22/09/2026
Klinik MENTARI HTAR berbesar hati menerima jemputan sebagai Ahli Jawatankuasa Pameran sempena Bengkel Pengenalan Psychiatric and Mental Health Services Operational Policy Edisi Kedua (2026), Implementation Guideline for Community Psychiatric Team Edisi Kedua (2026), Quick Guide Psychiatric Rehabilitation (2026) serta Bengkel Pengiktirafan Modul Penilaian Latihan Kompetensi Pengurusan dan Pencegahan Tingkah Laku Agresif (MPV) Peringkat Kebangsaan 2026.
Program ini telah berlangsung pada 21 hingga 22 September 2026 bertempat di Hotel Premiere, Klang, Selangor.
Penyertaan ini merupakan satu penghargaan dan peluang bermakna untuk bersama-sama menyokong usaha Perkhidmatan Psikiatri Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan mental komuniti serta memperkasakan pemulihan psikiatri.
🤝 Bersama memperkukuh perkhidmatan kesihatan mental, demi kesejahteraan masyarakat.