16/04/2024
๐๐ข๐ค๐ฎ๐ฌ: ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ค๐ข๐ญ ๐๐๐ฐ๐๐๐ง๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ฐ๐๐ฅ๐๐ง
Tikus merupakan spesis haiwan mamalia yang tergolong dalam kump**an yang dipanggil rodensia. Kump**an ini merupakan kump**an haiwan mamalia kecil seperti mencit, cencurut, gerbil, mamut, tupai dan arnab. Rodensia dapat dibahagikan kepada tiga kump**an utama (order) iaitu Sciuromorpha, Myomorpha dan Hystrichomorpha. Rodensia adalah jenis tikus dibawah order Sciumorpha dan berada dalam family Muridae.
Di Malaysia spesis tikus yang paling kerap ditemui di dalam persekitaran rumah atau kediaman manusia ialah tikus rumah (Rattus rattus diardii). Selain itu, terdapat banyak lagi spesis tikus yang lazim ditemui di negara ini antaranya termasuklah tikus Norway (Rattus norvergicus), tikus rumah kecil (Mus musculus), tikus sawah (Rattus argentiventer), tikus kayu (Rattus tiomanicus) dan tikus Burma (Rattus exculans).
Kawalan terhadap pop**asi tikus haruslah dilakukan secara intensif kerana urungan tikus yang tidak terkawal akan memberi kesan terhadap ekonomi yang mana tabiat tikus yang s**a menggigit akan merosakan infrastuktur seperti kabel elektrik, peralatan-peralatan elektronik dan lain-lain. Di samping itu, pop**asi tikus yang tidak terkawal juga memberi kesan kepada kesihatan awam. Tikus boleh menyebabkan jangkitan penyakit berjangkit secara langsung dan tidak langsung.
Jangkitan penyakit berjangkit secara langsung berlaku apabila rembesan najis atau cecair yang mengandungi organisma seperti bicilli, rickettsia atau virus daripada tikus yang efektif terkena kepada manusia. Antara contoh penyakit yang diakibatkan jangkitan secara langsung adalah leptospirosis, salmonellosis, trichinosis, lymphocytic choriomeningitis (LCM) ricketssial pox dan malioidosis. Terdapat juga penyakit yang disebabkan oleh agen yang menjadikan tikus sebagai perumah seperti kutu, tungau, sengkenit dan hama. Agen ini adalah penyebab kepada penyakit berjangkit seperti hawar, scrub typhus dan murine typhus.