Khalifah Home Nursing

Khalifah Home Nursing Home nursing in KL & Selangor

01/08/2026

Nampak senang je kan nk masuk tiub ni. Patient dengar kata. Boleh beri kerjasama yg baik.

Cmne pulak kalau yg jenis agresif? Tnggu next video





Badan Panas atau Panas Badan?⚠️ Berhati-hatiDemam atau suhu badan tinggi bukan semestinya perkara biasa.Terutamanya bagi...
22/07/2026

Badan Panas atau Panas Badan?

⚠️ Berhati-hati

Demam atau suhu badan tinggi bukan semestinya perkara biasa.

Terutamanya bagi pesakit warga emas, terlantar atau mempunyai penyakit kronik, suhu badan yang tinggi boleh menjadi tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam badan.

Kadang-kadang puncanya adalah seperti:

* Jangkitan paru-paru (pneumonia)
* Jangkitan kencing
* Luka atau kudis tekanan (bedsore) yang dijangkiti

πŸ€” Kenapa suhu badan naik?

Demam sebenarnya adalah tanda badan sedang melawan masalah, tetapi perkara paling penting adalah mencari punca demam tersebut.

🚨 Bila perlu dapatkan rawatan segera?

Jangan tunggu jika pesakit:

❗ Suhu badan mencapai 40Β°C atau lebih
❗ Sukar bernafas
❗ Keliru, terlalu mengantuk atau susah dikejutkan
❗ Mengalami sawan
❗ Tidak boleh minum atau tanda kurang air dalam badan
❗ Keadaan pesakit semakin lemah atau merosot secara tiba-tiba

Jadi, badan panas atau panas badan? Dua2 memberi maksud yang sama = ada benda yang tak kena dengan badan

✌🏻

05/07/2026

Sebab apa kena mandi?
Sebab nak bersih laa.

*Al-Fatihah buat pakcik ni Allahyarham Abdul Aziz bin Mohd Yusof





Haematuria (Kencing Berdarah)? Bahaya atau Tidak?Tidak semua darah dalam catheter adalah kes kecemasan, tetapi ia juga t...
25/06/2026

Haematuria (Kencing Berdarah)?
Bahaya atau Tidak?

Tidak semua darah dalam catheter adalah kes kecemasan, tetapi ia juga tidak boleh diabaikan.

Antara punca yang boleh menyebabkan keadaan ini:
β€’ Catheter tertarik atau bergerak terlalu banyak
β€’ Pertukaran catheter yang baru dilakukan
β€’ Jangkitan saluran kencing (UTI)
β€’ Batu karang
β€’ Keradangan atau kecederaan pada saluran kencing
β€’ Ubat pencair darah
β€’ Sejarah penyakit
β€’ Masalah prostate

Apa yang ahli keluarga perlu check?
β€’ Adakah air kencing masih mengalir?
β€’ Adakah terdapat darah beku (blood clot)?
β€’ Adakah tiub terlipat atau tersumbat?
β€’ Adakah pesakit mengadu sakit bawah perut?
β€’ Adakah pesakit demam, menggigil, berpeluh atau kelihatan tidak sihat?
β€’ Adakah pernah berlaku sebelum ni?
β€’ Adakah darah yang keluar itu terlalu pekat?

Jika darah hanya sedikit, air kencing masih mengalir dengan baik, dan pesakit tiada simptom lain, keadaan biasanya boleh dipantau sementara menunggu nasihat jururawat atau doktor.

🚨 Bawa ke hospital dengan segera jika:
β€’ Air kencing berhenti mengalir
β€’ Keluar banyak darah pekat atau darah beku
β€’ Perut bawah menjadi keras, bengkak atau sangat sakit
β€’ Pesakit demam tinggi, menggigil atau keliru
β€’ Pendarahan tidak berhenti

Kencing berdarah bukan semestinya mengancam nyawa, tetapi ia boleh menjadi tanda awal masalah yang lebih serius. Pemerhatian awal oleh keluarga boleh membantu menentukan tindakan yang sesuai dan mengelakkan komplikasi.





Ryle’s Tube & Ikat TanganAda pesakit yang mencabut Ryles tube berulang kali, malah beberapa kali dalam sehari. Ahli kelu...
24/06/2026

Ryle’s Tube & Ikat Tangan

Ada pesakit yang mencabut Ryles tube berulang kali, malah beberapa kali dalam sehari. Ahli keluarga mungkin perlu mengeluarkan kos tambahan untuk pemasangan semula oleh petugas kesihatan.

Pemasangan berulang kali meningkatkan risiko iritasi dan kecederaan pada hidung serta tekak, pendarahan, dan dalam kes tertentu tiub boleh tersalah masuk ke saluran pernafasan jika tidak diperiksa dengan betul.

Ramai terus memilih restrain (ikat tangan). Namun sebelum itu, cuba cari puncanya.
Adakah pesakit tidak selesa?
Adakah saiz tiub terlalu besar untuk mereka?
Perkara ini mungkin boleh dielakkan jika

βœ… Tukar size/jenis tiub jika sesuai
βœ… Restrain dengan cara yang betul
βœ… Posisi tiub yang lebih baik
βœ… Kenal pasti punca ketidakselesaan
βœ… Pertimbangkan saiz/jenis tiub yang sesuai

Kadang-kadang penyelesaiannya bukan sekadar mengikat tangan pesakit, tetapi memahami sebab mengapa mereka asyik menarik keluar tiub tersebut.





03/06/2026

Case Diagnosis : MVA

Soalan yg selalu org tanya β€˜berapa lama nk kena pakai besi ni?’
Jwapan, bergantung kpd tahap kecederaan yg dialami. Paling cepat pun 6 minggu, paling lama, ada yg smpai bertahun. Yg penting, kebersihan luka tu kena jaga.

Ada soalan? Tulis dekat ruang komen bawah ya! πŸ‘‡






Selamat Hari Raya Aidil Adha
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidil Adha

09/04/2026

Kaki dh start jd keras & kering. Ada yg boleh teka knape kaki jd cmni?





Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan dan kekuatan kepada yang sedang diuji.
18/12/2025

Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan dan kekuatan kepada yang sedang diuji.

Address

Klang Valley
Petaling Jaya

Telephone

+60125910908

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khalifah Home Nursing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Khalifah Home Nursing:

Shortcuts

Share