03/08/2026
Semalam 2/8/26 9 malam adalah salah satu hari yang buat ainin rasa bersyukur sangat 🤍✨
Dapat luangkan masa join kelas business bersama mentor, Master Mie & Master Fiq. Banyak sangat ilmu yang dikongsikan, bukan sahaja tentang cara bina business, tapi lebih kepada mindset, perjalanan dan pengalaman orang-orang yang dah lalui fasa jatuh bangun dalam business.
Yang paling buat saya tersentuh bila dengar kisah kawan-kawan dalam business yang dah berjaya rank up. Masing-masing ada cerita sendiri… ada yang bermula dari kosong, ada yang pernah rasa takut, down, tak yakin dengan diri sendiri, tapi mereka tetap pilih untuk terus belajar dan usaha.
Bila dengar cerita mereka, dalam hati terdetik sambil rasa sebak sgt…
“Kalau mereka boleh buat dengan usaha dan kesungguhan, aku pun mesti boleh.” 🥹🤍
Kadang-kadang kita bukan tak ada potensi, cuma kita perlukan ilmu yang betul, persekitaran yang betul dan orang yang boleh guide kita bila kita rasa hilang arah.
Sebab tu ainin percaya, kalau nak mula sesuatu business, jangan hanya tengok produk atau peluang semata-mata. Cari business yang ada sistem, komuniti dan mentor yang betul-betul sudi bimbing kita.
Sebab perjalanan business bukan sentiasa mudah… tapi bila ada orang yang tunjuk jalan, ada kawan yang sama-sama berjuang, perjalanan tu rasa lebih ringan dan menyeronokkan ✨
Alhamdulillah, bersyukur dipertemukan dengan circle yang sentiasa mengajar, mendorong dan buat saya percaya yang impian besar itu boleh dicapai dengan usaha yang konsisten sejak zaman Study lagi🤍
Kalau korang pernah terfikir nak cuba buat business tapi masih takut nak mula… mungkin ini tanda untuk cari ilmu dulu. Kadang peluang yang kita cari, sebenarnya bermula dengan satu langkah kecil 🤍