Muhammad Firdaus Abdul Manaf - Holistic Therapist

Muhammad Firdaus Abdul Manaf - Holistic Therapist Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Muhammad Firdaus Abdul Manaf - Holistic Therapist, Health & Medical, Persekutuan Pengamal Perubatan Darul Tawakkal Malaysia, Machang.

✅️Specializing in Ruqyah, Cupping Therapy, Sports Rehabilitation & Manual Therapy
✅️Islamic & Physical Healing Approach
✅️SKM Level 3 Consultant in Ruqyah, Cupping Therapy, Sports Therapy & Therapeutic Massage

Pain Relief • Recovery • Spiritual Healing

Hari Ke-4 Raya Haji Hari Tu Ada Orang Call Ambo Nak Minta Tolong Pelepas Orang Main Mak YongTapi Disebabkan Ambo Ada Ban...
03/06/2026

Hari Ke-4 Raya Haji Hari Tu Ada Orang Call Ambo Nak Minta Tolong Pelepas Orang Main Mak Yong

Tapi Disebabkan Ambo Ada Banyak Jemputan Kenduri, Maka Ambo Tolak Untuk Tolong

Ambo Pun Ketika Itu Fikiran Banyak Kearah Lain, Maka Tak Boleh Nak Fokus Apa Cerita Sebenar Yang Dia Nak Minta Ambo Pelepas Tu

Cuma Apa Yang Ambo Dengar Adalah "Nak Minta Tolong Pelepas Main Mak Yong"

Ambo Sebenar Boleh Dikatakan Takde Jiwa Nak Rawat Atau Tolong Orang Yang Dia Sendiri Cari Penyakit, Dia Sendiri Cari Masalah

Kalau Ada Yang Minta Tolong Ambo Pelepas Orang Main Mak Yong Atau Main Puteri "Main Teri", Memang Kebiasaanya Ambo Akan Cari Alasan Untuk Menolak

Tapi Kalau Bangsa Lain, Agama Lain Datang Minta Tolong InsyaAllah Ambo Akan Tolong Sebab Mereka Memang Takde IMAN Dalam Jiwa, Mereka Memang Hidup Dalam Kesyirikan Mengikut Kepercayaan Agama Dan Bangsa Mereka

Boleh Dikatakan Kerap Kali Ambo Rawat Bangsa Lain, Agama Lain Yang Buat Majlis Atau Sambutan Dengan Upacara Pemujaan Sebagai Contoh "Phor Thor / Hungry Ghost Festival"

Kadang-Kadang Yang Datang Ke Pusat Rawatan Ambo Dengan Melompat Seperti Dalam Cerita Hantu Cina Pun Ada Tapi Versi "Real Life"

Ada Yang Datang Dengan Lidah Terbelah 2 Macam Ular Pun Ada. Macam-Macam Pengalaman Ambo Hadap Dengan Bangsa Dan Agama Lain Ni

Tapi Ambo Menerima Untuk Rawat Sebab Itu Adalah Kepercayaan Dalam Agama Dan Bangsa Mereka, Kita Tak Boleh Nak Halang Kepercayaan Dan Adat Mereka

Kebiasaannya Mereka Datang Jumpa Ambo Disebabkan Tok Sami Dia Sendiri Habis Cara Dah Buat Tapi Jin Taknak Keluar Maka Mereka Datang Minta Tolong Ambo Kerana Mereka Percaya Kaedah Perubatan Islam Boleh Buat

Yang Ambo Pelik Bangsa Melayu, Agama Islam TAPI Percaya Kepada Benda-Benda Khurafat Yang Menyimpang Daripada Ajaran Islam Seperti "Mak Yong / Main Teri"

Perbuatan Ini Bercanggah Dengan Aqidah Kerana Menyandar Kesan, Nasib, Atau Kuasa Ghaib Selain Allah ﷻ

Sebagai Contoh Main Puteri Akan Ada Bomoh/Pesilat Yang Akan Dirasuk Semangat Atau Berada Dalam Keadaan Trans (Trance) Untuk Berinteraksi Dengan Pesakit Yang Dikenali Sebagai Tok Tuban, Manakala Tok Minduk P**a Sebagai Penglipur Lara/Pencerita/Pengantara (Interogator) Yang Akan Berdialog Dengan Semangat

Ambo Mendoakan Semoga Anak Cucu Cicit Keturunan Ambo Dan Pembaca Semua Tidak Terpengaruh Dengan Perkara Dan Kepercayaan Karut Dan Bercanggah Dengan Aqidah Islam

Disclaimer: Gambar Sebagai Contoh Sahaja

03/06/2026

Bila Ambo Bagi Ijazah Amalan Bukan Bermakna Ambo Akan Ajar A-Z Kaedah Merawat

Kalau Nak Jadi Perawat Perlu Jalani Pembelajaran Secara Sistematik Barulah Diajar Berkaitan Rawatan Penyakit Udhwiyah, Ruhiyah & Nafsiyyah

Ramai Tak Faham Bab Ni, Dia Ingat Bila Ambo Bagi Ijazah Amalan Kiranya Ambo Akan Syarah Semua Sekali

Sebab Itu Orang Panggil Ijazah Amalan Bukan Kelas Perubatan

17/05/2026

Proses Ruqyah Kediaman Sebagai Ikhtiar Menghindari Segala Unsur Kebatilan

16/05/2026

Dalam Memberi Konsultasi Kepada Pesakit, Perawat Perlu BERHATI-HATI Bukan Ikut S**A HATI

12/05/2026

Semoga Allah ﷻ Melaknat Orang Yang Menghina & Mencela Para Sahabat رضي الله عنهم

10/05/2026

📝𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗣𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗨𝗥 6 𝗦𝗔𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗣𝗜 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞 𝗞𝗨𝗗𝗔

Terdapat beberapa pusat rawatan alternatif yang memperkenalkan teknik seperti “terapi tidur 6 saat” dan rawatan “tapak kuda” yang menggunakan tekanan kuat pada tubuh pesakit. Walaupun dipromosikan sebagai kaedah membuang angin, membuka urat tersumbat atau merehatkan saraf, masyarakat perlu memahami bahawa kaedah seperti ini mempunyai risiko yang serius jika dilakukan tanpa ilmu anatomi, latihan perubatan dan pemantauan keselamatan yang betul.

Bagi terapi tidur 6 saat, kaedah yang menekan bahagian leher, bahu atau kawasan berhampiran salur darah utama serta saluran oksigen boleh menyebabkan gangguan aliran darah ke otak, kekurangan oksigen, pengsan, strok, kerosakan saraf malah kematian mengejut dalam keadaan tertentu. Dalam dunia perubatan, tekanan pada arteri karotid, salur vena utama atau kawasan saraf vagus bukan perkara yang boleh dibuat secara sembarangan. Individu yang mempunyai darah tinggi, masalah jantung, obesiti, diabetes atau salur darah lemah berada pada risiko lebih tinggi.

Manakala rawatan “tapak kuda” menggunakan tumit kaki memijak belakang atau tulang belakang juga bukan perkara ringan. Tulang belakang ialah struktur yang melindungi saraf tunjang. Tekanan melampau atau salah posisi boleh menyebabkan slipped disc, saraf terhimpit, retak tulang, kecederaan otot dalaman, kerosakan sendi facet dan masalah saraf kekal. Risiko menjadi lebih tinggi jika pesakit mempunyai osteoporosis, masalah tulang, usia lanjut atau berat badan berlebihan.

Dalam perubatan Islam sendiri, prinsip asas rawatan ialah tidak memudaratkan. Kaedah rawatan tidak boleh bersandar kepada “viral”, testimoni atau dakwaan semata-mata tanpa kajian keselamatan dan pemantauan ahli yang benar-benar berkelayakan. Nabi ﷺ bersabda:

“Tidak boleh melakukan mudarat dan tidak boleh membalas mudarat dengan mudarat.”

Kaedah rawatan yang terlalu agresif sehingga membahayakan nyawa atau anggota badan perlu dinilai semula secara serius. Rawatan alternatif sepatutnya membantu memulihkan pesakit dengan selamat, bukan membuka ruang kepada kecederaan baru.

Masyarakat disarankan supaya:

1) Menyemak latar belakang dan kelayakan pengamal.

2) Berhati-hati dengan rawatan yang melibatkan tekanan kuat pada leher dan tulang belakang.

3) Tidak mudah percaya kepada dakwaan “terus tidur”, “reset saraf”, “buang angin dalam 6 saat” dan seumpamanya tanpa bukti klinikal.

4) Mendapatkan pemeriksaan doktor jika mempunyai penyakit kronik sebelum menjalani rawatan fizikal agresif.

Rawatan yang benar bukan sekadar nampak kuat atau ekstrem, tetapi mestilah selamat, berilmu dan tidak memudaratkan pesakit.
"𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐓 & 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐓"

-Mᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ Fɪʀᴅᴀᴜs Aʙᴅᴜʟ Mᴀɴᴀғ-
Machang, Kelantan
10/05/2026 (Ahad)
04:37 Petang

10/05/2026

Ambo Tengok Dalam Tiktok Ni Aktif Geng Tok Bomoh Dok Bomoh Ore Walaupun Tengah² Malam Buto Kalau Ko Alah Pagi Ko Ramai Dok Buat Live Dok Bomoh Ore😁

Ambo Kalau Pesakit Minta Tolong Lepas Pado Asar Pun Rasa Malas Dah Sebab Nak Rehat Letih Otok Letih Badan

Sebab Tu Kalau Ada Ore Call Ambo Tengah² Malam Memang Ambo Takkan Jawab🙏

10/05/2026

Rawatan Islam Bukan Sekadar Baca Ruqyah Buat Air Tawar Tapi Ianya Merangkumi Rawatan Kepada Penyakit Fizikal Atau Udhwiyah (عضوية) Sama Ada Melalui Kaedah Herba, Pemakanan, Fisioterapi Dan Fizikal Terapi

Address

Persekutuan Pengamal Perubatan Darul Tawakkal Malaysia
Machang
18500

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

+601115449686

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muhammad Firdaus Abdul Manaf - Holistic Therapist posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Muhammad Firdaus Abdul Manaf - Holistic Therapist:

Share