Klinik Kesihatan Long San

  • Home
  • Klinik Kesihatan Long San

Klinik Kesihatan Long San Government Clinic by Ministry of Health Malaysia (1958-now)

20/01/2025

Jum dengarkan kami secara langsung 21 Januari 2025🤗

24/12/2024

🩻Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa lazim dalam kalangan pesakit sakit tulang belakang.

✅Antara punca-punca slipped disc adalah proses penuaan pada cakera tulang belakang, faktor mekanikal dan trauma.

✅Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk.

📢Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah mencegah slipped disc seperti yang dikongsikan.






13/11/2024
08/11/2024

X-Break atau senaman ringan yang singkat adalah tempoh rehat yang diambil di antara kerja atau aktiviti bagi meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan.

Lakukan senaman ringan atau X-Break selepas duduk dalam tempoh dua jam bagi mencegah tingkah laku sedentari.

Jom X-Break!






Sumber : Infosihat KKM / infosihat.moh.gov.my

06/11/2024

Ayuh! Mulakan aktiviti santai dan hindari tingkah laku gaya hidup sedentari, khasnya untuk warga emas berusia 65 tahun dan ke atas. Nikmati harian anda dengan aktiviti fizikal yang menyihatkan.



06/11/2024

Ketika anda memesan minuman, ingatlah untuk memilih dengan bijak!

“Teh Ais Kurang Manis ikat tepi!”
“Bang, nak Teh O Kosong!”
“Teh Tarik Kurang Manis ya!”

Tetapi ingat, AIR KOSONG adalah pilihan TERBAIK! 💧
Air kosong bukan hanya menyegarkan, tetapi juga menyokong kesihatan kita!

Jom kurangkan gula dan pilih pilihan yang lebih sihat!





06/11/2024

Senaman ialah aktiviti fizikal yang lebih tinggi intensitinya daripada aktiviti harian. Tujuannya adalah untuk mendapatkan manfaat kesihatan baik dari segi fizikal dan juga mental.

Setiap orang mempunyai jenis senaman kesukaan yang berbeza seperti berjalan, berlari, mendaki, mengikuti kelas kecergasan atau menggunakan mesin larian treadmill dan sebagainya. Walau apa pun pilihannya, aktiviti senaman membawa lebih kebaikan untuk mengekalkan kesihatan.

Jangan lupa minum air yang mencukupi untuk kekal hidrasi!

Sumber : Infosihat KKM

https://infosihat.moh.gov.my/senaman.html




06/11/2024

Wanita yang bercadang untuk hamil, disarankan untuk mendapatkan BMI ideal atau menurunkan berat badan. Ini bagi mengurangkan pelbagai risiko kehamilan seperti Gestational Diabetes Mellitus (GDM), tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Oleh itu, amalkan pemakanan yang sihat, seimbang dan pelbagai melalui Konsep Pinggan Sihat Malaysia (Suku Suku Separuh). Hadkan juga pengambilan makanan yang tinggi gula, lemak dan garam dan lakukan aktiviti fizikal secara berkala.

Rujuk Pegawai Sains Pemakanan di klinik kesihatan berhampiran anda untuk nasihat yang lebih terperinci.

06/11/2024
28/10/2024
27/10/2024

Address


98050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Long San posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share