ECTO Clinic Melaka

ECTO Clinic Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ECTO Clinic Melaka, Medical and health, No 45 & 47, Jalan PPPS 1, Pusat Perniagaan Putra Sentosa, Bukit Baru, 75150 Bukit Baru, Melaka, Melaka.
(1)

Official backup page of ECTO Clinic

🩺General Practice (GP) Clinic | Dermatology Clinic
📍Bukit Baru & Durian Tunggal, Melaka
🕒 7 am - 11 pm (Monday - Sunday)
📞 +6012-9175481

11/06/2026

POV:
"Ada soalan lagi tak?"
Patient:
"Tak ada."
5 saat kemudian:
"Eh j*p..." 😭

Tapi betul, kalau tak pasti cara makan ubat atau rawatan yang diberikan, jangan malu untuk bertanya 😊

Lebih baik tanya daripada tertanya-tanya.

11/06/2026

Doctor, eczema ni boleh sembuh terus tak?” 🤔
Ini antara soalan yang paling kerap ditanya oleh pesakit eczema.

Hakikatnya, eczema adalah keadaan kulit yang melibatkan masalah skin barrier dan sistem imun. Ia mungkin tidak mempunyai penawar yang kekal, tetapi simptomnya boleh dikawal dengan baik melalui rawatan dan penjagaan yang betul. ✨

Ramai pesakit berjaya menjalani kehidupan harian tanpa gangguan besar apabila trigger mereka dikenal pasti dan dikawal.

Antara trigger yang sering menyebabkan eczema flare:
✔ Cuaca panas atau terlalu kering
✔ Sabun atau produk penjagaan kulit yang tidak sesuai
✔ Peluh
✔ Habuk
✔ Stress

Sebab itu rawatan eczema bukan sekadar sapu krim apabila gatal, tetapi juga memahami apa yang menyebabkan kulit anda flare.

Kalau eczema anda kerap berulang, mengganggu tidur, kerja atau aktiviti harian, jangan biarkan terlalu lama tanpa pemeriksaan.

📍 Dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor untuk pelan rawatan yang sesuai dengan keadaan kulit anda.

🤒 Influenza bukan sekadar “demam biasa”.Ramai hanya mula risau selepas dah jatuh sakit:✔ Demam tinggi✔ Batuk berpanjanga...
11/06/2026

🤒 Influenza bukan sekadar “demam biasa”.

Ramai hanya mula risau selepas dah jatuh sakit:
✔ Demam tinggi
✔ Batuk berpanjangan
✔ Sakit badan dan keletihan
✔ Terpaksa ambil MC beberapa hari
✔ Aktiviti harian dan kerja terganggu
Hakikatnya, lebih mudah untuk mencegah daripada merawat.

💉 Vaksin influenza membantu mengurangkan risiko mendapat jangkitan influenza serta mengurangkan risiko komplikasi yang lebih serius, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi.

Jangan tunggu sampai terlantar baru nak fikir tentang pencegahan.

📍 Vaksin Influenza kini tersedia di Klinik ECTO Bukit Baru & Durian Tunggal.
Untuk maklumat lanjut, hubungi kami atau walk-in ke klinik.

11/06/2026

POV:
Patient:
❓ Tanya 17 soalan
✅ Minta WhatsApp
✅ Minta quotation
✅ Minta explain

Lepas dapat jawapan:
👀 Seen
👀 Seen
👀 Seen

Admin, CS dan CA mesti pernah jumpa spesies macam ni dekat social media.
Hari ni je dia muncul dalam dunia sebenar p**a 😂

Tag admin atau CS yang pernah kena ghosting lepas reply panjang berjela 👇

10/06/2026

Ramai orang fikir health screening ni sesuatu yang kompleks dan “heavy test” 😅

Sebenarnya, basic health screening itu sangat simple tapi sangat penting.
Antara komponen biasa termasuk:
✔ Tekanan darah
✔ Paras gula dalam darah
✔ Paras kolesterol
✔ Ujian darah asas

Dari ujian ringkas ini, kita boleh bantu kesan awal risiko seperti:
• Darah tinggi
• Kencing manis
• Kolesterol tinggi

Kadang-kadang, penyakit ini tak tunjuk simptom awal — jadi screening membantu kita detect lebih awal sebelum jadi lebih serius.

💡 Simple check, big impact untuk kesihatan jangka panjang.

📍Kalau dah lama tak buat screening, mungkin ini masa sesuai untuk start.

😴 “Tidur 8 jam” tak semestinya cukup kalau kualiti rehat tak baik.Badan kita biasanya akan bagi beberapa “signal” bila d...
10/06/2026

😴 “Tidur 8 jam” tak semestinya cukup kalau kualiti rehat tak baik.
Badan kita biasanya akan bagi beberapa “signal” bila dah lama tak cukup rehat atau tidur tidak berkualiti.

Antaranya:
✔ Mudah mengantuk walaupun baru bangun tidur
✔ Sukar fokus ketika bekerja atau belajar
✔ Cepat marah dan mudah rasa stres
✔ Kerap sakit kepala
✔ Mudah jatuh sakit kerana sistem imun boleh terjejas

Kadang-kadang kita anggap semua itu perkara biasa, sedangkan badan sebenarnya sedang minta kita berehat. 😅

💡 Cuba perhatikan semula rutin tidur anda:
- Tidur pada waktu yang konsisten
- Kurangkan penggunaan telefon sebelum tidur
- Pastikan suasana bilik selesa dan gelap
- Elakkan kafein terlalu lewat pada waktu petang atau malam

Jangan tunggu sampai badan “tewas” baru nak berehat.
Rehat yang cukup bukan kemewahan, ia adalah keperluan. 💚

10/06/2026

POV: Datang klinik sebab senggugut...
Tapi akhirnya doktor kena berdebat dengan mak p**a 😭

Fakta ringkas:
✔ Senggugut berlaku kerana rahim sedang mengecut semasa period
✔ Tak makan bukan punca utama senggugut
✔ Tetapi perut kosong boleh buat badan rasa lebih lemah dan ketidakselesaan jadi lebih ketara

Dan seperti biasa...
Mak mungkin tak 100% betul,
tapi selalunya ada juga 10% yang susah nak lawan 😂

Tag kawan yang mak dia mesti ada teori kesihatan sendiri

❤️❤️

08/06/2026

“Ini purging je kot…” 👀
Ramai yang anggap semua jerawat yang muncul selepas tukar skincare adalah purging. Hakikatnya, ada juga yang sebenarnya mengalami iritasi kulit.

✅ Purging
• Berlaku selepas guna bahan aktif seperti retinol atau AHA/BHA
• Jerawat naik di kawasan yang memang biasa berjerawat
• Biasanya sementara dan akan beransur baik

⚠️ Iritasi
• Kulit rasa pedih atau terbakar
• Merah dan sensitif
• Kering sehingga mengelupas
• Jerawat boleh muncul di kawasan yang tidak biasa

Perbezaan ini penting kerana cara mengatasinya juga berbeza. Jika iritasi disangka purging, anda mungkin terus menggunakan produk yang sebenarnya sedang merosakkan skin barrier.

Jangan hanya bergantung pada trend atau nasihat di media sosial. Dapatkan pemeriksaan jika kulit semakin merah, pedih, atau breakout berpanjangan.

📍Tak pasti sama ada purging atau iritasi? Dapatkan penilaian doktor supaya rawatan lebih tepat dan kulit dapat pulih dengan lebih baik.

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️Terima kasih Pn. Devy atas kepercayaan yang diberikan kepada Klinik ECTO. ❤️Kami amat menghargai maklum balas ...
05/06/2026

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Terima kasih Pn. Devy atas kepercayaan yang diberikan kepada Klinik ECTO. ❤️

Kami amat menghargai maklum balas positif tentang kebersihan klinik, layanan mesra staf, masa menunggu yang singkat serta penerangan yang diberikan oleh Dr. Amanina.

Lebih menggembirakan apabila usaha rawatan yang dijalankan menunjukkan perubahan positif pada keadaan kulit anak puan. Setiap perkembangan yang baik untuk pesakit merupakan satu kepuasan besar buat kami. 😊

Semoga proses pemulihan anak puan terus berjalan lancar dan dipermudahkan sehingga temu janji susulan nanti. Terima kasih kerana memilih Klinik ECTO sebagai rakan penjagaan kesihatan keluarga.

✨ Kepuasan pesakit adalah motivasi kami untuk terus memberikan rawatan dan perkhidmatan yang terbaik setiap hari.

05/06/2026

POV: Datang klinik dengan banyak alasan:
❌ Saya muda lagi
❌ Saya sihat lagi
❌ Saya jarang sakit
❌ Imun badan saya kuat

Lepas disiasat dengan lebih mendalam...
Punca sebenar:
💉 "Saya takut jarum..." 😭

Ada siapa yang macam ni? 😂
Ramai sebenarnya takut jarum, tetapi proses vaksin biasanya sangat cepat dan selesai dalam beberapa minit sahaja 😊

💡 Kalau baru sahaja sembuh daripada influenza, bila boleh ambil vaksin?
Secara umumnya, anda boleh mempertimbangkan vaksin influenza selepas pulih daripada penyakit akut dan demam telah kebah sepenuhnya. Jika masih demam atau masih tidak sihat, biasanya disarankan tunggu sehingga keadaan stabil terlebih dahulu.

💡 Lepas ambil vaksin, terus kebal ke?
Tidak. Badan memerlukan masa untuk membina perlindungan. Vaksin influenza biasanya mula memberi perlindungan sekitar 2 minggu selepas suntikan.
Jadi jangan tunggu musim demam atau bila ramai sekeliling dah mula sakit baru nak fikir pasal vaksin ya 👀

💉 Vaksin Influenza kini tersedia di Klinik ECTO.

Address

No 45 & 47, Jalan PPPS 1, Pusat Perniagaan Putra Sentosa, Bukit Baru, 75150 Bukit Baru, Melaka
Melaka

Opening Hours

Monday 07:00 - 23:00
Tuesday 07:00 - 23:00
Wednesday 07:00 - 23:00
Thursday 07:00 - 23:00
Friday 07:00 - 23:00
Saturday 07:00 - 23:00
Sunday 07:00 - 23:00

Telephone

+60129175481

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ECTO Clinic Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to ECTO Clinic Melaka:

Shortcuts

Share