24/08/2026
𝗗𝗥𝗘𝗦𝗦𝗔𝗥 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗡𝗚𝗘 - 𝗘𝗣𝗜𝗦𝗢𝗗 𝟯𝟯: 𝗖𝗔𝗞𝗢𝗥𝗢𝗜 𝗗𝗨𝗟𝗨!
𝗣𝗥𝗘𝗩𝗜𝗢𝗨𝗦𝗟𝗬 𝗢𝗡 𝗘𝗣𝗜𝗦𝗢𝗗 𝟯𝟮:
Hari pertama Lan kembali bertugas di Hospital Shah Alam, dia baru sempat catch up apa yang jadi sepanjang dia terlantar dekat HKL. Antara benda paling besar yang dia terlepas, Stopa masih belum kembali daripada Alam Bunian. Dah hampir tiga minggu Abuya dengan Haji Azizan cuba cari jalan nak bawak Stopa balik, tapi sampai Ustaz Mad Rais p**ang daripada umrah pun, diorang masih tak jumpa cara nak bukak semula pintu gerbang alam.
Dalam masa yang sama, Haji Is p**a dah kena pressure daripada pihak HR. Hospital boleh bagi kelonggaran sebab diorang tahu Stopa bukannya sengaja tak hadir bertugas, tapi kelonggaran tu tak boleh diberi sampai entah bila. Gaji kena diuruskan, roster kena jalan, staff lain kena cover workload Stopa, OT bertambah dan selagi status Stopa masih tergantung, pihak hospital pun susah nak gerakkan urusan untuk cari pengganti.
Malam tu, Firdaus datang bagitahu cermin pintu belakang Preve jabatan yang Abuya guna dah pecah. Agumon yang ditinggalkan dalam kereta hilang, teddy bear yang sejak kebelakangan ni dia peluk ke mana-mana pun hilang sekali. Firdaus siap claim dia sempat kejar pencuri tu daripada Hospital Shah Alam sampai Tasik Seksyen 7, walaupun lepas berlari sejauh tu muka dia masih kering macam baru keluar bilik aircond.
Esok paginya, Haji Is dipanggil ke Pejabat Pentadbiran untuk bincangkan status Stopa. Sekali masuk bahagian Sumber Manusia, Stopa sendiri dah duduk elok depan Tuan Haji Sulaiman dalam uniform kerja, datang nak lapor diri.
𝗕𝗔𝗕𝗔𝗞 𝟭: 𝟵 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧
Sebelum kita sambung cerita Stopa dekat HR tu, kita patah balik dulu ke malam sebelumnya. Pasal cermin Preve yang pecah tu, Firdaus bolehlah simpan dulu cerita dia kejar pencuri sampai Tasik Seksyen 7 untuk diceritakan dekat cucu nanti, sebab orang yang pecahkan cermin pintu belakang tu sebenarnya Nadia.
Sejak petang lagi Nadia dah ikut pergerakan Haji Azizan dengan Abuya. Dia nampak dengan mata kepala dia sendiri, teddy bear yang selama ni dia cari ada ngan diorang, jadi lepas Preve tu diparkir di lobby Hospital Shah Alam, Nadia tunggu sampai keadaan betul-betul lengang sebelum dia datang menghampiri kereta.
Masalahnya teddy bear tu bukan terbiar atas seat. Agumon tengah tidur sambil peluk teddy bear tu rapat ke dada.
"PINGGGGG!!!"
Cermin pintu belakang dipecah dari luar, Agumon terkejut sampaikan melompat ke hujung seat sebelah. Tapi sebelum Nadia sempat nak seluk tangan, Agumon dah nampak apa yang dia cuba capai. Beruk tu cepat-cepat peluk teddy bear tu balik, siap bongkokkan badan sekali supaya tangan Nadia tak sampai.
Nadia cuba tarik sebelah kaki teddy bear tu melalui ruang cermin yang dah pecah. Agumon sentap balik sampai tangan Nadia terhentak dekat bingkai pintu, kemudian dia cakar lengan Nadia, meninggalkan beberapa garis merah.
“𝘈𝘥𝘶𝘩! 𝘉𝘢𝘨𝘪 𝘴𝘪𝘯𝘪 𝘭𝘢𝘩!”, tegas Nadia.
Agumon balas dengan jeritan nyaring sambil tunjuk gigi, gaya beruk mengamuk. Teddy bear tu dikemaskan lagi dalam pelukan, seolah-olah Nadia datang nak rampas anak dia sendiri.
Nadia cuba lagi sekali, tapi makin ditarik, makin kuat Agumon lawan. Baru je nampak macam teddy bear tu dah hampir terkeluar daripada kereta, Agumon berjaya tarik balik. Bila Nadia dah dapat sebelah kaki dalam genggaman tangan dia, Agumon p**a tukar genggaman ke bahagian badan dan kepala teddy bear supaya benda tu tak terlepas.
Dah beberapa kali tarik-menjerit-tarik balik macam orang berebut barang pasar malam, Nadia dah mula hilang sabar. Dia seluk tangan melalui cermin yang dah pecah untuk buka lock pintu tu daripada dalam, kemudian pintu tu ditarik sampai terbuka luas.
Agumon cepat-cepat bergerak ke hujung seat sebelah sana. Cuma, yelah, Preve tu bukannya macam bas ekspres yang dia boleh lari sampai tiga baris ke belakang, so Nadia masih boleh capai teddy bear yang dia peluk.
Kali ni Nadia gunakan kedua-dua belah tangan. Sebelah tangan dia tarik kaki teddy bear, sebelah lagi tahan lengan Agumon yang asyik cuba nak cakar dia. Agumon p**a dah mula keluarkan segala bunyi yang dia tahu sambil kaki menendang-nendang seat, tapi teddy bear tu tetap tak dilepaskan.
Nadia sentap sekali lagi dengan lebih kuat. Agumon cuba tukar genggaman daripada kaki teddy bear ke bahagian badannya, dan beberapa saat masa tangan dia bergerak itulah yang Nadia tunggu. Teddy bear tu terlucut daripada pelukan Agumon dan terlepas sepenuhnya ke tangan Nadia.
Agumon lompat turun daripada seat dan cuba kejar Nadia. Tapi Nadia dah berdiri beberapa langkah daripada kereta sambil pegang teddy bear tu jauh daripada capaian dia. Nadia segera angkat sebelah tangan sebagai warning kalau beruk tu nak cuba menyusahkan dia lagi sekali.
Agumon mula teragak-agak. Dia pandang teddy bear kat tangan Nadia, lepas tu pandang muka perempuan tu sebelum akhirnya mengalah dan lari ke kawasan hospital.
Nadia biarkan je Agumon lari. Memang dari awal lagi dia bukannya datang untuk culik Agumon, dia pun tak peduli apa lagi barang berharga yang mungkin ada dalam kereta Preve tu. Benda yang dia cari selama ni dah kembali ke tangan dia, jadi dia terus tinggalkan kawasan hospital sebelum sesiapa sempat datang tengok cermin kereta siapa yang baru dia pecahkan.
Malam tu, Nadia bawa teddy bear tu jumpa Nadhirah. Plan diorang simple, ambik tenaga Sari Noda daripada jin yang mendamping tangkal teddy bear tu, gunakan tenaga tu bagi membantu tubuh Syakila menampung aura Sakhr al-Maliq.
Nadia memang dah bersedia nak belek balik kitab dan cari ritual yang dimaksudkan tu. Tapi Nadhirah p**ak nampak tak excited macam Nadia. Bila Nadhirah nampak teddy bear tu, heighten sense supernatural dia dah dapat rasa ada something wrong.
Nadhirah ambik teddy bear tu daripada tangan kakak dia. Nadhirah ni memang ada ability heighten sense, boleh dikatakan itu benefit yang dia dapat daripada contract dengan pendamping dia. Tapi makin lama dia cuba detect aura yang ada dalam teddy bear tu, makin berkerut muka dia. Teddy bear tu diletakkan semula atas meja.
“𝘒𝘢𝘬... 𝘵𝘦𝘥𝘥𝘺 𝘣𝘦𝘢𝘳 𝘯𝘪 𝘥𝘢𝘩 𝘬𝘰𝘴𝘰𝘯𝘨.”
Lengan Nadia masih terasa pedih akibat dicakar Agumon. Selepas dia bersusah payah mengendap Abuya dan Haji Azizan, beriya pecahkan cermin kereta aset kerajaan dan bergelut dengan seekor beruk semata-mata nak ambik benda tu balik, dia tak boleh terima Nadhirah bagi jawapan macam tu.
“𝘈𝘱𝘢 𝘮𝘢𝘬𝘴𝘶𝘥 𝘬𝘢𝘶 𝘬𝘰𝘴𝘰𝘯𝘨? 𝘕𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘭 𝘢𝘬𝘶.”
Nadhirah explain deria dia terhadap benda supernatural memang lebih tajam daripada Nadia, jadi kalau jin tu masih mendamping dalam teddy bear tu, tak perlu tunggu buat ritual pun, dia dah boleh rasa kewujudan aura Sari Noda tu.
“𝘈𝘬𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘮𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘬𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘯𝘥𝘢 𝘯𝘪. 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘥𝘪𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘢𝘥𝘢, 𝘬𝘢𝘶 𝘣𝘢𝘸𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘵𝘢𝘥𝘪 𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘩 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘳𝘢𝘴𝘢. 𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘶𝘳𝘦 𝘯𝘪 𝘵𝘦𝘥𝘥𝘺 𝘣𝘦𝘢𝘳 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘶𝘯𝘺𝘢?”
Yang tu Nadia memang terus bantah. Teddy bear tu dah bertahun-tahun jadi tangkal dia, malah bahagian perut yang pernah dibuka untuk masukkan azimat dulu pun masih ada kesan jahitan yang dia sendiri buat.
“𝘕𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘶𝘯𝘺𝘢. 𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘦𝘵𝘦𝘤𝘵 𝘬𝘰𝘵.”
Nadhirah dah malas nak argue benda yang boleh dibuktikan depan mata. Dia tolak balik teddy bear tu dekat kakak dia sambil angkat bahu.
“𝘏𝘢𝘢, 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘦𝘵𝘦𝘤𝘵, 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘬 𝘭𝘢𝘩. 𝘉𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘫𝘢𝘩𝘪𝘵 𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘵𝘶?”
Nadia keluarkan pisau lipat daripada poket. Dia cari balik bahagian jahitan lama dekat perut teddy bear, potong benangnya satu persatu dan selak kapas di dalam. Jari dia dapat rasa satu bungkusan kecil yang tersorok kat bahagian tengah.
Bungkusan tu dibalut dengan kain kuning. Dekat permukaan kain ada beberapa baris tulisan dan simbol yang dah semakin pudar, manakala dalam lipatan p**a tersimpan beberapa serpihan tulang halus bersama tengkorak seekor tikus kecil yang dah lama kering.
Sekali tengok semua barang tu, Nadia dah tak perlu yakinkan Nadhirah apa-apa lagi. Itulah azimat yang dia sendiri jahit ke dalam teddy bear tersebut masa dia nak jadikan benda tu sebagai vessel untuk pendamping dia dulu. Kain kuning masih ada, tulang yang digunakan dalam ritual pun masih berada dekat dalam, dan tengkorak kecil tu memang barang yang sama dia letakkan bertahun-tahun sebelum ni.
Maknanya Nadia tak salah curi teddy bear. Nadhirah pun tak salah. Bila mana semua barang penguat ritual tu masih berada kat tempat asal, tapi Nadhirah langsung tak dapat rasa sebarang aura Sari Noda, memang jelas jin tu dah takde dalam vessel tersebut.
Nadia belek balik bungkusan tu beberapa kali. Dia cuba cari kalau ada benda yang dah berubah, mungkin kain pernah dibuka orang atau ada barang yang dikeluarkan tanpa dia sedar, tapi setakat yang dia nampak, azimat tu masih sama macam kali terakhir dia jahit benda tu dulu.
Nadhirah mula fikirkan kemungkinan lain. Kalau azimat masih ada dan vessel pun tak nampak macam dah lunyai, mungkin masalahnya bukan pada teddy bear tu.
“𝘒𝘢𝘶 𝘭𝘢𝘴𝘵 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘮𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘯𝘪 𝘣𝘪𝘭𝘢?”
Nadia cuba ingat balik. Sejak teddy bear tu dicuri Eri, memang langsung tak ada cara untuk dia tunaikan syarat yang sepatutnya dibuat setiap minggu sebab dia sendiri pun tak tahu tangkal tu ada kat mana.
Nadhirah perhatikan muka kakak dia yang makin lama makin berubah. Belum sempat Nadia kira sampai habis, dia dah boleh agak tempohnya bukan baru dua tiga minggu.
“𝘋𝘢𝘩 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘴𝘦𝘮𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯 𝘑𝘶𝘮𝘢𝘢𝘵, 𝘬𝘢𝘯?”
Nadia pandang teddy bear atas meja, kemudian tengok semula kain kuning yang terbuka dekat tangan dia. Kiraan dalam kepala memang dah lama melepasi sembilan kali Jumaat, dan kat situ barulah teori Nadhirah mula kedengaran masuk akal walaupun Nadia sendiri masih tak boleh nak terima.
“𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘮𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯 𝘑𝘶𝘮𝘢𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘶𝘳𝘶𝘵-𝘵𝘶𝘳𝘶𝘵 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯, 𝘮𝘢𝘺𝘣𝘦 𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘢𝘩 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘨𝘢𝘳 𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘢𝘯𝘫𝘪𝘢𝘯. 𝘈𝘬𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘤𝘰𝘯𝘧𝘪𝘳𝘮, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘮𝘢𝘺𝘣𝘦 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘵𝘶 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘮𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘶 𝘥𝘢𝘩 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘷𝘦𝘴𝘴𝘦𝘭 𝘥𝘪𝘢. 𝘒𝘢𝘶 𝘥𝘢𝘩 𝘭𝘢𝘮𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘢 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵.”
Berjam-jam Nadia mengendap, menunggu peluang keemasan, sampai terpaksa pecahkan cermin kereta aset kerajaan, pastu dengan pedih kena cakar dengan beruk gila lagi, siap berebut teddy bear dengan beruk tu macam orang hilang akal. Hujung-hujung, barang yang dia cari sampai beriya geledah bilik Eri time dia cabut lari dari rawatan ICU hari tu, barang tu dah ada depan mata, tapi 'roh' barang tu yang Nadia betul-betul perlukan sekarang, dah tak ada. Jin yillek!
Nadia kutip balik kain kuning dan serpihan tulang tadi, lalu duduk termenung depan teddy bear yang dah terbelah tu. Nadhirah tengok muka kakak dia yang tadi bukan main yakin, sekarang dah jadi muka orang baru dapat parcel selepas tunggu dua minggu, sekali buka kotak, kena scam.
Kali ni Nadhirah tak payah perli apa-apa. Nadia sendiri dah cukup kecewa.
𝗕𝗔𝗕𝗔𝗞 𝟮: 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔
Kembali ke Pejabat Pentadbiran Hospital Shah Alam. Haji Is datang ke bahagian HR dengan macam-macam benda dah tersusun dalam kepala, sebab malam tadi Abuya dah sampai tahap memilih untuk terpaksa move on, manakala Haji Azizan p**a dah berkira nak pakai kabel, cari bantuan orang yang lebih tinggi kalau pihak HR betul-betul dah tak mahu bagi chance lagi.
Sekali bila Haji Is bukak pintu office Tuan Haji Sulaiman, segala plan tu tak sempat digunakan. Semalam sampai pukul 9.30 malam diorang bertiga pening kepala duk fikir nak jawab apa dekat HR, pagi ni orang yang dibincangkan tu dah duduk atas sofa depan Tuan Haji Sulaiman, lengkap beruniform klinikal MA, elok sangat gayanya macam tiga minggu hilang tu sekadar cuti yang terlupa key in dalam HRMIS.
“𝘚𝘵𝘰𝘱𝘢?”
Stopa terus pusing menghadap Haji Is. Wajah dia nampak penat sikit, tapi senyuman tu memang senyuman budak yang Haji Is kenal.
“𝘏𝘢𝘢𝘩 𝘏𝘢𝘫𝘪. 𝘒𝘢𝘸𝘦 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 𝘥𝘰𝘩.”
Haji Is datang dekat, dia pegang kedua-dua bahu Stopa. Dia tengok muka anak buah dia betul-betul, ada rasa macam nak marah, lega pun ada, sebab tiga minggu satu hospital pening memikirkan budak ni masih hidup atau tak, sekali bila semua orang dah putus asa, dengan ajaibnya dia datang lapor diri dekat HR.
“𝘒𝘢𝘶 𝘯𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘪𝘯𝘨𝘨𝘶, 𝘣𝘰𝘥𝘰𝘩? 𝘉𝘦𝘳𝘤𝘶𝘵𝘪 𝘴𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘦𝘳𝘬 𝘬𝘢𝘵 𝘈𝘭𝘢𝘮 𝘉𝘶𝘯𝘪𝘢𝘯?”
Stopa sengih serba salah. Nak cerita pasal Alam Bunian, Surapati dengan segala benda yang berlaku kat alam sana memang bukan cerita yang sesuai dibuka panjang-panjang depan pegawai HR, so dia bagi jawapan paling selamat dulu.
“𝘗𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘏𝘢𝘫𝘪.”
Tuan Haji Sulaiman pun nampak lega. Sekurang-kurangnya pagi tu diorang dah tak perlu bincang nak buat apa dengan staff yang tak tahu status hidup atau mati, cuma dia sempat ingatkan Stopa betapa dekatnya dia dengan keputusan yang pihak HR nak decide.
“𝘕𝘢𝘴𝘪𝘣 𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘩 𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢. 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘱𝘢𝘨𝘪 𝘯𝘪 𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘬 𝘮𝘶𝘯𝘤𝘶𝘭, 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘥𝘢𝘩 𝘱𝘭𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘮𝘪𝘯𝘢𝘵𝘦 𝘴𝘵𝘢𝘵𝘶𝘴 𝘱𝘦𝘯𝘫𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘢𝘸𝘢𝘬.”
Haji Is dengar part tu, terus ambik peluang masuk bab gaji. Dah Stopa muncul balik elok-elok, dia tak nak urusan ketidakhadiran hampir tiga minggu tu nanti diselesaikan macam budak ni sengaja ponteng kerja.
“𝘛𝘶𝘢𝘯 𝘏𝘢𝘫𝘪, 𝘱𝘢𝘴𝘢𝘭 𝘨𝘢𝘫𝘪 𝘚𝘵𝘰𝘱𝘢 𝘵𝘶, 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘵𝘢𝘬 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘮𝘶𝘬𝘢 𝘴𝘪𝘬𝘪𝘵? 𝘋𝘪𝘢 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘯𝘨𝘢𝘫𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘩𝘢𝘥𝘪𝘳 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘶𝘨𝘢𝘴.”
Tuan Haji Sulaiman tak berani nak janji apa-apa bagi pihak Pengarah Hospital, tapi dia pun faham kes Stopa bukan macam orang bangun pagi, tengok alarm, lepas tu decide malas nak datang kerja selama tiga minggu berturut-turut. Dia bagitahu Haji Is, pasal gaji tu nanti dia akan cuba slow talk dengan Pengarah dan mintak pertimbangan khas supaya, kalau boleh, bayaran gaji dan emolumen Stopa tak terjejas disebabkan benda yang memang berlaku di luar kawalan dia.
Dengar macam tu pun Haji Is dah cukup lega. Semalam dia masih duk fikir macam mana nak pujuk HR supaya jangan tamatkan penjawatan Stopa, pagi ni budak tu sendiri muncul sebelum apa-apa tindakan sempat dibuat.
Selesai urusan lapor diri, orang pertama yang Stopa cari mestilah Abuya. Phone dia dah hilang bersama dengan barang-barang yang lain, so pagi tu Abuya tak tahu pun anak buah dia yang dia cari hampir tiga minggu ni sebenarnya dah kembali ke Alam Manusia.
“𝘏𝘢𝘫𝘪, 𝘢𝘥𝘰 𝘯𝘢𝘮𝘱𝘰𝘬 𝘗𝘰𝘬 𝘠𝘢 𝘵𝘢𝘬? 𝘒𝘢𝘸𝘦 𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘴𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘰𝘺𝘢𝘬 𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘪𝘰 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘬𝘢𝘸𝘦 𝘥𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬. 𝘗𝘩𝘰𝘯𝘦 𝘬𝘢𝘸𝘦 𝘱𝘶𝘯 𝘥𝘢𝘩 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨.”
Haji Is cadangkan Stopa untuk cari Abuya dekat store berhampiran Pejabat Perkhidmatan Sokongan. Sejak Agumon ikut Abuya kembali ke Alam Manusia, memang situ antara tempat Abuya selalu singgah, mudah nak sorok beruk jadian tu daripada pandangan staff hospital yang tak tahu cerita.
Dan memang betul, Agumon pun ada dekat situ.
Haji Azizan dah jumpa Agumon malam tadi selepas beruk tu lari daripada Nadia. Pagi tu Abuya cari Agumon sebab dia nak tahu apa sebenarnya yang berlaku dengan kereta jabatan tu, terutamanya selepas dia sedar pencuri tu langsung tak usik apa-apa selain daripada tangkal teddy bear tu.
Cuma komunikasi Abuya dengan Agumon ni bukannya macam orang ambik statement saksi dekat balai. Mulut Agumon memang masih pusing dekat perkataan yang sama, tapi setiap kali dia cuba sampaikan sesuatu kepada Abuya, maksud bersama gambaran kejadian tu akan sampai terus ke dalam fikiran Abuya.
Abuya duduk depan Agumon dan tanya apa yang jadi malam tadi. Agumon jawab sambil tangannya beralun seolah-olah Karam Singh Walia baca berita,
“𝘈𝘨𝘶𝘮𝘰𝘯... 𝘈𝘨𝘶𝘮𝘰𝘯... 𝘞𝘢𝘳𝘨𝘳𝘦𝘺𝘮𝘰𝘯... 𝘚𝘵𝘰𝘱𝘢... 𝘈𝘨𝘶𝘮𝘰𝘯!”
Dekat telinga orang lain, memang macam beruk tu sebut benda sama berulang kali. Tapi dalam fikiran Abuya, apa yang Agumon cuba cerita datang bersama serpihan gambaran malam tadi secara telepathic, dengan ajaibnya pemikiran Abuya boleh dengar bunyi cermin pecah, gambaran seorang perempuan berdiri dari luar keret Preve untuk rampas teddy bear tu, scene Agumon cuba melawan, dan scene perempuan tu langsung tak usik apa-apa barang lain dalam kereta.
Abuya cuba minta Agumon ulang bahagian perempuan tu. Agumon sambung lagi dengan bahasa dia sendiri, dan gambaran yang sampai kali ni memang tak cukup jelas untuk Abuya cam muka perempuan tu, tapi niat dia memang jelas.
Dia datang semata-mata untuk curi tangkal teddy bear tu.
Benda tu yang buat Abuya mula rasa kes cermin kereta Preve ni tak akan selesai setakat incident report dan repair kereta. Petang semalam Ustaz Mad Rais sendiri dah periksa teddy bear tu, dan dia sahkan tak ada apa-apa lagi dalamnya. Tak ada pendamping, tak ada aura dan tak ada apa yang boleh diorang gunakan untuk cari Stopa.
Sebab tu Abuya sendiri dah tak nampak apa guna nak simpan benda tu lagi, selain daripada sebagai bantal peluk Agumon.
Tapi beberapa jam selepas tu, ada seorang perempuan datang ke Hospital Shah Alam, cari kereta Preve yang dia naik bersama dengan Haji Azizan, pecahkan cermin belakang, dan beriya bergelut dengan Agumon semata-mata untuk ambik teddy bear yang Ustaz Mad Rais dah sahkan hanyalah teddy bear biasa.
Kalau perempuan tu datang mencuri secara random, kenapa dia tak curi barang lain? Kalau teddy bear tu betul-betul tak ada nilai, kenapa sampai sanggup pecahkan cermin kereta kerajaan?
Dari situ fikiran Abuya kembali kepada satu nama yang selama ni memang selesai dalam kepala dia dan Haji Azizan.
Nadia.
Abuya tak boleh confirm perempuan malam tadi tu Nadia. Wajah yang Agumon tunjuk dalam fikirannya tak cukup jelas, dan perempuan yang Abuya pernah kenal sebagai Nadia pun mempunyai rupa yang berbeza. Tapi teddy bear tu memang pernah dikaitkan dengan Nadia, jadi sekurang-kurangnya Abuya dah ada sebab untuk percaya siapa pun perempuan malam tadi, dia tahu apa yang dia datang cari.
“𝘗𝘦𝘭𝘪𝘬 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭...” Abuya gosok dagu sambil pandang Agumon.
“𝘜𝘴𝘵𝘢𝘻 𝘔𝘢𝘥 𝘙𝘢𝘪𝘴 𝘥𝘢𝘩 𝘤𝘢𝘬𝘢𝘱 𝘵𝘦𝘥𝘥𝘺 𝘣𝘦𝘢𝘳 𝘵𝘶 𝘬𝘰𝘴𝘰𝘯𝘨. 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘥𝘢𝘩 𝘬𝘰𝘴𝘰𝘯𝘨, 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘱𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘱𝘦𝘤𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘤𝘦𝘳𝘮𝘪𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘦𝘵𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘤𝘶𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘥𝘥𝘺 𝘣𝘦𝘢𝘳 𝘵𝘶?”
Agumon cuba elaborate cerita dia, tapi kali ni tak ada maklumat yang lebih significant bagi Abuya. Maknanya beruk tu pun setakat tahu perempuan tersebut datang, rampas teddy bear dan lari; kenapa dia mahukan benda tu, Agumon sendiri tak ada jawapan.
Abuya dah decide satu benda. Lepas ni dia kena cari Haji Azizan dan cerita balik apa yang Agumon tunjuk tadi, sebab nampaknya urusan diorang dengan Nadia belum selesai. Belum sempat Abuya bangun, suara dari pintu store buat dia terus menoleh.
“𝘗𝘰𝘬 𝘠𝘢.”
Hampir tiga minggu Abuya tunggu nak dengar suara tu balik. Malam semalam pun dia dah cuba paksa diri untuk terima kemungkinan bahawa Stopa mungkin takkan kembali lagi. Jadi bila dia nampak anak buah dia berdiri depan pintu store lengkap dengan uniform klinikal, memang dia terkedu beberapa saat.
Stopa senyum lebar. “𝘒𝘢𝘸𝘦 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 𝘥𝘰𝘩, 𝘗𝘰𝘬 𝘠𝘢.”
Agumon terus meluru ke arah Stopa. Dia panjat badan Stopa sampaikan Stopa terkial-kial nak sambut dengan kedua-dua belah tangan. Muka Stopa diramas, rambut diusik, bahu dipegang berkali-kali, lepas tu Agumon peluk kepala Stopa kuat-kuat sambil mulut tak berhenti menyebut nama sendiri dengan nama member dia tu.
“𝘈𝘨𝘶𝘮𝘰𝘯! 𝘚𝘵𝘰𝘱𝘢! 𝘈𝘨𝘶𝘮𝘰𝘯! 𝘚𝘵𝘰𝘱𝘢!”
Stopa ketawa sambil pegang pinggang Agumon supaya beruk tu tak jatuh.
“𝘏𝘢𝘢𝘢... 𝘬𝘢𝘸𝘦 𝘢𝘥𝘰 𝘭𝘢𝘩 𝘯𝘪. 𝘔𝘶 𝘳𝘪𝘯𝘥𝘶 𝘬𝘢𝘸𝘦 𝘬𝘰?"
Agumon peluk makin ketat, sampaikan muka dia tenggelam dalam dakapan Stopa. Stopa usap kepala beruk tu beberapa kali sambil senyum, “𝘒𝘢𝘸𝘦 𝘱𝘶𝘯 𝘳𝘪𝘯𝘥𝘶 𝘮𝘶. 𝘒𝘢𝘸𝘦 𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘮𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭 𝘬𝘢𝘵 𝘴𝘢𝘯𝘰 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘵𝘶.”
Abuya datang dekat. Dia tarik Stopa masuk dalam pelukan dan tepuk belakang budak tu kuat beberapa kali. Nak cover macho sangat pun tak guna sebab mata Abuya sendiri dah merah, dan Stopa pun bukannya tak tahu sepanjang hidup dia siapa yang paling banyak jaga dia.
“𝘔𝘶 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘱𝘢 𝘭𝘢𝘮𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘤𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘶?”
Stopa masih pegang Agumon sebelah tangan. Dia cuba sengih macam biasa, tapi mata sendiri pun dah mula merah. “𝘒𝘢𝘸𝘦 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘗𝘰𝘬 𝘠𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘢𝘸𝘦.”
“𝘔𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘶 𝘤𝘢𝘳𝘪. 𝘔𝘶 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘶. 𝘛𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘪𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘮𝘶 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨, 𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘩 𝘯𝘢𝘬 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘣𝘰𝘮𝘰𝘩 𝘥𝘶𝘬 𝘤𝘢𝘳𝘪 𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘬 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘈𝘭𝘢𝘮 𝘉𝘶𝘯𝘪𝘢𝘯.”
Bila perasaan lega tu dah reda sikit, barulah Abuya tanya benda yang paling dia nak tahu. Kalau Ustaz Mad Rais sendiri tak jumpa cara nak bukak pintu gerbang alam, macam mana Stopa boleh tiba-tiba muncul balik dekat apartment dia pagi tu?
Stopa sendiri tak boleh bagi jawapan.
Setakat yang dia masih ingat, dia berada dekat Alam Bunian. Lepas satu bahagian tu, memory dia terus padam. Dia tak ingat keluar daripada istana, tak ingat jumpa pintu gerbang alam, malah langsung tak ingat ada sesiapa datang menolong.
“𝘒𝘢𝘸𝘦 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘳 𝘱𝘢𝘨𝘪 𝘵𝘢𝘥𝘪, 𝘵𝘢𝘶-𝘵𝘢𝘶 𝘬𝘢𝘸𝘦 𝘢𝘥𝘰 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘢𝘱𝘢𝘳𝘵𝘮𝘦𝘯𝘵, 𝘗𝘰𝘬 𝘠𝘢. 𝘚𝘦𝘩𝘦𝘭𝘢𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘨 𝘫𝘦. 𝘉𝘢𝘫𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘢𝘥𝘰, 𝘱𝘩𝘰𝘯𝘦 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘸𝘦 𝘣𝘭𝘢𝘬𝘰 𝘵𝘢𝘬𝘥𝘰𝘬.”
Abuya tanya lagi dua tiga benda, kot-kot ada serpihan memory yang Stopa tak perasan. Hasilnya tetap sama; memory Stopa berhenti dekat Alam Bunian dan sambung balik masa dia sedar dalam apartment sewanya.
Dah hampir tiga minggu dia hilang, bila dia dah balik, mula-mula kena mengadap HR, sekarang Pok Ya p**a duk soal siasat dia macam nak siapkan chronology. Abuya tengok muka Stopa yang jelas nampak penat, akhirnya dia tepuk bahu budak tu dan bagi chance otak dia rehat dulu.
“𝘑𝘰𝘮 𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘪𝘵𝘰 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 𝘢𝘱𝘢𝘳𝘵𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘮𝘶. 𝘔𝘪𝘯𝘶𝘮 𝘤𝘢𝘬𝘰𝘳𝘰𝘪 𝘥𝘶𝘭𝘶, 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘣𝘢𝘳𝘶 𝘬𝘪𝘵𝘰 𝘧𝘪𝘬𝘪𝘳 𝘣𝘦𝘯𝘥𝘢 𝘭𝘢𝘪𝘯.”
Stopa tak dapat menahan dirinya dari ketawa bila dia dengar Pok Ya cuba bersembang dalam loghat Kelantan.
“𝘏𝘢𝘢𝘢... 𝘭𝘢𝘮𝘢 𝘬𝘢𝘸𝘦 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨, 𝘗𝘰𝘬 𝘠𝘢 𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘪 𝘬𝘦𝘤𝘦𝘬 𝘒𝘦𝘭𝘢𝘵𝘦 𝘥𝘰𝘩.”
“𝘗𝘢𝘯𝘥𝘢𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘭𝘢 𝘩𝘰𝘵𝘢𝘬 𝘮𝘶. 𝘈𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘯𝘢𝘵 𝘯𝘪.”
Agumon ikut sekali. Dari tadi tangan beruk tu tak lepas daripada baju Stopa macam takut kalau dia leka sekejap, member dia hilang balik masuk Alam Bunian. Tapi sebelum diorang gerak, Stopa teringat seorang lagi. Kalau dah alang-alang nak lepak minum cakoroi, mestilah kena panggil ahli tetap kelab cakoroi yang lagi sorang tu.
“𝘗𝘰𝘬 𝘠𝘢, 𝘞𝘩𝘢𝘵𝘴𝘈𝘱𝘱 𝘓𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪.”
Abuya WhatsApp Lan untuk sampaikan berita yang Stopa dah balik, sambil ajak dia mengular, lepak kat apartment Stopa. Tak lama kemudian Lan reply,
“𝘗𝘰𝘬 𝘠𝘢 𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬 𝘥𝘶𝘭𝘶. 𝘒𝘢𝘸𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 20 𝘮𝘪𝘯𝘪𝘵 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪.”
Dekat apartment sewa Stopa tu, barulah diorang ada mood nak sembang panjang lebar. Lepas dah bancuh cakoroi, Stopa duduk atas sofa dengan Agumon berkepit sebelah dia. Abuya mula cerita satu persatu apa yang Stopa terlepas sepanjang hampir tiga minggu berada di Alam Bunian.
Cerita pasal Lan antara yang paling lama Stopa nak hadam. Kali terakhir dia jumpa Lan, hari dia dan Abuya hilang tu. Masa tu diorang tengah lepak kat tempat yang sama macam sekarang. Dalam apartment sewa Stopa, dan masa tu lah diorang nampak tangkal teddy bear tu terbang keluar dari bilik Eri. Stopa langsung tak tahu tak lama lepas tu member dia tu kena belasah sampai koma. Dia langsung tak tahu jantung Lan dah beberapa kali berhenti sepanjang dia dirawat di ICU HKL dan doktor dah hampir mengesahkan kematian Lan sebelum jantung dia tiba-tiba kembali berdegup.
“𝘚𝘦𝘳𝘪𝘶𝘴 𝘗𝘰𝘬 𝘠𝘢? 𝘓𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘊𝘗𝘙?”
Abuya angguk sambil letak cawan atas meja. Dia cerita kat Stopa macam mana kritikalnya keadaan Lan masa tu. Abuya cerita yang team ICU HKL dah stop resuscitation effort, staff nurse tengah bersiap nak perform prosedur Last Office. Tiba-tiba Lan tersedar seolah-olah orang yang baru sedar dari lemas, dan dua minggu kemudian, rilek je lapor diri untuk kembali bertugas.
Ternganga mulut Stopa dengar cerita Abuya.
“𝘉𝘢𝘳𝘶 𝘵𝘪𝘨𝘰 𝘮𝘪𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘬𝘢𝘸𝘦 𝘩𝘪𝘭𝘦𝘺, 𝘮𝘢𝘤𝘦𝘺-𝘮𝘢𝘤𝘦𝘺 𝘩𝘢𝘭 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘥𝘦𝘩?”
“𝘔𝘶 𝘥𝘰𝘱 𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘯𝘢𝘬 𝘭𝘰𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘱𝘪𝘯𝘵𝘶 𝘨𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘭𝘢𝘮, 𝘓𝘢𝘯 𝘱𝘶𝘭𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘩 𝘯𝘢𝘬 𝘮𝘢𝘵𝘪, 𝘮𝘰𝘭𝘦𝘬 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘭𝘢𝘩. 𝘔𝘶 𝘥𝘶𝘢 𝘦𝘬𝘰𝘳 𝘯𝘪, 𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘯𝘪 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘩𝘢𝘭 𝘴𝘦𝘳𝘦𝘯𝘵𝘢𝘬. 𝘗𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘭𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘯𝘰𝘬 𝘮𝘪𝘬𝘪𝘳.”
Stopa gelak kecil, Agumon kat sebelah ikut berbunyi walaupun entah faham entah tidak apa yang Pok Ya tengah membebel. Lepas tu Abuya masuk p**a cerita pasal HR. Stopa baru tahu malam sebelum dia kembali tu status kerja dia dah hampir nak diberhentikan.
“𝘒𝘢𝘸𝘦 𝘯𝘺𝘢𝘳𝘪𝘴 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘣𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘬𝘦, 𝘗𝘰𝘬 𝘠𝘢?”
Abuya hirup cakoroi dulu sebelum jawab,
“𝘕𝘺𝘢𝘳𝘪𝘴 𝘭𝘢𝘩. 𝘔𝘶 𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘏𝘙𝘔𝘐𝘚 𝘢𝘥𝘢 𝘰𝘱𝘵𝘪𝘰𝘯 ‘𝘴𝘵𝘢𝘧𝘧 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦 𝘈𝘭𝘢𝘮 𝘉𝘶𝘯𝘪𝘢𝘯’ 𝘬𝘦? 𝘔𝘶 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨, 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘤𝘰𝘷𝘦𝘳 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘮𝘶, 𝘬𝘰𝘴 𝘯𝘰𝘬 𝘣𝘢𝘺𝘰𝘳 𝘖𝘛 𝘯𝘢𝘪𝘬, 𝘫𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘮𝘶 𝘱𝘶𝘭𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘬 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘯𝘢𝘬 𝘪𝘴𝘪 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯. 𝘏𝘢𝘫𝘪 𝘐𝘴 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘯𝘢𝘬 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘫𝘢𝘸𝘢𝘣 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢.”
Stopa angkat cawan dengan muka bersalah sambil minta maaf. Abuya terus balas,
“𝘚𝘰𝘳𝘳𝘺 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘭𝘢 𝘩𝘰𝘵𝘢𝘬 𝘮𝘶,”
Diorang berdua sama-sama gelak seolah-olah dah tak ingat dunia. Sekurang-kurangnya pagi tu benda yang diorang takutkan selama tiga minggu ni dah tak perlu difikirkan lagi.
Agumon p**a dari tadi masih berkepit dengan Stopa. Sekejap dia pegang pergelangan tangan, sekejap tarik hujung baju, lepas tu sandar balik dekat badan Stopa; Stopa layan je sebab dah hampir tiga minggu terpisah, takkan baru jumpa balik nak marah beruk tu nak bermanja.
Lebih kurang dua puluh minit kemudian, kedengaran orang ketuk pintu apartment. Stopa dah boleh agak siapa yang sampai, jadi dari jauh lagi dia dah jerit,
“𝘓𝘢𝘯, 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘢𝘩! 𝘗𝘪𝘯𝘵𝘶 𝘬𝘢𝘸𝘦 𝘥𝘰𝘱 𝘬𝘶𝘯𝘤𝘪 𝘱𝘶𝘯 𝘵𝘶”
Lan membuka pintu dengan muka sengih-sengih macam kerang busuk. Baru beberapa langkah masuk, dia mula mengusik member yang hampir tiga minggu menghilang tu.
“𝘞𝘦𝘪. 𝘉𝘢𝘭𝘪𝘬 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘬𝘢𝘶. 𝘈𝘬𝘶 𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘢𝘬 𝘴𝘢𝘮𝘣𝘶𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘸𝘢 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘵 𝘈𝘭𝘢𝘮 𝘉𝘶𝘯𝘪𝘢𝘯.”
Stopa gelak sambil tunjuk jari tengah.
“𝘒𝘦𝘱𝘢𝘭𝘢 𝘩𝘰𝘵𝘢𝘬 𝘥𝘦𝘮𝘰. 𝘒𝘢𝘸𝘦 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳 𝘥𝘦𝘮𝘰 𝘱𝘶𝘯 𝘯𝘺𝘢𝘳𝘪𝘴 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘢𝘺𝘰𝘳 𝘥𝘦𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵 𝘣𝘪𝘭𝘪𝘬 𝘴𝘦𝘸𝘢 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪 7 𝘬𝘢𝘬𝘪 𝘭𝘦𝘣𝘰𝘳 2 𝘬𝘢𝘬𝘪.”
“𝘉𝘢𝘣𝘪.”
Abuya dekat sebelah cuma mampu geleng kepala. Seorang baru balik daripada Alam Bunian, seorang lagi dua minggu lepas staff ICU dah mula prepare nak uruskan jenazah, tapi bila dua ekor ni berjumpa, lima saat pertama dah boleh sambung maki macam tak pernah ada apa-apa berlaku.
Lan sempat pandang Abuya dan angkat tangan.
“𝘗𝘰𝘬 𝘠𝘢, 𝘴𝘰𝘳𝘳𝘺 𝘬𝘢𝘸𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘮𝘣𝘢𝘵 𝘴𝘪𝘬𝘪𝘵 𝘵𝘢𝘥𝘪.”
“𝘏𝘢𝘢𝘢, 𝘥𝘶𝘥𝘶𝘬 𝘭𝘢𝘩.”
Masa itulah Stopa mula rasa genggaman Agumon dekat lengan dia berubah. Tadi elok beruk tu bersandar rapat dekat sebelah dia, sekarang jari-jarinya mula mencengkam kain baju Stopa sampai berkerut, manakala badan dia dah bergerak sedikit ke belakang.
Stopa sangka Agumon nak mengamuk. Sebelum ni kalau ada benda supernatural yang dia tak s**a, memang cepat je perangai agresif dia keluar. Tapi kali ni macam lain sikit reaksi dia.
Bulu tengkuk Agumon mula tegak dan telinga dia rapat ke belakang. Agumon cuba menyorok. Beruk tu gerakkan badan sampai separuh tubuhnya terlindung di belakang bahu Stopa. Dia masih nak tengok Lan, cuma setiap kali kepala terjulur sedikit daripada tepi badan Stopa dan pandangan mata Lan jatuh tepat ke arah dia, Agumon akan rapat balik ke belakang sambil genggam lengan Stopa dengan makin kuat.
Stopa pegang tangan Agumon yang dah kedutkan baju dia.
“𝘌𝘩, 𝘣𝘢𝘬𝘱𝘰 𝘮𝘶 𝘯𝘪? 𝘚𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘦 𝘬𝘢𝘸𝘦 𝘮𝘶 𝘱𝘦𝘨𝘦𝘺 𝘭𝘢𝘨𝘶 𝘵𝘶.”
Lan pun perasan Agumon asyik mengintai daripada belakang Stopa. Dia berhenti dekat tengah ruang tamu dan pandang beruk tu beberapa saat. Lan tanya,
“𝘈𝘱𝘦𝘩𝘢𝘭 𝘥𝘪𝘢 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘰𝘬 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘵𝘶?”
Abuya tengok Lan, lepas tu tengok Agumon. Setakat yang dia nampak, tak ada benda pelik pun dengan budak tu. Muka masih sama, suara pun sama, siap masuk rumah terus gurau kasar dengan Stopa macam biasa.
“𝘔𝘢𝘺𝘣𝘦 𝘥𝘪𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘭 𝘬𝘢𝘶 𝘬𝘰𝘵, 𝘓𝘢𝘯. 𝘋𝘪𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘬𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘯𝘪.”
Masuk akal jugak explanation tu. Stopa tepuk tangan Agumon perlahan sambil cuba pujuk beruk tu untuk keluar sikit daripada belakang badan dia.
“𝘋𝘰𝘱 𝘱𝘢𝘺𝘰𝘩 𝘵𝘢𝘬𝘶𝘵. 𝘕𝘪 𝘓𝘢𝘯, 𝘴𝘢𝘪𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘸𝘦. 𝘋𝘪𝘰 𝘥𝘰𝘱 𝘮𝘢𝘬𝘦𝘺 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘬.”
Lan tergelak kecil dengar Stopa cakap macam tu dan mula berjalan ke kerusi bertentangan sofa. Agumon masih cuba menyorok, tapi perasaan ingin tahu membuatkan dia jenguk lagi sekali daripada belakang bahu Stopa. Kali ni mata Agumon bertentang betul-betul dengan mata Lan.
Badan beruk tu terus mengeras di sisi Stopa. Kepala dia ditarik semula ke belakang bahu Stopa sehinggakan hampir seluruh mukanya terlindung, manakala dua-dua belah tangan dia sekarang dah melilit lengan Stopa macam orang takut kena tinggal sorang-sorang.
Bunyi yang keluar daripada tekak Agumon pun berubah. Pendek, perlahan dan tertahan-tahan, bukan bunyi marah atau nak menyerang sesiapa. Bunyi seolah-olah ketakutan.
Stopa usap kepala Agumon sambil ketawa kecil sebab dia masih ingat beruk tu sekadar cuak tengok orang yang tak pernah dia jumpa.
“𝘋𝘰𝘩 𝘭𝘢𝘩. 𝘋𝘪𝘰 𝘣𝘶𝘬𝘦𝘺 𝘯𝘰𝘬 𝘮𝘢𝘬𝘦𝘺 𝘮𝘶.”
Lan tersenyum dengar ayat Stopa tu. Dia duduk dan mula sambung bersembang pasal kep**angan Stopa, manakala Abuya pun kembali melayan cerita dua orang tu sambil minum cakoroi.
Cuma Agumon masih tak relaks.
Sepanjang Lan duduk kat situ, tangan Agumon tak pernah betul-betul lepas daripada lengan Stopa. Setiap kali perhatian Stopa dan Abuya beralih kepada benda lain, Agumon akan curi-curi pandang ke arah Lan, dan hampir setiap kali juga dia akan cepat-cepat tunduk sebaik sedar Lan sedang memandang balik.
Bagi Stopa dan Abuya, mungkin Agumon cuma belum biasa dengan orang baru. Tapi daripada cara beruk tu menggigil setiap kali bertentang mata dengan Lan, tak nampak macam dia tengah nak kenal siapa depan dia tu, tapi, dia ketakutan dengan apa yang dia nampak.
𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗡𝗚...