Wellness Hub Labuan

Wellness Hub Labuan Wellness hub adalah pusat atau ruang yang untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh.

02/09/2026

LARIAN DALAM JEREBU: MASIH DIKIRA SIHAT?

Setakat 9 pagi Ahad, 17 kawasan di Malaysia mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara pada tahap tidak sihat hingga berbahaya.

Dalam masa yang sama, ramai yang turun menyertai acara larian atau meneruskan latihan seperti biasa.

Kita faham.

Ada yang sudah berlatih berbulan-bulan. Ada yang membayar yuran, menempah hotel dan datang dari jauh. Bukan mudah untuk menarik diri pada saat akhir.

Tetapi apabila udara tidak sihat, keputusan untuk tidak berlari bukan bermakna kita lemah.

Ia keputusan yang waras.


LARIAN SIHAT, TETAPI UDARA YANG DISEDUT MUNGKIN TIDAK

Ketika berlari, kita bernafas dengan lebih cepat dan lebih dalam.

Ini bermakna lebih banyak udara, termasuk zarah pencemar yang halus, disedut masuk ke dalam saluran pernafasan.

Semakin tinggi intensiti dan semakin lama kita berlari, semakin besar pendedahan yang mungkin berlaku.

Menjadi seorang yang cergas juga tidak menjadikan paru-paru kebal terhadap pencemaran udara.


BILA PATUT TANGGUHKAN LARIAN?

Jika IPU melebihi 100, aktiviti fizikal lasak di luar disarankan untuk ditangguhkan atau dipindahkan ke dalam bangunan.

Jika bacaan berada pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya, elakkan aktiviti fizikal di luar.

Jangan hanya melihat keadaan langit dari tingkap. Semak bacaan terkini di stesen APIMS yang paling hampir kerana tahap pencemaran boleh berubah mengikut masa dan lokasi.

Bagi individu yang mempunyai asma, penyakit paru-paru, penyakit jantung atau masalah kesihatan kronik, risikonya boleh menjadi lebih tinggi.

Kanak-kanak, warga emas dan wanita hamil juga perlu lebih berhati-hati.


JANGAN PAKSA DIRI JIKA MUNCUL TANDA INI

Hentikan larian dan bergerak ke tempat yang mempunyai udara lebih bersih jika mengalami:

• Batuk yang semakin kuat
• Bunyi berdehit ketika bernafas
• Sesak nafas yang luar biasa
• Dada terasa ketat atau sakit
• Pening, sakit kepala atau rasa hendak pitam
• Mata dan tekak yang terlalu pedih

Jika sakit dada atau sesak nafas tidak berkurang selepas berehat, dapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera.

Jangan anggap semua gejala ini sekadar “tak cukup training”.


BOLEHKAH BERLARI DENGAN PELITUP MUKA?

Pelitup muka pembedahan biasa tidak direka untuk menapis zarah halus dengan berkesan.

Respirator seperti N95 yang dipakai dengan betul boleh mengurangkan pendedahan ketika seseorang perlu berada di luar.

Namun, N95 bukan tiket untuk meneruskan larian berintensiti tinggi ketika IPU sudah tidak sihat.

Minum air p**a penting untuk mengelakkan dehidrasi, tetapi air tidak boleh meneutralkan zarah pencemar yang telah disedut masuk.

Pilihan paling selamat tetap mengurangkan pendedahan.


PENGANJUR JUGA ADA TANGGUNGJAWAB

Keputusan tidak sepatutnya diletakkan sepenuhnya di bahu peserta.

Penganjur acara luar perlu memantau bacaan IPU secara berkala, memberikan maklumat yang jelas kepada peserta dan menyediakan pelan untuk memendekkan, menangguhkan atau membatalkan acara jika keadaan menjadi tidak selamat.

Pasukan perubatan juga perlu bersedia menghadapi peningkatan kes sesak nafas, serangan asma, sakit dada atau pengsan.

Kesihatan peserta mesti mengatasi jadual acara, medal dan kos penganjuran.


Anda tidak perlu membuktikan tahap kecergasan dengan menghabiskan satu larian dalam udara yang tidak sihat.

Larian lain masih ada.

Paru-paru kita hanya sepasang.

Semak IPU sebelum keluar dan jangan malu untuk menarik diri jika keadaan tidak selamat.

Kongsi dengan ahli keluarga atau rakan yang masih merancang untuk berlari hari ini.

PUBLIC HEALTH MALAYSIA





BEACH WALKJom cergaskan lagi kehidupan dengan berjalan di tepi pantai. Bersantai sambil menikmati udara segar dan pemand...
25/08/2026

BEACH WALK

Jom cergaskan lagi kehidupan dengan berjalan di tepi pantai. Bersantai sambil menikmati udara segar dan pemandangan indah dengan melakukan Beach Walk. Dijemput datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi aktiviti ini.

Tarikh : 27 Ogos 2026 (Khamis)
Tempat : Pantai Tanjung Purun, WP Labuan
Masa : 5.00 Petang (Aktiviti akan ditunda sekiranya hari hujan)

Jangan ketinggalan untuk mendaftar sebagai klien Wellness Hub Labuan bagi merebut hadiah kehadiran sebanyak 12 kali ulangan.

Sertai kami, penyertaan adalah PERCUMA!

Jumpa anda semua di sana!



**ausihat

It's Sweat Wednesday!Jom aktifkan diri anda dengan Sesi Senamrobik ! Jom realisasikan berat badan yang ideal, sihat dan ...
25/08/2026

It's Sweat Wednesday!

Jom aktifkan diri anda dengan Sesi Senamrobik ! Jom realisasikan berat badan yang ideal, sihat dan cergas.

Tarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu)
Masa : 5.00 Petang hingga selesai
Tempat: Anggerik Square Kompleks Ujana Kewangan WP labuan

Mari mendaftar menjadi klien Wellness Hub dan rebut peluang anda untuk mendapatkan hadiah misteri misteri setiap 12 kali kedatangan!

Sertai kami, masuk adalah PERCUMA! Jumpa anda semua di sana!

"It's Fitness, it's Fun!"




It's Sweat Wednesday!Jom aktifkan diri anda dengan Sesi Senamrobik !Jom realisasikan berat badan yang ideal, sihat dan c...
17/08/2026

It's Sweat Wednesday!

Jom aktifkan diri anda dengan Sesi Senamrobik !
Jom realisasikan berat badan yang ideal, sihat dan cergas.

Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)
Masa : 5.00 Petang hingga selesai
Tempat: Anggerik Square Kompleks Ujana Kewangan WP labuan

Mari mendaftar menjadi klien Wellness Hub dan rebut peluang anda untuk mendapatkan hadiah misteri misteri setiap 12 kali kedatangan!

Sertai kami, masuk adalah PERCUMA! Jumpa anda semua di sana!
"It's Fitness, it's Fun!"



14/08/2026
BEACH WALKJom cergaskan lagi kehidupan dengan berjalan di tepi pantai. Bersantai sambil menikmati udara segar dan pemand...
12/08/2026

BEACH WALK

Jom cergaskan lagi kehidupan dengan berjalan di tepi pantai. Bersantai sambil menikmati udara segar dan pemandangan indah dengan melakukan Beach Walk. Dijemput datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi aktiviti ini.

Tarikh : 13 Ogos 2026 (Khamis)
Tempat : Pantai Tanjung Purun, WP Labuan
Masa : 5.00 Petang (Aktiviti akan ditunda sekiranya hari hujan)

Jangan ketinggalan untuk mendaftar sebagai klien Wellness Hub
Labuan bagi merebut hadiah kehadiran sebanyak 12 kali ulangan.

Sertai kami, penyertaan adalah PERCUMA!
Jumpa anda semua di sana!


**ausihat

Address

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan
Labuan
87007

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wellness Hub Labuan:

Shortcuts

Share