AADK Daerah Tampin N9

AADK Daerah Tampin N9 Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.

03/09/2026
03/09/2026

MARAH adalah emosi yang normal, namun cara kita mengurusnya menentukan tindakan dan kesannya terhadap kehidupan. Jika tidak dikawal, kemarahan boleh mencetuskan tekanan, pemikiran negatif dan meningkatkan risiko untuk kembali kepada tingkah laku yang memudaratkan.

Kenali tanda fizikal, fahami pencetus, ubah corak pemikiran dan amalkan langkah praktikal seperti teknik time-out, pernafasan dalam, komunikasi asertif serta aktiviti fizikal yang positif.

Mengurus marah bukan bererti menekan emosi, tetapi belajar mengawalnya dengan cara yang lebih sihat dan rasional. Setiap emosi boleh diurus, dan setiap pilihan yang baik membawa kita selangkah lebih dekat kepada kehidupan yang lebih sejahtera.

Ada Masalah Dadah? Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





03/09/2026

🚫 JATUH BUKAN PENGAKHIRAN

Dalam kehidupan, setiap orang pasti pernah melalui kegagalan, kesilapan dan cabaran. Namun, jatuh bukan bermakna kita perlu berputus asa. Jadikan setiap pengalaman sebagai pengajaran untuk bangkit dan melangkah dengan lebih kuat.

πŸ’ͺ Bangkit, terus melangkah dan jangan mengalah!
Masa depan masih milik kita. Jangan biarkan satu kesilapan menentukan seluruh kehidupan.

❌ Jauhi penyalahgunaan dadah dan perkara yang boleh merosakkan masa depan.
βœ… Pilih kehidupan yang sihat, positif dan bermakna.

β€œSetiap jatuh adalah peluang untuk bangkit lebih kuat.”





03/09/2026

SALAM TAKZIAH

Seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Bin Sani, Pembantu keelamatan, PUSPEN Jelebu, yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 September 2026

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan kepada warga AADK yang sentiasa dikenang atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat.

Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan, melimpahkan rahmat serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh, di samping mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

03/09/2026
02/09/2026

Pernah Tak Anda Rasa Stress, Tapi Lepas Makan Makanan Sihat, Terus Rasa 'Relaks'?

Sebenarnya, ada rahsia di sebalik apa yang kita hidangkan di atas pinggan. Makanan bukan hanya sekadar untuk kenyang, tapi sebenarnya adalah "kawan baik" kepada emosi dan minda kita.

Jom kita mula hari ini! Apakah makanan sihat yang boleh buat anda rasa happy setiap kali makan? Kongsikan dengan kami di ruangan komen, mana tahu boleh jadi inspirasi buat yang lain!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



02/09/2026

πŸ“’ Waghih-Waghih Negeri Sembilan, Moh Ngoca! 🌾🌾

Tandakan kalendar anda! πŸŽ‰

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Pesta Ngoca Kami Waghih Bebas Dadah 2026 sempena Penutup Jelajah Aspirasi Bebas Dadah!

Ini bukan pesta biasa, tapi pesta komuniti yang sihat, aktif dan ceria!

Bawa ahli keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga untuk merasai kemeriahan Pesta Ngoca di Rembau.

Bukan setakat ngoca, ada macam-macam aktiviti menarik menanti anda:

⚽ Penalty Shoot Out – Serlahkan bakat anda!

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Pertandingan Kolaj Keluarga – Kongsi masa berkualiti dengan kreativiti!

πŸ¦† Tangkap Itik – Cabaran tangkas untuk semua!

🎳 Boling Kelapa – Pengalaman boling yang unik!

πŸ₯« Baling Tin – Permainan klasik yang menyeronokkan untuk kanak-kanak!

Jom, sama-sama kita tunjukkan sokongan padu kita untuk masyarakat Negeri Sembilan yang sihat dan bebas dadah.

πŸ“… Tarikh: 19 September 2026 (Sabtu)

πŸ•— Masa: 8.00 pagi

πŸ“ Lokasi: Tapak Ngoca Kampung Semerbok, Rembau, Negeri Sembilan

See you there, Waghih! πŸ‘‹


02/09/2026

Menempuh jalan pemulihan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan sendirian. Namun, apabila kita berdiri teguh sebagai satu komuniti yang prihatin, cabaran yang berat akan menjadi lebih ringan untuk dipikul.

Dalam menyambut bulan September yang penuh bersejarah bagi negara, mari kita sematkan semangat "Kuat Bersama, Pulih Bersama". Kita sebagai ahli keluarga, rakan, mahupun jiran tetangga, mempunyai peranan besar dalam memberi sinar harapan kepada mereka yang sedang berusaha untuk bebas daripada belenggu.

Marilah kita bersama-sama membina persekitaran yang positif dan menyokong proses rawatan serta pemulihan demi masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.

Adakah kita bersedia untuk menjadi sistem sokongan buat mereka? Berikan tanda 'Hati' (❀️) jika bersama AADK dalam misi ini!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

Bangunan Mahkamah Lama
Lama
73000

Opening Hours

08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6064415803

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Tampin N9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share