28/12/2022
Solat Ketika Rawatan Dialisis
Soalan :
Bolehkah seseorang yang menjalani dialisis melakukan solat jamak antara Zohor dan Asar, walaupun tempat dialisis yang dituju kurang dari dua marhalah? Hal ini kerana, ketika proses dialisis, tidak dibenarkan melakukan pergerakan yang banyak dan besar. Selain itu, ia juga mengambil masa yang lama, iaitu antara 4 hingga 5 jam. Jika bermula jam 3pm, ia akan berakhir jam 7pm atau lebih. Mohon penjelasan.
Jawapan :
Dalam isu di atas, kami mendoakan agar Allah SWT memberikan kesembuhan dan keringanan kepada mereka terpaksa yang menjalani proses dialisis. Kita memahami bahawa proses dialiasis boleh mengambil masa yang lama. Oleh sebab itu, kesannya bukan sahaja kepada keletihan fizikal, bahkan kesan kepada kestabilan mental juga. Hal ini mungkin memberi kesan kepada golongan tua untuk menunaikan solat.
Seseorang itu lebih mengetahui keadaan dirinya. Kami mencadangkan penyelesaian utama ialah dengan membawa perbincangan bersama doktor yang merawat untuk menetapkan waktu rawatan pada waktu pagi supaya tidak menganggu waktu solat. Jika tidak boleh, penyelesaiannya kita lihat melalui dua keadaan:
Pertama: Seseorang itu boleh solat dalam keadaan duduk ketika proses rawatan dialisis dilaksanakan kerana ada keperluan. Justeru, tidak perlu untuk menjamakkan atau menqadakan solat fardu Asar tetapi dilaksanakan mengikut kemampuan.
Daripada Imran bin Hussein RA: Aku dahulu terkena buasir, lalu aku bertanyakan Rasulullah SAW tentang solatku, Baginda SAW bersabda:
ุตูููู ููุงุฆูู
ูุงุ ููุฅููู ููู
ู ุชูุณูุชูุทูุนู ููููุงุนูุฏูุงุ ููุฅููู ููู
ู ุชูุณูุชูุทูุนู ููุนูููู ุฌูููุจู
Maksudnya: โSolatlah kamu secara berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solatlah secara duduk. Jika tidak mampu (juga) maka solatlah di atas lambung (yakni baring mengiring).โ[2]
Imam al-Nawawi menjelaskan: Sekiranya seseorang (yang solat secara berdiri) itu takutkan kesusahan yang kuat atau bertambahnya kesakitan, maka dia boleh untuk solat secara duduk serta tidak perlu untuk mengulanginya.[3]
Begitu juga berdasarkan pendapat yang disebut oleh Imam al-Ramli seperti dinukil oleh Syeikh Hasan bin Ahmad al-Kaf yang menyatakan bahawa dibolehkan untuk seseorang itu solat secara duduk apabila terdapatnya masyaqqah (kepayahan) yang boleh menghilangkan kekhusyukan semasa solat.[4]
Kata Imam Al-Nawawi lagi dalam kitab al-Majmuโ (4/226): Umat telah bersepakat bahawa sesiapa yang tidak mampu untuk berdiri di dalam solat fardhu maka dia boleh melakukannya secara duduk dan solat tersebut tidak perlu diulangi. Demikian juga pahalanya (solat secara duduk) tidak berkurang daripada solat secara berdiri kerana dia diberikan keuzuran. Telah sabit di dalam Sahih Al-Bukhari bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
ุฅูุฐูุง ู
ูุฑูุถู ุงููุนูุจูุฏู ุฃููู ุณูุงููุฑู ููุชูุจู ูููู ู
ูุง ููุงูู ููุนูู
ููู ู
ููููู
ูุง ุตูุญููุญูุง
Maksudnya: โApabila seseorang hamba itu sakit ataupun dia bermusafir akan dituliskan (ganjaran) untuknya sama seperti mana yang dilakukan oleh seorang yang dalam keadaan bermukim dan juga seorang yang dalam keadaan sihat.โ[5]
Manakala Imam al-Syaukani ketika mengulas hadis Imran bin Husein R.A di atas berkata: Hadis Imran menunjukkan kepada keharusan bagi sesiapa yang mempunyai keuzuran yang menyebabkan dirinya tidak mampu berdiri untuk solat dalam keadaan duduk. Manakala sesiapa yang mempunyai keuzuran yang menyebabkan dirinya tidak boleh duduk maka dia boleh untuk solat di atas lambungnya.[6]
Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata: Telah ijmaโ (sepakat) para ulama bahawasanya sesiapa yang tidak mampu untuk solat secara berdiri maka dia boleh melakukannya secara duduk.[7]
Kedua: Perlu juga diperhatikan apakah maksud โtidak boleh melakukan pergerakan yang banyakโ. Adakah sampai tidak boleh untuk ke tandas? Jika mampu, selayaknya juga diberikan peluang untuk melakukan solat. Jika tidak mampu dilaksanakan solat ketika rawatan, boleh dilakukan solat jamak taqdim solat asar dan solat zuhur, tanpa mengqasarkan solat kerana solat qasar hanya dilakukan sewaktu musafir. Ini kerana kita mengambil kira keadaan pesakit yang memang tidak mampu untuk menunaikan solat selepas rawatan, atau ditakuti rawatan akan melewati waktu asar.
Sewajarnya perkara ini juga dilihat dengan lebih terperinci supaya difahami isu dengan kerangka yang sempurna dan tidak terburu-buru membuat keputusan, kerana kaedah fiqh mengatakan:
ุงููุญูููู
ู ุนูููู ุงูุดููููุกู ููุฑูุนู ุนููู ุชูุตููููุฑููู
Maksudnya: โHukum atas suatu perkara terbina atas pandangan keseluruhan perkara tersebut.โ
Menurut al-Jurjani berkata: โTasawwur merupakan menghasilkan gambaran sesuatu pada akal dengan tepat. Bukanlah maksud dengan tasawwur dalam kaedah ini semata-mata gambaran pada zihin pada akal dari sesuatu.[8]
Hal ini lebih ditegaskan oleh Abu al-Baqaโ al-Kafawi yang menyebut: โTasawwur kadang-kadang dengan maksud ilmu atau pengetahuan. Dan ia bukanlah berdasarkan kepada tasawwur yang dusta. Justeru, tasawwur yang dimaksudkan dalam kaedah ini ialah tasawwur yang penuh dengan ilmu yang mendalam tentang sesuatu perkara. Ini kerana tasawwur tersebut adalah dhabit pada zihin dan fikir yang selamat daripada kesilapan.[9]
Justeru, gambaran yang sahih dan pengetahuan yang mendalam bagi setiap cabangan masalah yang diutarakan dalam kajian merupakan asal atau prinsip. Ini kerana mengetahui hakikat sesuatu dan pemahaman dengan segala maknanya dikira perkara asas dalam sesebuah gambaran.
Wallahu aโlam.
Bertarikh: 17/11/2021 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1443H
Rujukan :
[1] Lihat Hemodialisis di portal rasmi Kementeri Kesihatan Malaysia. [http://www.myhealth.gov.my/hemodialisis/]
[2] Riwayat al-Bukhari (1117)
[3] Lihat al-Majmuโ Syarh al-Muhazzab, 4/310
[4] Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 214
[5] Riwayat al-Bukhari (2996)
[6] Lihat Nail al-Autar, 3/243
[7] Lihat al-Mughni, 1/443
[8] Lihat al-Taโrifat, hlm. 59
[9] Lihat al-Kulliyyat, hlm. 290
Kredit : Maktabah Al-Bakri