Wellness Hub Langkawi

Wellness Hub Langkawi Wellness Hub Langkawi merupakan salah satu fasiliti kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi .

Ia terletak di Kampung Bukit Nau Padang Matsirat (belakang Dewan Syifa'a)

Selamat Menyambut Hari Pendermaan Organ Sedunia 2026. Orang-orang Langkawi kalau nak tanya tentang pendermaan organ ke, ...
13/08/2026

Selamat Menyambut Hari Pendermaan Organ Sedunia 2026. Orang-orang Langkawi kalau nak tanya tentang pendermaan organ ke, cara ikrar ke, atau pertanyaan lanjut lain, dengan kami pun boleh sebab di Wellness Hub, kami sebaik mungkin cuba bantu memberi pendidikan kesihatan berkaitan program-program yang baik untuk kesihatan individu. Di Wellness Hub Langkawi ada pegawai unit promosi yang boleh membantu untuk bercerita. Jadi kalau datang ke sini, boleh tanya pegawai yang menjaga. Kot nak dengar penjelasan dengan anggota kesihatan sendiri, tak jelas pada bahan yang dibaca di internet ke.

๐Ÿ’š๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€๐€๐ ๐Ž๐‘๐†๐€๐ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ’š

โœจ Warisku, Hormati Ikrarku โœจ

Hari Pendermaan Organ Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun menjadi peringatan bahawa satu ikrar yang kita buat hari ini mampu memberikan harapan dan peluang untuk kehidupan baharu kepada mereka yang memerlukan.

Pendermaan organ bukan sekadar satu keputusan, tetapi merupakan tanda kasih, keprihatinan dan kemanusiaan.

Jom bersama-sama sebarkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan organ dan hormati ikrar yang telah dibuat.

๐Ÿ“ฒ JOM DAFTAR SEBAGAI PENGIKRAR DERMA ORGAN MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

๐ŸŒฑ Satu Ikrar, Sejuta harapan.




Terima kasih klien-klien kami yang sudi hadir malam tadi lapangkan masa untuk bersama dalam kelas senaman komuniti  "Cha...
13/08/2026

Terima kasih klien-klien kami yang sudi hadir malam tadi lapangkan masa untuk bersama dalam kelas senaman komuniti "Chair Yoga Strecth" bersama Coach Wong Shinny.

Moga ilmu yang diperolehi berserta dengan kaedah dan teknik regangan badan tersebut dapat membantu semua meningkatkan tahap amalan kecergasan diri masing-masing.

Untuk makluman, kebanyakan aktiviti dan perkhidmatan Wellness Hub Langkawi memerlukan anda untuk membuat pendaftaran sebagai pelanggan terlebih dahulu sebelum sertai aktiviti. Jadi, jom datang ke Wellness Hub Langkawi untuk mendaftar sebagai klien dan dapatkan pelbagai maklumat atau sertai aktiviti yang disediakan.

Siapa kata datang Wellness Hub cakap tentang kurus, makan dan senaman sahaja? Hari ni kami ada datangkan aktiviti pendid...
12/08/2026

Siapa kata datang Wellness Hub cakap tentang kurus, makan dan senaman sahaja? Hari ni kami ada datangkan aktiviti pendidikan kesihatan mulut bersama doktor gigi. Kami yang dewasa ni pun kadang-kadang tak teringat tentang kesihatan gigi. Bak kata tadi "dah sakit gigi baru teringat ada gigi".

Apa-apa pun nak kata, jemput mai ke Wellness Hub Langkawi dulu, jadi klien, kita cerita panjang apa yang menarik dan bermanfaat yang boleh dibuat disini. Sebab hasrat kami, nak orang-orang di Langkawi kekal sihat fizikal dan mental.

P/s: jangan tanya awat tak habaq awai nak cerita tentang gigi. Sebab tadi slot bersama group IFitEr 4. Nanti kami atoq lagi naaa..

Nak tanya tentang program MyCHAMPION pun boleh di sini, nak tanya cara cegah demam denggi pun boleh juga di sini. Tapi kalau tanya kami ubat, atau nak check, rawat ada sakit itu ini, tu kena pi klinik.

Hai semua, di Wellness Hub Langkawi juga ada aktiviti silat yang dikendalikan sepenuhnya oleh APW PSSWLP. Kerjasama stra...
12/08/2026

Hai semua, di Wellness Hub Langkawi juga ada aktiviti silat yang dikendalikan sepenuhnya oleh APW PSSWLP. Kerjasama strategik ini dilihat sebagai salah satu aktiviti yang bermanfaat terhadap kesihatan diri. Ia dibuka kepada individu seawal umur 7 tahun hingga dewasa jika berminat untuk sertai berserta yuran pendaftaran kepada APW. Jadi jom isi masa anak-anak anda dengan aktiviti bermanfaat seperti silat ini. Manakala para ibu-bapa? Boleh juga mendaftar sebagai pelanggan Wellness Hub Langkawi dan gunakan perkhidmatan yang ada seperti khidmat nasihat gaya hidup sihat, pertanyaan tentang Wellness Hub, bersenam di mini gimnasium, buat saringan atau penilaian faktor risiko kesihatan sementara menunggu anak selesai kelas.

P/s: Kadang-kala ibu bapa perlu menjadi contoh untuk amalan gaya hidup sihat agar anak-anak juga terbuka untuk lakukannya.

Sebarang pertanyaan berkaitan silat seperti kaedah untuk sertai, yuran pendaftaran, waktu kelas, keperluan, atau lain-lain, boleh hubungi guru silat (En.Wan) di talian 013-6503036, manakala jika berkaitan Wellness Hub, boleh hadir terus sehaja sebab kami buka sehingga jam 10 malam.

11/08/2026
30/07/2026
Jom petang ni untuk klien-klien Wellness Hub Langkawi. Kalau belum jadi klien, jemput datang dulu dan daftar sebelum joi...
09/07/2026

Jom petang ni untuk klien-klien Wellness Hub Langkawi. Kalau belum jadi klien, jemput datang dulu dan daftar sebelum join aktiviti!

๐€๐ฅ๐ก๐š๐ฆ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฅ๐ฅ๐š๐ก! ๐Ÿ’šSelesai sudah Hari Terbuka dan Majlis Perasmian ๐–๐ž๐ฅ๐ฅ๐ง๐ž๐ฌ๐ฌ ๐‡๐ฎ๐› ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฐ๐ข yang telah disempurnakan oleh ๐˜๐š๐ง๐ ...
07/07/2026

๐€๐ฅ๐ก๐š๐ฆ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฅ๐ฅ๐š๐ก! ๐Ÿ’š

Selesai sudah Hari Terbuka dan Majlis Perasmian ๐–๐ž๐ฅ๐ฅ๐ง๐ž๐ฌ๐ฌ ๐‡๐ฎ๐› ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฐ๐ข yang telah disempurnakan oleh ๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง, ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐ƒ๐ซ. ๐ƒ๐ณ๐ฎ๐ฅ๐ค๐ž๐Ÿ๐ฅ๐ฒ ๐€๐ก๐ฆ๐š๐.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga Pulau Langkawi yang sudi hadir, menyertai pelbagai aktiviti dan bersama-sama memeriahkan program ini. Sokongan serta semangat yang ditunjukkan benar-benar memberikan makna kepada kami.

Semoga Wellness Hub Langkawi menjadi ruang buat semua untuk mengamalkan gaya hidup sihat, beraktiviti bersama keluarga dan membina komuniti yang lebih sihat serta sejahtera.

๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฐ๐ข ๐ฆ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค! Jumpa lagi di program-program kami yang akan datang. ๐Ÿฅณ๐Ÿ’š

Address

Wellness Hub Langkawi (Belakang Dewan Syifa Padang Matsirat)
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wellness Hub Langkawi:

Shortcuts

Share