World Vision Optics

Contact the practice

World Vision Optics World Vision Optics ialah perusahaan sosial yang menyediakan penjagaan mata profesional dan melaksanakan program kesihatan komuniti di seluruh Malaysia.

Kami percaya: Merentas Sempadan, Menyantuni Insan. We are an organization that always put public welfares as top priority. We give our best effort to organize Eye Care Campaign in all over Malaysia so that we can create public awareness on the importance of ocular health. Until year of 2021, we have organized more than 100 eye care events in Flat PPR, Kampung Felda, Kampung Orang Asli, Schools and others outskirt location where peoples hard to reach eye care service provider. Beside that, we understand that a pair of spectacles might be a financial burden to certain families. Hence, we sponsor complimentary spectacles to them. Up to year 2021, we have sponsored more than 1000 pairs spectacles to different peoples from different society. "We will never left you behind" is the priority message that we would like to deliver to peoples who are under blessed.

25 Oktober 2026-πŸ“ Kampung Baru SedenakHari kedua di Kampung Baru Sedenak, dengan semangat yang sama untuk terus mendekat...
30/10/2026

25 Oktober 2026-πŸ“ Kampung Baru Sedenak

Hari kedua di Kampung Baru Sedenak, dengan semangat yang sama untuk terus mendekati komuniti, menyantuni insan dan membawa manfaat kepada lebih ramai penduduk setempat 🀝

Bagi World Vision Optics, perkara paling bermakna bukan sekadar jumlah pemeriksaan yang dapat dilakukan, tetapi senyuman penduduk, kesudian penduduk meluangkan masa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan 🩺 dan mata πŸ‘οΈ serta kepercayaan yang diberikan kepada Team World Vision Optics ❀️

Apa yang paling menggembirakan kami? Penduduk sudah mula hadir seawal sebelum karnival bermula! πŸ₯°

Sambutan yang begitu menggalakkan ini pastinya memberikan semangat kepada kami untuk terus melangkah. Kami berharap setiap pemeriksaan yang dijalankan bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk, malah meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan diri dan kesihatan mata demi kesejahteraan diri dan keluarga 🎯

Pasukan World Vision Optics ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Kulai, YB Puan Teo Nie Ching (张忡羀) atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada kami ❀️

Terima kasih juga kepada petugas, sukarelawan dan penduduk atas sambutan mesra, kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang program berlangsung 🀝πŸ₯°

Bagi kami, setiap destinasi bukan sekadar tempat untuk dikunjungi, tetapi peluang untuk mengenali, mendekati dan menyantuni lebih ramai insan. Selagi ada ruang untuk berkongsi manfaat, selagi itulah kami akan terus melangkah βœ…








24 Oktober 2026 -πŸ“ Kampung Baru Ulu ChohMinggu ini, Team World Vision Optics kembali ke Johor! Kali ini, destinasi kami ...
30/10/2026

24 Oktober 2026 -πŸ“ Kampung Baru Ulu Choh

Minggu ini, Team World Vision Optics kembali ke Johor! Kali ini, destinasi kami ialah Kampung Baru Ulu Choh 🎯

Kami hadir bukan sekadar untuk menyertai sebuah karnival, tetapi membawa satu misi kecil yang besar maknanya – mendekati masyarakat dan memberikan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan serta penglihatan βœ…

Seawal sebelum program bermula, penduduk sudah mula hadir ke karnival ini. Ada yang datang untuk pemeriksaan mata, ada yang mengambil kesempatan memeriksa kesihatan 🩺dan ada juga yang sekadar ingin mendapatkan maklumat tentang penjagaan mata πŸ‘οΈ dan kesihatan πŸ₯°

Inilah yang kami harapkan. Masyarakat bukan sahaja mendapat perkhidmatan βœ…, tetapi turut membawa pulang ilmu dan kesedaran yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian 🫢🏻

Pasukan World Vision Optics ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Kulai, YB Puan Teo Nie Ching (张忡羀) atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif ini, sekaligus membawa perkhidmatan kesihatan dan penjagaan mata lebih dekat kepada masyarakat ❀️🀝

Terima kasih juga kepada petugas, sukarelawan dan penduduk atas sambutan mesra, kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang program berlangsung 🀝πŸ₯°

🎯 Bagi kami, khidmat masyarakat bukan diukur sejauh mana kami melangkah, tetapi sejauh mana usaha kecil kami mampu memberi manfaat kepada insan lain πŸ₯°








24/10/2026

πŸŽ‰πŸŽŠ JOM MERIAHKAN KARNIVAL JELAJAH MPP ZON UTARA MBSA 2026! πŸŽŠπŸŽ‰

πŸ“£ HEBAHAN KEPADA SELURUH WARGA SHAH ALAM DAN SEKITARNYA!

Ayuh! Bawa keluarga dan rakan-rakan anda untuk bersama-sama memeriahkan Karnival Jelajah MPP Zon Utara 2026 dengan pelbagai aktiviti menarik, hiburan dan pengisian komuniti yang pastinya menyeronokkan! πŸ₯³

Program ini melibatkan penyertaan sembilan MPP Zon Utara MBSA, iaitu Zon 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23 dan 24. Seluruh warga Shah Alam dijemput hadir bagi memeriahkan program ini!

πŸ“… Tarikh: 25 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 7.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Meranti MBSA, Seksyen U20, Sungai Buloh

✨ PELBAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA!

🩸 Derma Darah
⚽ Pertandingan Sepak Penalti
🎨 Aktiviti Mewarna Kanak-kanak
🌴 Pertandingan Anyaman Ketupat
🩺 Saringan Kesihatan Percuma
πŸ›οΈ Pelbagai Pameran & Kaunter
🎭 Persembahan Kebudayaan
🎁 Pelbagai Cabutan Bertuah
πŸŽͺ Aktiviti menarik untuk seisi keluarga dan banyak lagi!

πŸ’™ Inilah peluang untuk kita mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kejiranan serta memeriahkan komuniti melalui pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menghiburkan.

Jumpa anda di sana! Jom warga Zon 16, kita meriahkan bersama! πŸŽ‰

22/10/2026
πŸ‘€ Mata Cerah, Keputusan Cemerlang πŸ“š 20-21 Oktober 2026 - SK Mambau World Vision Optics berasa gembira dapat melaksanakan...
22/10/2026

πŸ‘€ Mata Cerah, Keputusan Cemerlang πŸ“š

20-21 Oktober 2026 - SK Mambau

World Vision Optics berasa gembira dapat melaksanakan program pemeriksaan mata di SK Mambau sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mata dalam kalangan murid βœ…

Pemeriksaan mata πŸ‘€ amat penting bagi membantu mengenal pasti masalah penglihatan pada peringkat awal 🎯 supaya tindakan susulan yang bersesuaian dapat diambil. Penglihatan yang baik merupakan salah satu aspek penting dalam menyokong proses pembelajaran dan perkembangan pelajar

🀝 Terima kasih kepada pihak SK Mambau atas kepercayaan, kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat kepada murid-murid dan memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mata sejak usia muda βœ…








18 Oktober 2026 - Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru Senai World Vision Optics – Merentas Sempadan, Menyantuni Insan...
22/10/2026

18 Oktober 2026 - Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru Senai

World Vision Optics – Merentas Sempadan, Menyantuni Insan 🀝
Dari Shah Alam ke Senai, Johor ❀️

Pada 18 Oktober 2026, pasukan World Vision Optics berasa gembira dan bersyukur kerana diberi peluang 🀝 untuk hadir ke Kampung Baru Senai bagi mendekati komuniti setempat melalui perkhidmatan pemeriksaan kesihatan 🩺 dan mata πŸ‘οΈ

Sambutan yang amat menggalakkan ❀️, dengan kehadiran penduduk seawal sebelum karnival bermula, memberikan semangat kepada kami untuk terus berkhidmat dan membawa manfaat kepada masyarakat πŸ₯°

Bagi kami, setiap pemeriksaan bukan sekadar perkhidmatan, tetapi juga peluang untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan mata πŸ©ΊπŸ‘οΈ. Pengesanan awal dan pemeriksaan berkala merupakan antara langkah penting dalam menjaga kesejahteraan diri dan keluarga 🎯

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Timbalan Menteri Komunikasi, YB Puan Teo Nie Ching (εΌ εΏ΅ηΎ€) merangkap Ahli Parlimen Kulai dan ADUN Senai YB Tuan Wong Bor Yang 黄勃扬 atas usaha menganjurkan karnival kesihatan dan kebajikan ini serta memberikan peluang kepada World Vision Optics untuk turut serta dalam program yang bermakna ini demi manfaat masyarakat setempat ❀️🀝

Terima kasih juga kepada petugas, sukarelawan dan penduduk Kampung Baru Senai atas sambutan mesra, kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang program berlangsung 🀝








17 Oktober 2026 - Tasek Central, Skudai ❀️Karnival Kesihatan yang berlangsung dengan jayanya di Tasek Central, Skudai te...
22/10/2026

17 Oktober 2026 - Tasek Central, Skudai ❀️

Karnival Kesihatan yang berlangsung dengan jayanya di Tasek Central, Skudai telah mendapat sambutan daripada penduduk setempat yang mengambil peluang untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan saringan kesihatan termasuk saringan kesihatan wanita dan kanser 🩺 , pemeriksaan mata πŸ‘οΈ serta pemeriksaan gigi 🦷

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Timbalan Menteri Kewangan, YB Tuan Liew Chin Tong merangkap Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan ADUN Skudai YB Puan Kartiyaini Jeyapalan atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada World Vision Optics untuk turut serta dalam karnival kesihatan ini ❀️.Terima kasih atas sumbangan cermin mata kepada penduduk yang memerlukan πŸ‘“

Dari Shah Alam ke Johor, World Vision Optics amat gembira dan bersyukur kerana diberi peluang hadir ke Johor bagi mendekati komuniti setempat serta berkhidmat kepada masyarakat πŸ₯°

Melalui karnival ini, World Vision Optics berpeluang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan saringan kesihatan dan pemeriksaan mata. Setiap peluang 🎯 untuk mendekati komuniti merupakan ruang bermakna untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan pengesanan awal demi kesejahteraan diri serta keluarga βœ…

Terima kasih kepada petugas, sukarelawan dan penduduk setempat atas kerjasama, sokongan serta sambutan yang diberikan sepanjang program berlangsung ❀️








Address

Lot No G-23, Tingkat Bawah, Blok 4, , Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, , 40100 Shah Alam
Selangor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when World Vision Optics posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to World Vision Optics:

Shortcuts

Share

Category


Other Optometrists in Selangor

Show All