Klinik Usrah Medic Bukit Jelutong

Klinik Usrah Medic Bukit Jelutong Klinik Usrah Medic cawangan ke-4 yang beroperasi setiap hari di Bukit Jelutong, Shah Alam
(3)

Klinik Usrah Medic Bukit Jelutong menawarkan perkhidmatan berikut:

▸ Saringan Kesihatan
▸ Buka Buku Pink
▸ Ultrasound 2D/3D/5D
▸ Rawatan Pesakit Luar
▸ Pemantauan Kuning Bayi (Jaundis)
▸ Rawatan Susulan Dan Imunisasi Kanak-Kanak
▸ Vaksinasi Tambahan Untuk Dewasa Dan Kanak-Kanak
▸ Rawatan Penyakit Kronik
▸ Pemeriksaan Darah (FBC)
▸ Pemeriksaan Darah Pengesanan Denggi
▸ Ujian Covid-19 & Influenza


▸ Pemeriksaan ECG
▸ Rawatan Jahitan Dan Cuci Luka
▸ Rawatan Kecemasan Dan Kemalangan
▸ Nebuliser
▸ Sedut Kahak Bayi & Dewasa
▸ Rawatan Merancang Keluarga
▸ Pap Smear

24/07/2026

SAYA RASA PEDIH MASA KENCING!!

Pernah tak anda alami keadaan macam ni?

Bukan tu je...rasa kerap nak kencing, air kencing keluar sikit dan kencing pun berbau kuat!
Semua ni adalah tanda-tanda ada terkena jangkitan saluran air kencing (UTI).

Kalau anda ada tanda-tanda macam ni, boleh buat ujian air kencing di Klinik Usrah Medic segera.

Anda boleh walk-in atau set temujanji sekarang.

23/07/2026

HIGH VAGINAL SWAB COMPLICATED??

Tengok video ni sampai habis!

Kalau berminat nak buat ujian High Vaginal Swab, boleh datang ke Klinik Usrah Medic.

“Aku muda lagi, tak mungkin ada diabetes.”Ayat ini biasa kita dengar. Mungkin kita sendiri pun pernah fikir begitu.Tetap...
22/07/2026

“Aku muda lagi, tak mungkin ada diabetes.”

Ayat ini biasa kita dengar. Mungkin kita sendiri pun pernah fikir begitu.

Tetapi hakikatnya, usia muda bukan jaminan seseorang bebas daripada risiko diabetes. Jika ada sejarah keluarga diabetes, gaya hidup kurang aktif, berat badan berlebihan atau pemakanan kurang seimbang, risiko tetap boleh meningkat.

Yang mencabar, diabetes pada peringkat awal kadang-kadang tidak menunjukkan simptom yang ketara. Sebab itu ramai hanya mula sedar apabila bacaan gula sudah tinggi atau komplikasi mula berlaku.

Langkah paling mudah ialah mula periksa.

• Pemeriksaan gula darah
• Ujian HbA1c jika disarankan
• Konsultasi doktor untuk faham risiko
• Perubahan gaya hidup yang sesuai dan realistik

Tak perlu tunggu sakit baru mahu ambil tahu.

Usrah Medic sentiasa ada untuk membantu anda dan keluarga membuat saringan kesihatan dengan lebih peka, termasuk pemeriksaan gula darah, ujian HbA1c dan konsultasi doktor.

Simpan post ini. Mungkin hari ini kita rasa sihat, tapi pemeriksaan awal boleh bantu kita lebih bersedia.

22/07/2026

6 TANDA ANDA PERLU BUAT URINE TEST!!!

1. Pedih atau sakit ketika membuang air kecil

2. Kerap terasa hendak kencing

3. Air kencing keluar sedikit-sedikit

4. Air kencing kelihatan keruh atau berbau kuat

5. Ada darah dalam air kencing

6. Sakit di bahagian bawah perut

Kalau anda ada tanda-tanda ini, datang je ke Klinik Usrah Medic.

Doktor akan menilai simptom anda dan mencadangkan urine test atau pemeriksaan lanjut jika diperlukan.

22/07/2026

APA YANG DIKESAN SEMASA UJIAN AIR KENCING??

1. Menilai tahap hidrasi atau kehadiran jangkitan.
2. Mengenalpasti masalah buah pinggang dan diabetes.
3. Mengesan keseimbangan pH air kencing.
4. Mengesan jangkitan, keradangan atau batu karang.

Kalau anda perlukan ujian air kencing (UFEME), boleh datang ke Klinik Usrah Medic Bukit Jelutong.

21/07/2026

APA TUJUAN UJIAN HPV DNA??

- Mengesan virus HPV dalam sel-sel serviks (pangkal rahim)
- Mengesan HPV berisiko tinggi yang membawa pada kanser serviks
- Sering dikombinasikan dengan Pap smear

Kalau anda berminat, boleh datang ke Klinik Usrah Medic untuk buat ujian HPV DNA!

Anda boleh walk-in atau set temujanji sekarang.

Jangan tunggu luka kecil jadi makin susah sembuh baru kita mula risau tentang gula dalam darah.Kadang-kadang badan sudah...
21/07/2026

Jangan tunggu luka kecil jadi makin susah sembuh baru kita mula risau tentang gula dalam darah.

Kadang-kadang badan sudah beri tanda, cuma kita yang selalu cuba tahan dan anggap “nanti baiklah”.

Cepat penat, luka lambat kering, atau rasa badan tak seperti biasa mungkin nampak kecil, tapi tetap patut diberi perhatian.

Pemeriksaan gula darah boleh bantu kita tahu keadaan sebenar dengan lebih awal.

Ujian HbA1c p**a membantu melihat corak kawalan gula dalam darah untuk beberapa bulan kebelakangan ini.

Anda boleh pertimbangkan saringan kesihatan jika:

• Sudah lama tak buat pemeriksaan
• Ada sejarah keluarga dengan diabetes
• Kerap rasa letih tanpa sebab jelas
• Luka kecil lambat sembuh
• Mahu lebih yakin tentang tahap kesihatan diri

Buat pemeriksaan bukan sebab kita takut. Tapi sebab kita mahu lebih peka dan bersedia.

Simpan perkongsian ini sebagai peringatan. Kongsikan juga kepada ahli keluarga yang selalu tangguh check gula.

Usrah Medic sentiasa ada untuk membantu anda sekeluarga menjaga kesihatan dengan lebih tenang dan selesa.

21/07/2026

KALAU TANGGUH SEDUT KAHAK CONFIRM ANAK MASUK HOSPITAL!!!

Siapa yang dah pernah terkena mesti dah faham, kalau tangguh sedut kahak confirm anak masuk hospital.

Dah terpaksa ambil cuti lama, kerja bertangguh, anak yang lain pun terabai.
Masuk bukan sekejap, mahu-mahu 5 hari!

Bayi terus tak selesa, ibu terus tertekan.

Sedangkan situasi ni dapat diatasi sebelum lebih melarat dengan cara segera mengeluarkan kahak melalui rawatan sedut kahak.

Dapatkan Pakej Sedut Kahak di Klinik Usrah Medic untuk mengeluarkan kahak dan lendir daripada saluran pernafasan bayi.

Jangan risau! Kami dah bantu lebih 1000 bayi.

Kalau anda berminat, boleh walk-in atau set temujanji sekarang.

20/07/2026

DAH DIET TAPI MASIH TAK TURUN BERAT??

Siapa yang pernah alami atau sedang alami masalah ni?

Dah start diet 2-3 bulan, berat ada la turun 1-2 kilo tapi lepas tu stuck!

Eat clean dah..
Intermittent fasting pun dah..
Jaga kalori pun dah..
Minum air secukupnya dah..
evercise 30 minit 3 kali seminggu pun dah..

Apa masalahnya?

Mungkin sebenarnya anda mengalami kerintangan insulin. Biar saya jelaskan:

1. Kerintangan insulin ni boleh berlaku apabila sel badan tak lagi membenarkan gula dalam darah untuk masuk sebagai sumber tenaga.

2. Dalam masa yang sama, badan kita pun akan hasilkan lebih banyak insulin disebabkan tahap gula yang makin tinggi.

3. Gula tak masuk, badan makin lesu, metabolisma badan pun terganggu.

Ini boleh menjadi punca kenapa anda dah diet tapi berat badan masih stuck!

Save dan share posting ni pada semua.

19/07/2026

IBU-IBU NAK SCAN BABY??

Klinik Usrah Medic menyediakan servis ultrasound kehamilan untuk mengesan keadaan dan perkembangan bayi dalam kandungan.

Ada ultraosund awal kehamilan, NT scan, detail scan dan macam-macam lagi.

Kalau ibu-ibu berminat, boleh set temujanji sekarang.

Address

No. 12-G, D’Bayu Business Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 08:00 - 00:00
Tuesday 08:00 - 00:00
Wednesday 08:00 - 00:00
Thursday 08:00 - 00:00
Friday 08:00 - 00:00
Saturday 08:00 - 00:00
Sunday 08:00 - 00:00

Telephone

+60124454998

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Usrah Medic Bukit Jelutong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Usrah Medic Bukit Jelutong:

Shortcuts

Share

Category