan kenaikan pangkat secara one-off. Turut ditekankan adalah komitmen universiti dalam memastikan kebajikan dan pembangunan kerjaya staf sentiasa diberi perhatian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Naib Canselor, YBhg. Pengarah Kampus, Pendaftar USM dan pegawai-pegawai tertinggi USM yang lain, pihak urus setia serta semua yang hadir dan memberikan komitmen dalam menjayakan sesi ini.

Semoga segala maklumat dan perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua serta membantu melancarkan urusan kenaikan pangkat warga universiti.

Tahniah & Selamat Menjalankan Amanah14 Julai 2026, pada jam 2:30 petang telah telah berlangsungnya, Mesyuarat Agung PPSU...
14/07/2026

Tahniah & Selamat Menjalankan Amanah

14 Julai 2026, pada jam 2:30 petang telah telah berlangsungnya, Mesyuarat Agung PPSUSM dengan jayanya dan barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PPSUSM bagi sesi 2026/2028 telah dipilih.

Mesyuarat telah dijalankan secara hibrid (webex) yang menghubungkan 3 lokasi utama mengikut kampus seperti yang berikut: -

* Kampus Induk: Bilik Seminar Lavender,PTD
* PKTAAB: Bilik Mesyuarat 1, ARC
* Kampus Kesihatan (Kubang Kerian): Dewan Kuliah 7, Pusat Pengajian Sains Perubatan

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua yang telah diberi mandat dan kepercayaan oleh ahli untuk menerajui PPSUSM bagi penggal ini.

Jutaan terima kasih kepada AJK terdahulu yang telah bertungkus lumus merancang dan menjayakan setiap aktiviti persatuan dengan begitu cemerlang. Semoga jasa baik tuan/puan ALLAH ganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda.

✨ Semoga barisan kepimpinan yang baharu dapat melaksanakan amanah dengan penuh integriti, komitmen dan dedikasi demi memperkasakan PPSUSM serta menjaga kebajikan seluruh ahli.

Terima kasih juga kepada semua ahli yang telah hadir dan memberikan sokongan dalam menjayakan mesyuarat ini.

🀝 Bersama-sama kita melangkah ke hadapan ke arah organisasi yang lebih cemerlang, progresif dan berdaya saing.

Tahniah kepada AJK PPSUSM 2026/2028!

01/07/2026

πŸŽ‰ Selamat Hari Lahir – Julai πŸŽ‰

Persatuan Pegawai Sains USM (PPSUSM) mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada ahli-ahli PPSUSM yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Julai:

✨ Ts. Nik Kamarullah (01 Julai)
✨ Dr. Hazim Omar (01 Julai)
✨ Wan Nor Aziemah (12 Julai)
✨ Dr. Tengku Ahmad Damitri (14 Julai)
✨ Azleen Mat Sharif (23 Julai)
✨ Azraai Fahmi (28 Julai)
✨ Tan Say Keon (30 Julai)
✨ Fazilah Mohd Akir (31 Julai)
✨ Norjuliana Mohd Noor (31 Julai)

🌟 Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik serta terus cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.

πŸŽ‚ Semoga hari istimewa ini membawa kegembiraan dan kebahagiaan yang berpanjangan bersama insan tersayang.

Ikhlas daripada,
Persatuan Pegawai Sains USM (PPSUSM)

Pada 28 Jun 2026, PPSUSM telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi dan Apresiasi bagi meraikan ahli PPSUSM sama ada yang be...
30/06/2026

Pada 28 Jun 2026, PPSUSM telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi dan Apresiasi bagi meraikan ahli PPSUSM sama ada yang bersara, menerima kenaikan pangkat atau baru dilantik ke jawatan pegawai sains seperti berikut: -

1. Bersara
-En. Arifin Harun
-Pn. Nor Azizah Abdullah

2. Kenaikan Pangkat
-Tn. Haji Che Ismail Che Lah
-En. Muhamad Faris Irfan Che Yusoff
-Pn. Noor Baizura Ab Ghani
-En. Mohd Zaki Zainon
-Pn. Haswati @ Nurhayati Abdullah
-En. Muzani Omar @ Mansor
-En. Mohamad Noor Mohamad Roze

3. Lantikan Baharu
-Pn. Amalina Ismail
-En. Nik Mohamed Adzfar Mohamed Resli
-En. Mohd Aidi Azhari Mohamad
-En. Muhammad Zulkarnain Ruslan
-Pn. Mazurawati Mohamad
-En. Muhamad Arman Muhamad Pariyun.
-En. Muhammad Arsyad Mazni

Majlis ini bukan sahaja telah menerima sambutan yang hangat daripada ahli PPSUSM, malah juga daripada barisan pengurusan tertinggi Kampus Kesihatan USM. Turut hadir memenuhi undangan adalah Pengarah Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) YBhg. Profesor Dato' Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) YBrs. Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin, Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) YBrs. Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak dan Wakil Penyelaras Unit Bank Tisu Dr. Muhamad Syahrul Fitri Zawawi.

Kehadiran barisan pengurusan tertinggi ini sememangnya menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi mereka kepada staf bawahan yang diraikan susulan di sebelah paginya turut berlangsung Majlis Penutup Kejohanan Sukan Antara Jabatan/Pusat Pengajian (SUKJAP) Kampus Kesihatan 2026. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang masih sanggup memenuhi undangan PPSUSM walaupun sebelum itu mereka baru sahaja berjemur dan berpanas di bawah terik mentari di padang.

Majlis juga turut digemilangkan oleh kehadiran para pegawai sains yang telah bersara. Ukhuwah sentiasa terjalin walaupun tidak lagi bertugas bersama sebagai penjawat awam tetapi ilmu dan nasihat masih ditagih. Terima kasih Tn. Haji Abd Razak Ahmad, Tn. Haji Azhar Ahmad, Tn. Haji Mohd Zaki Selamat, Hjh. Nor Atifah Mohd Adam, Hjh. Norizah Tumin dan Hjh. Azma Hayati Abdullah kerana sudi hadir ke majlis.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada Encik Ibrahim Ismail diikuti dengan ucapan aluan Presiden PPSUSM Tn. Haji Che Ismail Che Lah. Kemudian rakaman ucapan Penasihat Persatuan Pegawai Sains iaitu Profesor Dr. Zafarina Zainuddin yang tidak dapat menyertai majlis.

Para hadirin kemudian dipersembahkan dengan rakaman ucapan daripada ahli PPSUSM yang bersara Pn. Nor Azizah Abdullah disusuli dengan En. Arifin Harun. Kemudian ucapan daripada pengurusan tertinggi dimulakan dengan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) YBrs. Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin, Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) YBrs. Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak dan kemudian Pengarah Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) YBhg. Profesor Dato' Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani.

Semasa para hadirin menjamu selera, turut dipersembahkan adalah tayangan multimedia dan beberapa aktiviti lain seperti berikut:-
-Penyampaian Cenderamata Kepada Pesara
-Penyampaian Hadiah Anugerah Busana Terbaik
-Penyampaian Hadiah Pemenang Pembentangan CSE Tahun 2025

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dengan suasana penuh kemeriahan dan ukhuwah. Tahniah kepada jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini. Semoga semua yang hadir dan terlibat dengan majlis ini ALLAH ganjari dengan pahala yang banyak kerana merapatkan hubungan yang baik dan meraikan mereka yang telah banyak berjasa. Aminnn…

Salam Maal Hijrah 1448H / 2026M Persatuan Pegawai Sains Universiti Sains Malaysia (PPSUSM) mengucapkan Salam Maal Hijrah...
17/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H / 2026M

Persatuan Pegawai Sains Universiti Sains Malaysia (PPSUSM) mengucapkan Salam Maal Hijrah 1448H kepada seluruh warga USM dan umat Islam.

Semoga tahun baru Hijrah ini membawa sinar perubahan yang lebih baik, meningkatkan keimanan serta memperkukuh semangat hijrah ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

✨ β€œMadani Dihayati, Ummah Diberkati” ✨

Ikhlas daripada
Persatuan Pegawai Sains USM (PPSUSM)

31/05/2026

HEBAHAN HARI LAHIR – JUN

Persatuan Pegawai Sains USM (PPSUSM) ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua ahli yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Jun!

Senarai yang diraikan:

πŸŽ‚ Ahmad Zainudin – 03 Jun
πŸŽ‚ Salwa – 06 Jun
πŸŽ‚ Nur Farah Aida – 07 Jun
πŸŽ‚ Asif – 07 Jun
πŸŽ‚ Nadzri – 11 Jun
πŸŽ‚ Azimah Ahmad – 13 Jun
πŸŽ‚ Siti Mahirah – 14 Jun
πŸŽ‚ Nadia Sedi – 14 Jun
πŸŽ‚ Norzihana Ramli – 15 Jun

Semoga hari istimewa ini menjadi permulaan kepada tahun yang penuh dengan kegembiraan, kejayaan, dan pencapaian yang membanggakan.

Terus maju jaya dalam segala usaha!

Happy Birthday & Best Wishes dari PPSUSM!



Kredit: Video ucapan disediakan oleh En. Ahmad Zakwan Mustafa

Dirgahayu TuankuMerafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan ...
31/05/2026

Dirgahayu Tuanku

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan, kesejahteraan, serta kebijaksanaan kepada Tuanku bagi memimpin negara dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan.

Sembah takzim daripada,
PERSATUAN PEGAWAI SAINS UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (PPSUSM)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Persatuan Pegawai Sains Universiti Sains Malaysia (PPSUSM) mengucapkan Selamat Hari ...
30/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Persatuan Pegawai Sains Universiti Sains Malaysia (PPSUSM) mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua yang menyambutnya. Semoga perayaan ini membawa kedamaian, kebahagiaan, dan kesejahteraan kepada anda sekeluarga.

Hari Wesak mengingatkan kita tentang nilai kasih sayang, keharmonian, dan toleransi yang menjadi asas kepada masyarakat majmuk di Malaysia. Marilah kita bersama-sama memperkukuh semangat perpaduan dan saling menghormati di setiap langkah kehidupan.

Selamat bercuti dan manfaatkan masa bersama keluarga serta sahabat tercinta.

β€œPerpaduan dalam Kepelbagaian, Kesejahteraan untuk Semua.”

Address

Unit Bank Tisu, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan USM
Kubang Kerian
16150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pegawai Sains USM Malaysia (PPSUSM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Persatuan Pegawai Sains USM Malaysia (PPSUSM):

Shortcuts

Share