Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam

Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam Perkhidmatan Psikologi Koreksional seiring dengan aplikasi psikologi dalam membina modal insan yang ke arah kesejahteraan psikologi yang baik.

Pada 6 Julai 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah melaksanakan Program Psikopendidikan P...
23/07/2026

Pada 6 Julai 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah melaksanakan Program Psikopendidikan Prospek : Tanggungjawab Seorang Anak bertempat di Surau Abu Bakar. Program ini bertujuan melihat semula peranan diri prospek sebagai seorang anak yang perlu bangkit dari kesalahan yang dilakukan sebelum ini. Malah perlu bagi mereka untuk meluahkan segala isu yang dipendam dalam usia begini dalam pengurusan emosi.

Seramai 10 orang prospek telah hadir dalam program kali ini. Program ini telah dikendalikan oleh Encik Rahmansyahputra Afrizal, Pegawai Psikologi PKPA. Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti Kumpulan, Psikodrama, dan sesi kaunseling kelompok. Mudah-mudahan dengan program seumpama ini dapat memberi kesan positif terhadap prospek dalam membina semangat diri.



Pada 26 Jun 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah menjalankan satu sesi intervensi kaunse...
27/06/2026

Pada 26 Jun 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah menjalankan satu sesi intervensi kaunseling melalui alat terapi seni terhadap 3 orang prospek berisiko. Sesi ini bertujuan membimbing dan membantu prospek dalam pengurusan emosi dan tekanan, meningkatkan semangat dan daya diri untuk "self-care" serta menjadi satu platform untuk para prospek mengekspresikan perasaan terpendam mereka.

Sesi intervensi ini telah dijalankan oleh En Rahmansyahputra Afrizal bersama Pegawai Perubatan PKPA, Dr. Reethiya yang bertempat di Unit Klinik PKPA. Sesi ini berjalan selama 1 jam bagi setiap prospek. Pelbagai ekspresi yang telah ditunjukkan semasa sesi sedang berlangsung. Setelah selesai sesi intervensi, prospek memaklumkan bahawa wujud sedikit perasaan lega dalam diri apabila dapat meluahkan sesuatu yang tersirat di dalam diri mereka. Semoga memberi impak positif dalam dunia pemulihan mereka yang terbuka ke arah sesi intervensi ini.





Pada 20 Jun 2026 telah berlangsung 2nd International Counseling & Wellness Innovation Competition (2nd INNOCARE) 2026 di...
22/06/2026

Pada 20 Jun 2026 telah berlangsung 2nd International Counseling & Wellness Innovation Competition (2nd INNOCARE) 2026 di Dewan SITC, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pertandingan produk inovasi dalam bidang psikologi kaunseling ini memberi para pengamal psikologi dan kaunseling untuk memperkenalkan idea-idea baharu yang boleh diketengahkan bagi memudahkan urusan perkhidmatan disamping berkongsi ilmu yang mampu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan psikologi di setiap pelusuk jabatan dan komuniti.

Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam (UPPs PKPA) khususnya En.Rahmansyahputra Afrizal selaku Ketua Unit Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam PKPA telah turut serta bersama-sama dengan Dr Kaunselor Asraf Salleh, En Mohd Afiq Faiz dari Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh PSB dan Puan Amalina binti Zulkefli, Penjara Wanita Kajang telah membawa satu produk iaitu Modul CREATe : Intervensi Hibrid CTRT & REBT dalam Meningkatkan Kesejahteraan Psikologi dan Membentuk Pemikiran Rasional dalam Kalangan Banduan, dan telah berjaya merangkul anugerah Pingat Emas (Gold Medal).

Semoga usaha ini dapat membantu menaikkan lagi mutu perkhidmatan psikologi khususnya dalam setting koreksional dan menjadi waddah dalam mencari keseronokkan bekerja.





Pada 19 Jun 2026, En Rahmansyahputra Afrizal selaku wakil Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah...
22/06/2026

Pada 19 Jun 2026, En Rahmansyahputra Afrizal selaku wakil Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah hadir dalam memperkenalkan produk inovasi psikologi di Dewan SITP UPSI Tanjung Malim. Produk yang dibawa ini adalah pengenalan Modul CREATe : Intervensi Hibrid CTRT dan REBT dalam Meningkatkan Kesejahteraan Psikologi dan Membentuk Pemikiran Rasional dalam kalangan Banduan di Institusi Penjara Malaysia. Pembinaan modul ini adalah usahasama antara Pegawai Psikologi Penjara Sungai Buloh, Pusat Koreksional Puncak Alam dan Penjara Wanita Kajang.

Justeru itu, Modul CREATe ini telah tersenarai sebagai FINALIS dalam Pertandingan Inovasi Kaunseling dan Kesejahteraan peeingkat Antarabangsa (INNOCARE 2026). Bagi memperkasakan dan memperkenalkan Modul CREATe ini, satu reruai INNOCARE 2026 UPSI telah disertai bagi memberi input terhadap peserta disamping mempromosikan produk ini. Peserta yang hadir dari kalangan orang awam, pelajar sekolah, pelajar IPT, golongan akademik dan profesional hadir bagi mendapatkan input dan info berkenaal produk ini. Semoga produk ini memberi manfaat yang berguna terhadap semua lapisan masyarakat terutama pengamal kaunseling dan psikologi di dalam negara mahupun luar begara.





Pada 16 Jun 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam yang diwakili oleh En. Rahmansyahputra Afriza...
16/06/2026

Pada 16 Jun 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam yang diwakili oleh En. Rahmansyahputra Afrizal selaku Ketua Unit telah dijemput oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor sebagai penceramah bagi Program Sinergi Kewangan : Urus Sampai Selesai, Jaga Sampai Damai yang dijalankan di Emfiteater Keruing Taman Botani Negara Shah Alam. Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan kesedaran berkaitan kepentingan pengurusan kewangan yang membawa kepada kesan psikologi yang berpanjangan. Pengurusan kewangan boleh memberikan impak samada positif atau negatif terhadap seseorang individu itu bergantung bagaimana cara pengurusannya.

Hari ini, seramai 36 orang peserta dan dibantu juga oleh fasilitator yang terdiri daripada ahli AKRAB sendiri telah hadir bagi menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan berdasarkan modul pengurusan kewangan dan kesejahteraan hidup, beberapa aktiviti telah dilaksanakan antaranya pemfokusan matlamat hidup, penilaian kehendak dan keperluan dan pengurusan perbelanjaan. Ia dilaksanakan secara Latihan Dalam Kumpulan. Hal ini sedikit sebanyak memberi input yang positif kepada peserta dimana kebanyakkan daripada mereka tidak cakna tentang keberhutangan serius dan kesan negatif daripada perkara tersebut. Semoga pada peserta dapat memahami dan sedar tentang pengurusan kewangan yang baik akan mewujudkan kesejahteraan emosi yang positif.




Pada 15 Jun 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah melaksanakan Sesi Ujian Psikologi dan S...
16/06/2026

Pada 15 Jun 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah melaksanakan Sesi Ujian Psikologi dan Sesi Intervensi Psikologi (Kelompok) kepada Prospek yang akan masuk ke dalam program komuniti kelak. Sesi ini dijalankan di Pejabat Operasi PPI PKPA. Sesi ini dijalankan bagi tujuan mempersiapkan para prospek yang terpilih dalam mengaplikasikan teknik pengurusan minda rasional, pengurusan stress dan resilience diri.

Dalam membentuk individu yang boleh dilestarikan di dalam masyarakat, Unit Pengurusan Psikologi PKPA sering ke depan bagi membantu para prospek untuk lebih yakin dengan diri disamping menilai tahap kesihatan mental dan tahap perubahan yang berlaku dalam diri prospek tersebut.

Di dalam sesi ujian psikologi yang telah Kpl Mohd Amerul Hayat BIn Khairulsaleh selaku Pegawai Penilai Psikometrik, beliau sering menekankan aspek kejujuran dalam menjawab berdasarkan keadaan semasa diri sendiri berbanding hanya untuk melepaskan batok ditangga semata-mata untuk dapatkan perhatian. Apabila setiap ujian yang dijalankan itu lebih 'genuine', maka ia dapat membantu para prospek dengan cara yang betul. Semoga setiap input pemulihan yang diterima di dalam institusi ini akan memberikan impak yang positif terhadap diri prospek itu sendiri dan masyarakat di luar sana.





Pada 11-12 Jun 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam yang di wakili oleh En.Rahmansyahputra bin...
13/06/2026

Pada 11-12 Jun 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam yang di wakili oleh En.Rahmansyahputra bin Afrizal selaku Pegawai Psikologi telah dijemput untuk menyertai Kursus Hipnosis Jabatan Penjara Malaysia anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) bertempat di Maktab Penjara Malaysia.

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Psikologi dan Pegawai Penjara telah hadir ke kursus ini dengan jayanya. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah berkaitan teori dan aplikasi Hipnosis yang betul serta sesi amali hipnosis mengikut kategori yang mudah difahami. Hipnosis adalah satu metod bagi mengurus emosi dan juga pemikiran yang celaru dan keliru. Ia adalah metod yang mudah dilakukan bagi membantu klien mengurusan psikologi diri tetapi perlukan kemahiran dan teknik yang tepat dalam penggunaannya.



.

Pada 9 Jun 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah melaksanakan Program Psikologipendidikan...
10/06/2026

Pada 9 Jun 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah melaksanakan Program Psikologipendidikan Prospek: Kepentingan Kesihatan Mental & Sesi Menjawab Ujian Psikologi terhadap prospek baharu yang dilaksanakan di Surau Abu Bakar (Surau Prospek). Seramai 12 orang prospek baharu telah hadir bagi menjalankan sesi ini bersama Kpl Mohd Amerul Hayat BIn Khairulsaleh selaku Pegawai KYKO dan Pegawai Psikometrik Unit.

Sesi menjawab ini bertujuan menilai tahap kesihatan mental dan melihat kepada personaliti serta tahap perubahan yang telah wujud dalam diri prospek itu sendiri. Penilaian ini juga dapat memberikan impak dalam mengukur tahap perubahannya dari semasa ke semasa.





Pada 8 Jun 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh bersama-sama Unit Pengurusan Psikologi Pusat Koreksiona...
08/06/2026

Pada 8 Jun 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh bersama-sama Unit Pengurusan Psikologi Pusat Koreksional Puncak Alam telah mendaftar hak cipta di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi Modul Intervensi Hibrid Art Drawing Berasaskan Choice Theory dan Rational Emotive Behavior Therapy Dalam Meningkatkan Tahap Kesejahteraan Psikologi & Membentuk Pemikiran Rasional Dalam Kalangan Banduan (CREATe). Penciptaan dan pemilikan modul ini telah dijayakan oleh wakil dari Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh iaitu Dr Asraf Johar bin Salleh (Pegawai Psikologi), Encik Mohamad Afiq Faiz bin Mohamad Amin (Pegawai Psikologi), wakil dari Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam Encik Rahmansyahputra bin Afrizal (Pegawai Psikologi) dan wakil dari Penjara Wanita Kajang, Puan Amalina binti Zulkefli (Pegawai Psikologi). Semoga dengan kejayaan dan pengiktirafan ini dapat memacu pihak kami dalam memberikan perkhidmatan psikologi berkualiti dan optimum kepada prospek dan juga warga Penjara Sungai Buloh.








Pada 12 Mei 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam bersama-sama  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBS...
08/06/2026

Pada 12 Mei 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam bersama-sama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah melaksanakan Program Masyarakat Membina Harapan yang bertempat di Surau Abu Bakar PKPA. Seramai 25 pegawai iaitu wakil dari MBSA telah hadir bagi menjayakan program ini. Wakil-wakil MBSA yang hadir juga adalah terdiri daripada ahli AKRAB MBSA itu sendiri. Program ini bertujuan memberikan kesedaran terhadap prospek berkaitan penghargaan kendiri dan pemulihan motivasi di dalam diri. Ia juga memberi peluang kepada prospek untuk menguruskan emosi mereka dengan menjalani terapi intervensi psikologi.

Seramai 40 orang prospek telah hadir dalam program ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ceramah motivasi, aktiviti kumpulan, terapi seni dan bimbingan kelompok.

Juga, program ini telah dirasmikan di dalam majlis perasmian penutup oleh Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam dan disusuli dengan penyerahan simbolik sumbangan MBSA yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Integriti MBSA sendiri.

Semoga hubungan dan kerjasama ini dapat membantu dalam membina pelbagai inisiatif positif dalam meningkatkan lagi semangat dan motivasi dikalangan prospek dalam komuniti kelak.





.

Address

Pusat Koreksional Puncak Alam, Off Jalan Meru Tambahan, Bandar Puncak Alam
Selangor Darul Ehsan
42300

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Telephone

+60333923832

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam:

Shortcuts

Share

Category