Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU UPM

Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU UPM Memberikan perkhidmatan rawatan pergigian dan pendidikan kesihatan oral dengan berkualiti.

Bahagian Kesihatan Pergigian telah memenuhi jemputan dari Majlis Perwakilan Kolej Tun Dr Ismail Sesi 2025/2026, Universi...
26/08/2026

Bahagian Kesihatan Pergigian telah memenuhi jemputan dari Majlis Perwakilan Kolej Tun Dr Ismail Sesi 2025/2026, Universiti Putra Malaysia sebagai rakan koloborasi bagi Program Legasi 50: Misi Setitis Darah sempena sambutan karnival lima dekad keunggulan Kolej Tun Dr Ismail. Bahagian Kesihatan Pergigian bersama sama memenuhi tanggungjawab sosial dalam memupuk kesedaran mengenai pemeriksaan kesihatan khususnya berkaitan kesihatan mulut dan perkongsian ilmu dalam kalangan pengunjung khususnya pelajar.

Reruai kesihatan pergigian telah dibuka seawal jam 9.30 pagi dan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan oral secara percuma dan konsultasi pergigian berdasarkan keperluan kesihatan pergigian pengunjung yang hadir. 24 orang pengunjung telah diperiksa dan kebanyakan mereka adalah pelajar UPM. Pengunjung kemudian dipelawa untuk melakukan tempahan temujanji melalui kod QR yang telah disediakan.

Agensi lain yang telah terlibat sama memeriahkan program ini adalah agensi Pusat Darah Negara yang mana pengunjung yang hadir dapat menjalankan tanggungjawab sosial dalam menderma darah untuk keperluan bekalan darah negara. Institut Kanser Negara juga telah menyediakan reruai bagi meningkatkan kesedaran berkenaan kanser dalam kalangan pengunjung yang hadir. Saringan kesihatan oleh pusat kesihatan UPM juga telah dijalankan. Reruai lain yang terlibat adalah pemeriksaan mata dari Menara Optometry, Pusat Islam dan Bahagian Kaunseling.

Bahagian Kesihatan Pergigian mengucapkan penghargaan kepada Majlis Perwakilan Kolej Tun Dr Ismail Sesi 2025/2026 atas jemputan yang telah diberikan. Diharapkan penglibatan Bahagian Kesihatan Pergigian dapat memberikan manfaat kepada program dan pengunjung yang hadir.

Pada 7 Jun 2026 (Ahad), Program Jom Sihat Nadi yang berlangsung di Dewan PKPP, Kolej Aminuddin Baki (KAA), Universiti Pu...
26/08/2026

Pada 7 Jun 2026 (Ahad), Program Jom Sihat Nadi yang berlangsung di Dewan PKPP, Kolej Aminuddin Baki (KAA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menampilkan pengisian istimewa melalui kerjasama dengan Bahagian Pergigian Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia. Program ini telah disertai oleh 40 orang peserta, manakala 7 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Pergigian turut hadir bagi menjayakan aktiviti pendidikan kesihatan mulut sepanjang program.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Dr. Munirah Zaharuddin, Pegawai Pergigian, yang membawakan tajuk "Kesihatan Mulut dan Impaknya terhadap Prestasi Akademik". Dalam perkongsian tersebut, beliau menerangkan bahawa penjagaan kesihatan mulut yang baik bukan sahaja mampu mencegah penyakit pergigian, malah memberi kesan positif terhadap kesihatan keseluruhan, keyakinan diri dan prestasi akademik. Sesi ini turut memberi peluang kepada peserta untuk mengemukakan pelbagai soalan berkaitan penjagaan gigi dan mendapatkan penjelasan secara terus daripada pakar.

Program diteruskan dengan sesi simulasi secara hands-on, yang merupakan antara aktiviti paling menarik sepanjang program. Peserta telah didedahkan kepada teknik memberus gigi yang betul sebelum menjalankan aktiviti menggunakan disclosing plaque indicator, iaitu bahan pewarna khas yang digunakan untuk mengenal pasti plak yang masih tertinggal pada permukaan gigi selepas memberus. Melalui aktiviti ini, setiap peserta dapat menilai sendiri keberkesanan teknik memberus gigi masing-masing serta mengenal pasti bahagian yang sering terlepas semasa memberus.

Pendekatan pembelajaran secara praktikal ini bukan sahaja menjadikan sesi lebih interaktif dan menyeronokkan, malah membantu peserta memahami kepentingan teknik memberus gigi yang betul melalui pengalaman secara langsung.
Secara keseluruhannya, penglibatan 7 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Pergigian, bersama penyampaian ilmu oleh Dr. Munirah, telah memberikan impak yang sangat positif kepada peserta. Gabungan ceramah berinformasi dan latihan praktikal berjaya meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut serta menggalakkan peserta mengamalkan teknik memberus gigi yang betul dalam kehidupan seharian. Program ini secara tidak langsung menyokong usaha melahirkan mahasiswa yang lebih prihatin terhadap kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Bahagian Kesihatan Pergigian PKU UPM PerkasaPendidikan Kesihatan Mulut Kanak-KanakMenerusi Program Jiwa Putra@KTMB: Sang...
27/07/2026

Bahagian Kesihatan Pergigian PKU UPM Perkasa
Pendidikan Kesihatan Mulut Kanak-Kanak
Menerusi Program Jiwa Putra@KTMB: Sang Sihat

📍Seri Kembangan, 23 Mei 2025 – Bahagian Kesihatan Pergigian, Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Program Khidmat Komuniti Jiwa Putra@KTMB: Sang Sihat sebagai rakan kolaborasi strategik bagi menjayakan komponen pendidikan kesihatan kepada penghuni BRDB Rotary Children’s Residence.

Program yang memberi manfaat kepada 73 orang penghuni rumah kebajikan tersebut bertujuan
meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan kanak-kanak, di samping memupuk nilai kesukarelawanan, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan
mahasiswa UPM.

Seramai 11 pegawai dan staf Bahagian Kesihatan Pergigian PKU UPM telah terlibat dalam pengendalian Booth Pendidikan Kesihatan Pergigian serta pelaksanaan aktiviti promosi kesihatan mulut sepanjang program berlangsung.

Antara pengisian utama ialah ceramah penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak yang disampaikan oleh Dr. Aisyah Mat Ariff, dengan penekanan kepada kepentingan amalan kebersihan mulut, teknik memberus gigi yang berkesan, pemakanan sihat serta langkah pencegahan penyakit pergigian.

Bagi memperkukuh penyampaian mesej kesihatan, pelbagai aktiviti pendidikan interaktif turut dijalankan
termasuk demonstrasi teknik memberus gigi menggunakan model pergigian, permainan pendidikan kesihatan mulut, aktiviti mengenal pasti pilihan makanan mesra gigi serta kuiz berkaitan penjagaan pergigian. Pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif ini berjaya menarik minat peserta serta meningkatkan kefahaman mereka terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mulut sejak usia muda.

Penglibatan Bahagian Kesihatan Pergigian dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan PKU UPM dalam memperkasa pendidikan dan promosi kesihatan pergigian kepada komuniti, khususnya dalam kalangan kanak-kanak. Program ini turut membuktikan bahawa kerjasama antara institusi pendidikan, fasiliti kesihatan dan organisasi komuniti mampu memberikan impak positif terhadap pembangunan serta kesejahteraan masyarakat.
Pusat Kesihatan Universiti UPM merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada Bahagian Kesihatan Pergigian untuk bersama-sama menjayakan program berimpak tinggi ini, selaras dengan aspirasi UPM dalam membudayakan nilai Jiwa Putra melalui pemeriksaan kesihatan & kesejateraan komuniti.

Program Health and Wellness Open Day Perpustakaan Sultan Abdul Samad           Telah berlangsung sebuah program Health a...
26/06/2026

Program Health and Wellness Open Day Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Telah berlangsung sebuah program Health and Wellness Open Day pada 18 Mei 2026. Program yang telah dijalankan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad mensasarkan staf perpustakan sebagai pengunjung. Bermula pukul 9 pagi pengunjung mula hadir untuk medapatkan saringan kesihatan. Antara bahagian yang terlibat adalah bahagian kesihatan awam, bahagian kesihatan pergigian dan bahagian kaunseling UPM.

​Bahagian Kesihatan Pergigian telah membuka reruai untuk pemeriksaan dan konsultasi pergigian dan juga pameran pergigian. Setiap pengunjung yang hadir akan menjalani pemeriksaan pergigian dan konsultasi berkenaan keadaan kesihatan oral diberikan beserta cadangan rawatan untuk setiap pengunjung. Pengunjung kemudian dipelawa untuk melakukan tempahan temujanji melalui QR kod yang diberi. Pada sebelah petang, Dr Syahirah telah memberikan perkongsian ceramah berkenaan kesihatan periodontium. Tajuk ini dipilih sempena hari gusi sedunia yang telah disambut pada 12 Mei. Perkongsian ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkenaan kesihatan periodontium terutamanya gusi yang mana kriteria gusi sihat dan tak sihat, faktor penyakit gusi dan rawatan gusi telah dikongsikan. Sesi soal jawab juga dibuka bagi menjawab persoalan dari pengunjung yang hadir.

​ 24 staf perpustakaan telah mendapatkan pemeriksaan dan konsultasi pergigian pada hari ini. Bahagian Kesihatan Pergigian berbesar hati dapat menjadi antara bahagian yang terlibat untuk program HeWeOp kali ini dan berharap penyertaan dari staf dapat dipertingkatkan bagi memanfaatkan siri jelajah ini.

Laporan Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan Sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanTelah berlangsun...
26/06/2026

Laporan Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan Sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Telah berlangsung sebuah program derma darah dan pemeriksaan kesihatan sempena minggu keselamatan dan kesihatan pekerjaan pada 6 Mei 2026. Program yang bermula pada pukul 10 pagi ini telah mengambil tempat di Dewan Sri Pulasan, Kolej Canselor, UPM.

Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU UPM telah memenuhi jemputan untuk menjalankan saringan pemeriksaan gigi. Antara agensi lain yang terlibat adalah Pusat Darah Negara, Pejabat Kesihatan Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Pusat Rawatan Kecil Darus Syifa, APSeC dan Bahagian Kaunseling UPM. Sepanjang reruai dibuka, telah berlangsung juga sesi perkongsian ilmu dari agensi -agensi yang terlibat.

Reruai Bahagian Kesihatan Pergigian telah menerima sambutan baik daripada para pengunjung. Seramai 82 pengunjung telah mendapatkan saringan pemeriksaan pergigian dan konsultasi pergigian. Selain daripda itu, sesi cabutan bertuah juga telah dijalankan pada sesi pagi khusus untuk pengunjung Bahagian Kesihatan Pergigian dengan sagu hati berupa berus gigi percuma. Pameran berkenaan penjagaan kesihatan pergigian juga telah dijalankan sepanjang program berlangsung.

Program ini telah pun berakhir pada pukul 4 petang. Bahagian Kesihatan Pergigian merakamkan ucapan terima kasih di atas jemputan dan kepercayaan untuk menjalankan saringan pemeriksaan pergigian. Semoga program bermanfaat ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk kebaikan warga UPM.

07 Mei 2026Lawatan Penanda Aras Univeristi Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU UPM.
08/05/2026

07 Mei 2026

Lawatan Penanda Aras Univeristi Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU UPM.

06 Mei 2026Program Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 2026📍Dewan Sri Pulasan, Kolej Canselor UPM
08/05/2026

06 Mei 2026

Program Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 2026

📍Dewan Sri Pulasan, Kolej Canselor UPM

17 April 2026Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Latihan kali ini bertajuk Tatacara Pengendalian Rawatan Prostodontik diken...
08/05/2026

17 April 2026

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Latihan kali ini bertajuk Tatacara Pengendalian Rawatan Prostodontik dikendalikan oleh Dr Khadijah Mohd Azman dan dibantu oleh DSA Mohd Rosli Sabri.

Semoga dengan latihan ini, dapat memberikan rawatan yang lebih baik kepada pelanggan Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU UPM.

07 Januari 2026 Program Wellness Open Day: Mind and Body Boost​Bahagian Kesihatan Pergigian telah bersama- sama menjayak...
16/01/2026

07 Januari 2026

Program Wellness Open Day: Mind and Body Boost

​Bahagian Kesihatan Pergigian telah bersama- sama menjayakan program Wellness Open Day: Your Health, Your Power pada 7 Januari 2026. Program ini merupakan program anjuran Majlis Perwakilan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Program ini bertujuan mempertingkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan kesejahteraan fizikal, mental dan amalan gaya hidup sihat.

​Antara reruai lain yang turut terlibat adalah saringan asas kesihatan, konsultasi bersama pegawai perubatan, M-Quit, Jabatan Dietetik HSAAS dan sesi kaunseling bersama pelajar tahun akhir daripada Kelab Kaunseling UPM.

​Seawal jam 8.30 pagi, persiapan tempat telah dilaksanakan dan Bahagian Kesihatan Pergigian mula menerima kehadiran pengunjung. Selain pemeriksaan gigi dan sesi konsultasi, satu aktiviti cabutan bertuah turut diadakan kepada pengunjung yang hadir. Hadiah saguhati berupa ubat gigi dan berus gigi telah diberikan kepada pengunjung yang bertuah.

Seramai 49 orang pengunjung telah mendapatkan pemeriksaan gigi dan konsultasi di reruai Bahagian Kesihatan Pergigian. Pengunjung yang telah selesai menjalani pemeriksaan gigi turut dipelawa untuk mendapatkan rawatan pergigian lanjut di Bahagian Kesihatan Pergigian, Pusat Kesihatan UPM.

Program ini merupakan program kemasyarakatan pertama yang disertai oleh Bahagian Kesihatan Pergigian bagi tahun 2026. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Majlis Perwakilan FSKTM atas jemputan yang telah diberikan. Diharapkan penglibatan Bahagian Kesihatan Pergigian pada kali ini dapat memberikan manfaat serta meningkatkan kesedaran kesihatan pergigian dalam kalangan pengunjung yang hadir.

18 Disember 2025Laporan Program Kesedaran Kesihatan Kanak-Kanak 4K Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU UPM telah memenuhi ...
07/01/2026

18 Disember 2025

Laporan Program Kesedaran Kesihatan Kanak-Kanak 4K

Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU UPM telah memenuhi jemputan dari Jabatan Pediatrik Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM bagi menyertai Program Kesedaran Kesihatan Kanak-Kanak 4K. Program ini telah mengambil tempat di Khalifah Model School, Ampang pada 18 Disember 2025. Program ini dilakukan bagi meningkatkan kefahaman pelajar tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui amalan pemakanan seimbang, kebersihan diri serta pencegahan penyakit berjangkit.

​Seramai kira-kira 135 pelajar tahun 1 hingga tahun 3 telah bersama-sama menyertai program ini. Program yang bermula pada pukul 9 pagi telah dimulakan dengan ceramah gaya hidup dan pemakanan sihat. Kemudian para pelajar telah dibahagikan kepada 7 kumpulan kecil dan bergerak ke stesen-stesen mengikut kumpulan. Antara stesen yang terlibat adalah pemeriksaan kesihatan, demonstrasi penjagaan gigi, demonstrasi basic life support, aktiviti handwashing, aktiviti interaktif-motivasi dan pameran kerjaya kesihatan dan sains dan pertanian.

Bahagian Kesihatan Pergigian telah menyediakan stesen penjagaan kesihatan pergigian. Lapan orang staf Bahagian Kesihatan Pergigian turut serta dalam program ini. Pelbagai aktiviti interaktif telah disediakan bagi menarik minat pelajar berkenaan kepentingan penjagaan kesihatan mulut antaranya cara memberus gigi, pemakanan sihat untuk kesihatan gigi dan pengenalan kepada bahagian rongga mulut. Bahagian Kesihatan Pergigian juga telah menyediakan sedikit cenderamata kepada setiap pelajar yang terdiri daripada alatan menulis. Pelajar yang hadir telah terlibat aktif dalam aktiviti yang dirangka oleh pasukan Bahagian Kesihatan Pergigian.

Sekitar waktu tengahari semua stesen yang terlibat telah selesai menjalankan demonstrasi masing. Program ini telah berjaya menarik minat para pelajar untuk menjaga kesihatan diri melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Bahagian Kesihatan Pergigian berterima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan program dan berharap akan berjumpa dalam program yang lain pada masa akan datang. Program ini juga merupakan program penutup bagi khidmat komuniti masyarakat Bahagian Kesihatan Pergigian pada tahun 2025.


Address

Bahagian Kesihatan Pergigian, Blok B
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU UPM:

Shortcuts

Share