Wellness Hub Lahad Datu Sabah

Wellness Hub Lahad Datu Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wellness Hub Lahad Datu Sabah, Pejabat Kesihatan Lama, Lahad Datu Town.

Wellness Hub Lahad Datu
One Stop Community Centre
Unit Promosi Kesihatan
PKK LD

Waktu Operasi
Setiap Hari Bekerja
(Tutup Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
Jam 8.30AM Hingga 7.00PM
(Rehat 12.00PM - 2.00PM, Jumaat 11.30AM - 2.00PM)

Pendaftaran adalah PERCUMA

08/09/2026
08/09/2026

𝐀𝐖𝐀𝐒 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔: πŠπ„π’ π‰π€ππ†πŠπˆπ“π€π 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐅𝐀𝐒𝐀𝐍 πŒπ„ππˆππ†πŠπ€π“ πŒπ„ππƒπ€πƒπ€πŠ! 🌫️😷

Berikutan keadaan jerebu yang melanda negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan peningkatan kes jangkitan pernafasan sebanyak 124 peratus. Pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-33 baru-baru ini, kes berkaitan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) telah melonjak kepada 3,674 kes berbanding 1,637 kes pada minggu sebelumnya.

Susulan kira-kira 30 kawasan di seluruh negara yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, KKM amat menyarankan agar orang awam mengurangkan aktiviti di luar. Jika anda terpaksa keluar, pastikan anda menggunakan pelitup muka yang TEPAT:

βœ… Pelitup Muka Jenis N95:

Mampu menapis hampir 95% partikel daripada udara jerebu.

Reka bentuknya sesuai dan melekap kemas bagi menghalang udara tercemar masuk ke salur pernafasan.

❌ Pelitup Muka Biasa (3-ply mask):

Hanya menapis 12% daripada partikel halus jerebu.

Tidak melekap pada muka dan tidak kemas, membolehkan udara tercemar mudah masuk ke salur pernafasan.

Lindungi diri dan keluarga anda, terutamanya golongan berisiko seperti kanak-kanak, wanita hamil, dan warga emas. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran jika anda mengalami gejala seperti batuk, selesema, atau sesak nafas.

19/08/2026

🎀✨ JOM SERTAI PERTANDINGAN NYANYIAN! ✨🎀

Sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Negeri Sabah, Wellness Hub Lahad Datu menjemput seluruh masyarakat Lahad Datu untuk tampil menunjukkan bakat dan suara anda! 🎢

πŸ† 3 KATEGORI:
🎀 Bintang Remaja – 20 tahun ke bawah
🎀 Terbuka – 21 hingga 54 tahun
🎀 Suara Emas – 55 tahun ke atas

πŸ’™ PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!

πŸ“… SARINGAN: 6 SEPTEMBER 2026
πŸ† FINAL: 26 SEPTEMBER 2026
πŸ“ Wellness Hub Lahad Datu

🌟 Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan bakat anda, berani mencuba dan buktikan bahawa suara anda mampu memukau semua!

πŸ“² Maklumat lanjut & pendaftaran:
Pn. Norine: 014-670 7142
En. Zul: 011-393 26795

πŸ“’ Sebarang perubahan atau makluman terkini akan diberitahu melalui Group WhatsApp peserta.

🎢 AYUH TUNJUKKAN BAKAT ANDA DAN JADI BINTANG! 🌟

IKLAN TELAH DITUTUP!πŸ“’ IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MySTEP TAHUN 2026Wellness Hub Lahad Datu, Unit Promosi Kesihatan, Pejab...
30/07/2026

IKLAN TELAH DITUTUP!

πŸ“’ IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MySTEP TAHUN 2026

Wellness Hub Lahad Datu, Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

πŸƒ Personel MySTEP (Pegawai Penerangan Aktiviti Fizikal) Gred S9

Maklumat Ringkas:
βœ… Gaji: RM2,300.00 sebulan
βœ… Penempatan: Wellness Hub Lahad Datu
βœ… Bidang: Sains Sukan / Pengurusan Sukan / Pendidikan Sukan

Kelayakan:
βœ”οΈ Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
βœ”οΈ Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Sukan, Pendidikan Sukan atau Pengurusan Sukan.
βœ”οΈ Berminat dalam aktiviti kecergasan, promosi kesihatan dan kerja bersama komuniti.

πŸ“² Permohonan dibuat melalui platform MyFutureJobs.
Sila imbas kod QR atau klik pautan yang disediakan pada poster untuk membuat permohonan.

πŸ“… Tarikh tutup permohonan: 3 Ogos 2026

⚠️ Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil menghadiri sesi temuduga.

βš–οΈ Jom Ubah Gaya Hidup, Capai Berat Badan Sihat Bersama IFitEr! πŸ’ͺπŸ₯—Adakah anda ingin menurunkan berat badan secara sihat ...
04/05/2026

βš–οΈ Jom Ubah Gaya Hidup, Capai Berat Badan Sihat Bersama IFitEr! πŸ’ͺπŸ₯—

Adakah anda ingin menurunkan berat badan secara sihat dan konsisten?
Kini peluang anda bersama Program Intervensi Pengurusan Berat Badan – I Fit and Eat Right (IFitEr) anjuran Wellness Hub Lahad Datu!

✨ Program selama 6 bulan ini membantu peserta melalui:
βœ… Pemantauan berat badan
βœ… Aktiviti fizikal berkala
βœ… Pendidikan pemakanan sihat
βœ… Bimbingan gaya hidup sihat
βœ… Sokongan berterusan daripada pasukan kesihatan

πŸ“ Terbuka kepada komuniti di sekitar Lahad Datu

πŸ“Œ Tarikh tutup pendaftaran:
31 Mei 2026 (Ahad)

πŸ“Œ Tarikh saringan kesihatan & kecergasan:
10 Jun 2026 (Rabu)
⏰ 8.00 pagi
πŸ“ Wellness Hub Lahad Datu

πŸ“² Imbas QR Code pada poster untuk semak syarat penyertaan dan daftar sekarang!

Tempat adalah terhad β€” jangan lepaskan peluang untuk memulakan perjalanan ke arah hidup lebih sihat bersama kami πŸ’š






12/02/2026

Come and join us!

12/02/2026
🎀✨ AYUH SERLAHKAN BAKAT NYANYIAN ANDA!Jom sertai Pertandingan Nyanyian 2025 anjuran Wellness Hub Lahad Datu, sempena Bul...
09/10/2025

🎀✨ AYUH SERLAHKAN BAKAT NYANYIAN ANDA!

Jom sertai Pertandingan Nyanyian 2025 anjuran Wellness Hub Lahad Datu, sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) dan Hari Sukan Negara (HSN)! 🌟

πŸ“… 11 Oktober 2025 (Sabtu)
πŸ•’ 7.30 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Wellness Hub Lahad Datu

🎁 Hadiah wang tunai RM700 menanti para pemenang!
πŸ’₯ Penyertaan adalah PERCUMA dan terhad kepada 15 peserta sahaja!

Syarat penyertaan:
🎢 Terbuka kepada individu berumur 16 tahun ke atas
🎀 Terhad kepada penyanyi amatur (bukan profesional)
🎡 Lagu bebas – hanya satu lagu sahaja
πŸ’Ώ Peserta perlu bawa sendiri minus one (mp3/mp4/link YouTube)

πŸ“… Tarikh tutup penyertaan: 11 Oktober 2025
πŸ“² Untuk maklumat lanjut, hubungi Spencer (016-9578867) atau imbas kod QR di poster bagi pendaftaran & syarat penuh.

🌈 Dalam semangat Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, marilah kita bukan sahaja bersenam dan bergaya hidup sihat β€” tapi juga bersuara lantang dengan bakat dan keyakinan!
🎢 Wellness Hub Lahad Datu menanti suara terbaik anda di pentas sihat dan ceria ini!

🌸 Pemberian Imunisasi HPV (Human Papillomavirus) πŸŒΈπŸ“… 11 Oktober 2025 (Sabtu)πŸ•— 8.00 pagi – 12.00 tengah hariπŸ“ Wellness Hub...
09/10/2025

🌸 Pemberian Imunisasi HPV (Human Papillomavirus) 🌸
πŸ“… 11 Oktober 2025 (Sabtu)
πŸ•— 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Wellness Hub Lahad Datu

πŸ’‰ Imunisasi untuk Mencegah Kanser Serviks / Kanser Pangkal Rahim

πŸ“Œ Kelayakan:
β€’ Remaja perempuan berumur 13 hingga 18 tahun
β€’ Belum pernah menerima imunisasi HPV
β€’ Belum berkahwin
β€’ Perlu hadir bersama ibu bapa atau penjaga

🎯 Program ini diadakan sempena:
β€’ Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS)
β€’ Hari Sukan Negara (HSN)
β€’ Hari Terbuka Wellness Hub Lahad Datu

Jom lindungi diri dan masa depan anda dengan vaksin HPV! πŸ’ͺ

Address

Pejabat Kesihatan Lama
Lahad Datu Town
91100

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+60109374708

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Lahad Datu Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wellness Hub Lahad Datu Sabah:

Share