09/09/2026
π¦ DENGGI: APA YANG PERLU ANDA TAHU?
Denggi ialah jangkitan virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes, terutamanya Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Nyamuk ini biasanya aktif pada waktu siang, terutama pada awal pagi dan lewat petang.
π€ GEJALA DENGGI
Gejala biasanya termasuk:
π‘οΈ Demam tinggi secara tiba-tiba
π€ Sakit kepala yang kuat
ποΈ Sakit di belakang mata
πͺ Sakit otot, sendi dan tulang
π« Badan sangat lemah dan letih
π€’ Loya dan muntah
π΄ Ruam pada kulit
π©Έ Pendarahan ringan seperti gusi berdarah atau hidung berdarah
β οΈ FASA DENGGI :
1οΈβ£ Fasa Demam
Biasanya berlangsung sekitar 1-3 hari.
Pesakit mungkin mengalami:
* Demam tinggi
* Sakit kepala
* Sakit badan dan sendi
* Loya atau muntah
* Ruam
2οΈβ£ Fasa Kritikal ( Hari 3-7)π¨
β οΈ Fasa ini boleh berlaku apabila demam mula turun. Pesakit mungkin menyangka sudah semakin pulih, tetapi keadaan sebenarnya boleh menjadi lebih serius.
Tanda-tanda bahaya:
* Sakit perut yang kuat
* Muntah berterusan
* Muntah darah
* Gusi atau hidung berdarah
* Najis berwarna hitam
* Sangat lemah atau gelisah
* Mengantuk atau keliru
* Tangan dan kaki sejuk
* Kurang kencing
* Sesak nafas
π Segera ke hospital jika terdapat tanda-tanda ini.
3οΈβ£ Fasa Pemulihan
Pesakit mula beransur pulih:
* Selera makan kembali
* Badan semakin bertenaga
* Pengambilan air kencing bertambah
* Bacaan darah mula pulih
π§ RAWATAN DENGGI :
Tiada ubat khusus untuk membunuh virus denggi. Rawatan adalah untuk mengawal simptom dan mencegah komplikasi.
β
Minum air secukupnya
β
Rehat secukupnya
β
Pantau suhu badan
β
Ambil paracetamol untuk demam atau sakit jika sesuai
β
Ikut arahan doktor dan lakukan pemeriksaan darah jika diperlukan
β Elakkan mengambil ubat seperti aspirin, ibuprofen dan ubat anti-radang tertentu (NSAIDs) tanpa nasihat doktor kerana ia boleh meningkatkan risiko pendarahan.
π‘οΈ CARA MENCEGAH DENGGI
π¦ Hapuskan tempat pembiakan nyamuk!
βοΈ Buang air bertakung
βοΈ Tutup bekas penyimpanan air
βοΈ Tukar air dalam bekas atau pasu secara berkala
βοΈ Bersihkan longkang dan kawasan sekitar rumah
βοΈ Gunakan repelan nyamuk
βοΈ Pakai pakaian yang menutup badan
βοΈ Pastikan rumah dan kawasan persekitaran bebas daripada pembiakan Aedes
π¨ BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR?
Dapatkan pemeriksaan jika anda mengalami:
π‘οΈ Demam tinggi, terutamanya di kawasan yang mempunyai kes denggi
π€ Demam bersama sakit badan, sakit kepala atau ruam
π€’ Muntah atau tidak mampu minum secukupnya
π§ Kurang kencing atau tanda dehidrasi
π©Έ Sebarang tanda pendarahan
π¦ CEGAH AEDES, CEGAH DENGGI β PERIKSA AWAL, RAWAT AWAL!
MARI DAPATKAN SARINGAN DENGGI DI KLINIK APM SEGERA JIKA BERGEJALA βΌοΈ