Dr. Mohd Firdaus bin Hadi, Physician & Interventional Cardiologist

Call Website Contact the practice

Dr. Mohd Firdaus bin Hadi, Physician & Interventional Cardiologist I am a consultant cardiologist specialised in cardiologist and general medicine. Performing interven

29/09/2026

Tandas cangkung atau tandas duduk… mana lebih baik untuk jantung?

Jawapannya: Tiada bukti satu lebih baik daripada yang lain.

Yang lebih penting ialah jangan meneran terlalu kuat.

Bila meneran, tekanan darah dan denyutan jantung boleh berubah secara mendadak terutama bagi pesakit jantung.

Jika anda ada kegagalan jantung, warga emas, masalah lutut atau mudah hilang keseimbangan, tandas duduk mungkin lebih selesa dan selamat.

Minum air secukupnya, ambil serat dan elakkan sembelit.

Ramai antara kita bukan tak tahu bersenam itu penting… cuma selalu tunggu Isnin depan, bulan depan, atau bila free nanti...
29/09/2026

Ramai antara kita bukan tak tahu bersenam itu penting… cuma selalu tunggu Isnin depan, bulan depan, atau bila free nanti.

Hakikatnya, jantung tak tunggu alasan.

Hanya 30 minit aktiviti sederhana setiap hari, brisk walk, berbasikal atau berjoging boleh membantu menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Sempena Hari Jantung Sedunia, jadikan hari ini permulaan, bukan penangguhan.

Your Heart Specialist
Dr Mohd Firdaus Bin Hadi
Consultant Cardiologist & Interventional Cardiologist

Ada video yang kita tak mampu tonton tanpa bergenang air mata. Melihat Tun Dr. Mahathir menangisi pemergian insan yang m...
28/09/2026

Ada video yang kita tak mampu tonton tanpa bergenang air mata.

Melihat Tun Dr. Mahathir menangisi pemergian insan yang menemaninya hampir 70 tahun, kita diingatkan bahawa setinggi mana seseorang berdiri, akhirnya yang paling dirindui tetap seorang isteri yang setia, sahabat yang memahami, dan cinta yang menemani hingga ke hujung usia. ❤️

Hari ini, Malaysia bukan sekadar kehilangan isteri kepada seorang negarawan. Kita kehilangan Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali antara doktor wanita Melayu terawal negara, seorang pelopor kesihatan awam yang mengabdikan hidupnya kepada ibu, anak-anak dan masyarakat luar bandar dengan penuh kasih sayang. Beliau membuka jalan buat ramai wanita dalam dunia perubatan dan meninggalkan legasi yang tidak ternilai.

Sebagai seorang doktor, saya percaya ilmu boleh menyembuhkan tubuh. Tetapi kelembutan, empati dan kasih seorang doktor… itulah yang menyembuhkan jiwa.

Terima kasih Allahyarhamah kerana membuktikan bahawa menjadi doktor bukan sekadar satu profesion, tetapi satu kehidupan yang dipenuhi ihsan.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, menerima setiap amal baktinya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Dan buat Tun Dr. Mahathir, semoga Allah mengurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan cinta yang telah menemani perjalanan hidup selama puluhan tahun.

Al-Fatihah. 🤍

Dengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga ata...
28/09/2026

Dengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga atas pemergian insan yang amat disayangi, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Allahyarhamah merupakan seorang tokoh perubatan yang banyak berjasa kepada negara serta menjadi inspirasi kepada generasi doktor dan wanita Malaysia melalui kelembutan, dedikasi dan khidmat baktinya.

Semoga Tun Dr. Mahathir dikurniakan kekuatan dan ketabahan jiwa dalam menghadapi kehilangan yang amat berat ini. Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya kepada Allahyarhamah serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Al-Fatihah.

25/09/2026

Jangan pandang ringan tabiat meneran.

Ramai tak tahu, meneran terlalu kuat ketika membuang air besar boleh memberi tekanan kepada jantung.

Bila meneran, tekanan dalam dada meningkat dan boleh menyebabkan perubahan sementara pada tekanan darah serta denyutan jantung — terutama bagi pesakit jantung.

Tip mudah elak sembelit:
💧 Minum air secukupnya
🥬 Ambil makanan tinggi serat
🚶 Kekal aktif setiap hari
🚫 Jangan tahan nak membuang air besar
❤️ Jaga usus, jaga jantung.

17/09/2026

🍔 PERUT BUNCIT BUKAN SEKADAR MASALAH PENAMPILAN…

Perut buncit boleh menjadi petanda lemak visceral yang tinggi — iaitu lemak yang terkumpul di sekeliling organ dalaman.

Lemak ini dikaitkan dengan peningkatan risiko:

❤️ Penyakit jantung
🍬 Diabetes jenis 2
📈 Tekanan darah tinggi
🩸 Kolesterol tidak normal
🧠 Strok

Menariknya, seseorang boleh mempunyai berat badan atau BMI yang kelihatan normal, tetapi masih mempunyai lemak visceral yang tinggi.
Sebab itu, ukur lilit pinggang juga penting, bukan hanya tengok angka atas penimbang.

📏 Cara ukur lilit pinggang:

✅ Berdiri tegak dan bernafas seperti biasa
✅ Letakkan pita pengukur di pertengahan antara tulang rusuk terakhir dan tulang pinggul
✅ Jangan tahan nafas atau tarik perut
✅ Pastikan pita pengukur tidak terlalu ketat

Sasaran untuk populasi Asia:
👨 Lelaki: < 90 cm
👩 Wanita: < 80 cm

⚠️ Ukuran ini ialah panduan risiko, bukan diagnosis. Risiko sebenar juga bergantung kepada tekanan darah, gula, kolesterol, sejarah keluarga dan faktor kesihatan lain.

❤️ Jaga ukuran pinggang, bukan sekadar berat badan.

16/09/2026

✈️ NAK PERGI BERCUTI? JANGAN LUPA JAGA JANTUNG!

Percutian tidak menyebabkan serangan jantung secara langsung. Tetapi perubahan rutin dan gaya hidup semasa bercuti boleh menambahkan tekanan kepada jantung — terutama bagi individu yang sudah mempunyai faktor risiko.

Antara perkara yang biasa berlaku ketika bercuti:
🍽️ Makan berlebihan atau makanan tinggi garam dan lemak
😴 Kurang tidur
💧 Kurang minum air
🚗 Tekanan perjalanan dan keletihan
🍺 Pengambilan alkohol secara berlebihan.

Jika anda mempunyai darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi atau sejarah penyakit jantung, pastikan:

💊 Bawa ubat yang mencukupi
💧 Minum air secukupnya
😴 Jangan abaikan waktu rehat
🍽️ Kawal pemakanan walaupun sedang “healing”
🚶‍♂️ Bergerak secara berkala, terutama dalam perjalanan jauh

⚠️ Jika mengalami sakit dada, sesak nafas luar biasa, peluh sejuk, pening atau pengsan, jangan anggap ia hanya keletihan bercuti.

Dapatkan rawatan perubatan segera.
Bercuti untuk tenangkan fikiran, bukan untuk “paksa” jantung bekerja lebih kuat. ❤️

Btw, harini pun cuti belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia 🇲🇾

14/09/2026

💧 KURANG MINUM AIR… JANTUNG PUN BOLEH TERBEBAN!

Badan manusia mengandungi kira-kira 50–60% air. Bila badan mengalami dehidrasi, jumlah cecair dalam salur darah boleh berkurangan.

Akibatnya, jantung perlu bekerja lebih kuat untuk memastikan darah terus mengalir ke seluruh badan.

Dehidrasi boleh menyebabkan:

❤️ Denyutan jantung meningkat
📈 Perubahan tekanan darah
🩸 Darah menjadi lebih pekat (hemoconcentration)
⚠️ Dalam keadaan tertentu, risiko pembentukan darah beku boleh meningkat — terutama jika ada faktor risiko lain atau duduk terlalu lama tanpa bergerak.

Berapa banyak air perlu diminum?

Kebanyakan orang dewasa memerlukan sekitar 2–3 liter cecair sehari, tetapi keperluan sebenar bergantung kepada:

☀️ Cuaca
🏃‍♂️ Tahap aktiviti
💦 Jumlah peluh
🩺 Keadaan kesihatan

Namun, pesakit jantung terutama yang mengalami kegagalan jantung, serta pesakit penyakit buah pinggang mungkin mempunyai had pengambilan cecair.

Jangan ikut jumlah orang lain secara membuta tuli. Ikut nasihat doktor anda.

11/09/2026

JEREBU BUKAN SEKADAR MASALAH PARU-PARU… JANTUNG PUN BOLEH TERKESAN! ❤️

Bila jerebu semakin teruk, ramai mula risau tentang batuk dan sesak nafas.
Tapi tahukah anda? Partikel halus seperti PM2.5 boleh masuk jauh ke dalam sistem pernafasan dan dikaitkan dengan kesan terhadap sistem kardiovaskular.

Bila jerebu teruk:
✅ Semak bacaan IPU
✅ Kurangkan aktiviti luar yang tidak perlu
✅ Elakkan senaman berat di luar
✅ Kurangkan pendedahan kepada udara tercemar
✅ Ikut nasihat kesihatan semasa
✅ Teruskan ubat seperti yang diarahkan doktor

⚠️ Penting: Jika mengalami sakit dada, sesak nafas yang luar biasa, berpeluh sejuk, pening atau pengsan, jangan anggap ia hanya disebabkan oleh jerebu.

Dapatkan pemeriksaan perubatan segera.

07/09/2026

😡 MARAH SANGAT-SANGAT BOLEH TRIGGER HEART ATTACK? ❤️

Bukan maksudnya setiap kali kita marah, terus kena serangan jantung. 😅

Tapi bagi individu yang sudah mempunyai penyakit salur darah jantung, kemarahan yang melampau boleh menjadi pencetus sementara kepada serangan jantung.

Bila kita marah:

⚡ Adrenaline meningkat
📈 Tekanan darah naik
❤️ Jantung berdegup lebih laju
🫀 Keperluan oksigen jantung meningkat

Kajian menunjukkan risiko serangan jantung boleh meningkat dalam kira-kira 2 jam selepas episod kemarahan yang melampau.

Jadi kalau tengah road rage, bergaduh atau mengalami tekanan emosi yang sangat kuat, jangan pandang ringan.

Kadang-kadang kemarahan bukan punca utama… tetapi boleh menjadi “pencetus terakhir” kepada masalah salur darah yang memang sudah wujud.

Jaga jantung bukan hanya tentang apa yang kita makan. Cara kita mengurus emosi pun penting.

Tonton sampai habis & share dengan orang yang cepat naik angin! 😂

Address

Avisena Specialist Hospital
Shah Alam

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 12:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 13:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60355151888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr. Mohd Firdaus bin Hadi, Physician & Interventional Cardiologist posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr. Mohd Firdaus bin Hadi, Physician & Interventional Cardiologist:

Share

Category