Rabie Kaussar

Rabie Kaussar Kaussar Minuman Botani Probiotik dan Prebiotik

Apa kita nak buat kalau anak demam panas tiba-tiba waktu malam?Risau kan kalau demam anak tak kebah sampai esok pagi tak...
21/11/2024

Apa kita nak buat kalau anak demam panas tiba-tiba waktu malam?
Risau kan kalau demam anak tak kebah sampai esok pagi takkan kita nak MC lagi? Asyik MC sebab anak demam, apa p**a kata boss nanti.

Tapi anak p**a demam bukan biasa-biasa, panas teruk.

Tenang ibu ayah. Ini tips untuk ibu ayah. Simpan tips ini elok-elok. Apa ibu ayah boleh buat bila anak demam panas :

1) Pastikan anak betul-betul demam. Biasanya badan anak akan rasa lebih panas menjelang tengah malam. Atau, anak anda jadi lesu, meragam atau nampak keliru luar dari kebiasaan. Bila cek suhu badan, suhu dah lebih 37.5’C. Dan demam itu akan dianggap tinggi jika suhu badan anak-anak mencecah lebih 38.5’C. Kadang-kadang badan hanya panas kerana perubahan cuaca, bukannya demam. Jadi ibu ayah perlu periksa suhu badan bagi memastikannya.

2) Tukarkan pakaian anak kepada yang selesa. Pakaikan pakaian yang nipis dan sejuk bagi memudahkan haba keluar dari badan. Jangan bungkus anak dengan selimut tebal atau baju tebal. Jangan paksa anak berpeluh begitu, itu membahayakan anak sebenarnya.

3) Anak-anak yang dilanda demam tinggi memerlukan lebih banyak cecair. Itu sebabnya jika anak kita warded di hospital, anak akan dimasukkan dengan ‘air’ di tangan. Jika di rumah, kita boleh berikan air kosong dengan kerap secara perlahan-lahan. Jika boleh, bawa anak mandi dengan menggunakan air pada suhu bilik. Elakkan menggunakan air berais – itu akan menyebabkan suhu badan meningkat lebih tinggi.

4) Pengambilan probiotik. Probiotik membantu meningkatkan sistem imun dan mengembalikan keseimbangan flora usus yang mungkin terganggu oleh kehadiran bakteria jahat yang banyak. Suplemen Probiotik yang bersesuaian dapat membantu anak pulih lebih cepat. Probiotik (bakteria baik) akan memerangi bakteria jahat, dan meningkatkan imun badan menjadi lebih baik. Bagaimanapun, jika anak anda ada mengambil ubatan lain, disarankan berbincang terlebih dahulu dengan doktor mengenai pengambilan probiotik.

5) Lap badan anak dengan kain yang kita basahkan dengan air pada suhu bilik. Itu akan membantu suhu badan anak turun lebih cepat. Panas dari dalam badan akan timbul ke permukaan dan di bawa keluar dari badan setiap kali kita mengelap badan anak. Ingat! Basahkan dengan air pada suhu bilik, bukannya air panas atau air berais. Ikthiar ini juga dikenali sebagai tepid sponging.

6) Biarkan anak berehat. Pastikan anak dapat tidur yang cukup. Tidak perlu memaksa anak-anak kekal aktif jika mereka sudah tidak larat lagi. Bantu mereka memulihkan selera makan secara perlahan-lahan dengan makanan berkhasiat.

7) Pantau gejala lain. Jika timbul tanda seperti ruam, muntah-muntah atau susah bernafas, cepat dapatkan rawatan di hospital. Jangan berlengah lagi.

😎 Pergi ke klinik atau hospital jika demam masih tidak turun dan demam jadi berpanjangan. Apatah lagi jika suhu badan hampir mencecah 40’C. Wajib cepat ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

9) Kekal tenang dan sabar. Ibu ayah mesti kekal tenang supaya dapat memantau anak dengan baik.

Pastikan ibu ayah memantau anak-anak yang demam sebaiknya. Jangan pandang enteng akan demam panas kerana kita tidak mahu membiarkan demamnya meningkat terlalu tinggi hingga membawa kepada risiko sawan dan lain-lain.

Dengan langkah pencegahan awal, insya-Allah demam anak boleh kebah lebih cepat. Kita pun tidak risau demamnya jadi berpanjangan. Bantu anak untuk recover lebih cepat dengan langkah-langkah di atas.

Kami mendoakan ibu ayah kekal tenang ketika menangani anak-anak yang demam tinggi pada waktu malam. Semoga anak-anak kita terhindar dari penyakit berbahaya dan demam yang teruk. Amin..

20/11/2024

25/05/2024

Anak kau ni lemah la bab sukan..
Anak kau lembab study..
Macam - macam tuduhan dibuat dekat anak kita.
Kita p**a sejenis parent yang tak reti handle situation ni. Balik terus marah - marah anak suruh study, suruh bersukan, suruh itu ini..
Dengan sebab nak suruh dia jadi pandai dan TAKNAK ORANG LAIN mengata dekat anak kita.
Pendekatan dan mindset ni salah ye tuan-tuan.
Jom dengar ulasan saya berkenaan hal ini.😍🥰.

21/05/2024

Bagaimana persepsi membentuk cara kita bertindak?
Ada kalanya kebiasaan kita berbuat sesuatu adalah disebabkan cara kita memandang perkara tersebut.
Anak kita fail exam. Kita anggap dia lemah.
Anak kita malu bercakap depan orang ramai. Kita anggap dia pemalu.
Anak kita tak pandai main bola. Kita anggap dia kaki bangku.
Sebenarnya mungkin itu yang kita nampak, tapi sebenarnya, mungkin ada potensi lain yang belum kita tahu disebabkan terlalu awal kita meletakkan persepsi pada anak kita.

19/05/2024

Astronout menggunakan tenaga super tinggi utk terbang ke angkasa.
Manusia pun kena guna tenaga yang extra power untuk tinggalkan habit buruk kepada habit baru yang bagus untuk diri.

BETUL KE EMOSI ANAK-ANAK ASMA LEBIH SENSITIF BERBANDING ANAK BIASA?Kanak-kanak yang menghidap asma akan mengalami ganggu...
17/05/2024

BETUL KE EMOSI ANAK-ANAK ASMA LEBIH SENSITIF BERBANDING ANAK BIASA?
Kanak-kanak yang menghidap asma akan mengalami gangguan emosi dan tingkahlaku berbanding kanak-kanak lain. Gangguan tersebut termasuklah:
- Anxiety
- Depression
- Masalah fokus
- Prestasi sekolah yang lemah
- Masalah efektif
- ADHD
- Masalah tidur
- Masalah dalaman dan luaran
- Rasa kesunyian
Mengikut WHO, asma menyebabkan kanak-kanak rasa tertekan dan ada keinginan dia yang susah hendak dicapai disebabkan sakit asma. Kanak-kanak tersebut akan mengalami konfliks dalaman dirinya sendiri.
Asma juga boleh menyebabkan gejala harian yang boleh mengganggu permainan kanak-kanak, sukan, sekolah, dan tidur

BAGAIMANA NAK TAHU PARU-PARU ANAK SAYA OK, TAKDE ASMA ?Mereka yang memiliki paru-paru yang sihat biasanya boleh menahan ...
15/05/2024

BAGAIMANA NAK TAHU PARU-PARU ANAK SAYA OK, TAKDE ASMA ?
Mereka yang memiliki paru-paru yang sihat biasanya boleh menahan nafas antara 30-60 saat.
Keputusan yang lemah dalam Ujian Menahan Nafas boleh menunjukkan tanda awal sistem pernafasan yang sempit atau dikenali sebagai Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD). COPD menyebabkan masalah pernafasan yang serius, berpanjangan dan boleh menjadi lebih parah.
Ketahui tahap kesihatan paru-paru anak anda dengan melakukan ujian mudah! Minta anak anda tarik nafas dalam-dalam dan tahan nafas selama yang dia boleh.
Kira berapa saat anak anda boleh tahan nafas dan lihat keputusannya.
Lemah (0 - 30 saat) : Ini mungkin tanda awal bahawa fungsi paru-paru sedang merosot.
Sederhana (30 - 40 saat) : Paru-paru anak anda sihat. Namun, jangan mudah berpuas hati. Teruskan dengan gaya hidup yang sihat.
Luar Biasa (30 - 60 saat) : Tahniah! Paru-paru anak anda berada dalam keadaan optimal.

Sumber Doctoroncall.com.my

15/05/2024

Buku 7 habits menceritakan sesuatu yang nampak simple.
Kalau dibaca tajuk je, mungkin org cakap biasa je buku ni.
Tapi kita tak tahu, sebenarnya ramai yang telah membaca dan praktis ilmu buku tu dan mengubah diri dia menjadi luar biasa.
Ada berpangkat jeneral, doktor, CEO, guru besar,penerbit buku dan ramai lagi yang memberikan penghargaan sebab merubah hidup mereka.
Kita yg cap ayam ni pun kena ambil langkah hari ini untuk lebih maju ke depan.
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Itulah orang beruntung.
Stay Strong.

SAYA RELA TUTUP KEDAI BURGER DEMI JAGA ANAK ASMA.Ada kisah dari seorang ibu yang juga peniaga gerai burger. Anaknya kena...
14/05/2024

SAYA RELA TUTUP KEDAI BURGER DEMI JAGA ANAK ASMA.
Ada kisah dari seorang ibu yang juga peniaga gerai burger. Anaknya kena serangan asma yang teruk. Mana tidaknya, Hari Raya baru ni dah 2 kali kena serangan asma. Tapi kalini lebih teruk serangan asma sebab kena xray. Result xray tu p**ak tak sedap nak tengok..
Anak dia penat sebab selalu kena serangan asma. Memanglah kan, kalau orang dewasa pun tak larat, inikan p**a budak.
Nanti diorang rancang nak jumpa pakar sakit asma p**a. Untuk buat rawatan lebih terperinci yang boleh merawat sakit anaknya.
Ibu ni pun minta maaf dekat semua pelanggan Garage Burger miliknya sebab terpaksa tutup operasi kedainya dulu. Kalau ikutkan boleh je dia buka kedai tapi, hati ibu mana boleh fokus nanti. Dia nak setel dulu anaknya dulu. Nanti dah tenang sikit, baru operasi semula.

Address

Sungai Buloh
Sungai Buloh
47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rabie Kaussar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share