Klinik Anda 24 Jam Semenyih

Klinik Anda 24 Jam Semenyih ๐Ÿฅ CAWANGAN KLINIK ANDA 24 JAM SEMENYIH (1373536-T)
๐Ÿ“ž03-87244234 / 013-7124234
๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธDOKTOR WANITA

MERDEKA DARIPADA PENYAKIT YANG BOLEH DICEGAH! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจErti kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi juga ...
31/08/2026

MERDEKA DARIPADA PENYAKIT YANG BOLEH DICEGAH! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Erti kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi juga membebaskan diri dan keluarga daripada belenggu penyakit yang boleh dicegah!

Ramai antara kita terlupa bahawa kesihatan adalah benteng utama kehidupan. Penyakit berjangkit mahupun penyakit kronik sering membelenggu tanpa kita sedari.

Sempena bulan kemerdekaan ini, ayuh kita capai "Kemerdekaan Kesihatan" melalui 4 langkah mudah ini:

Vaksinasi Lengkap โ€“ Lindungi diri & cegah penyakit berjangkit.
Makan Secara Sihat โ€“ Amalkan Suku-Suku Separuh, kurangkan gula & garam.
Kekal Aktif โ€“ Bersenam 30 minit sehari untuk tingkatkan stamina.
Saringan Kesihatan Berkala โ€“ Kenali status kesihatan & cegah risiko awal.

Ingat, kesihatan keluarga anda adalah keutamaan kami. JOM BEBAS! BEBAS PENYAKIT, BEBAS HIDUP! โค๏ธ

"Sebuah negara tidak dibina dalam sehari. Ia dibina dengan pengorbanan." ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSempena Hari Kebangsaan ke-69, mari kita sama...
30/08/2026

"Sebuah negara tidak dibina dalam sehari. Ia dibina dengan pengorbanan." ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena Hari Kebangsaan ke-69, mari kita sama-sama menghayati erti kebebasan dan perjuangan mereka yang terdahulu. Semoga Malaysia kekal aman, makmur, dan bersatu padu.

Selamat Menyambut Hari Merdeka dari kami di Klinik Anda 24 Jam!

๐Ÿ“ Klinik kami beroperasi 24 jam seperti biasa sepanjang cuti umum ini untuk memastikan kesihatan anda dan keluarga sentiasa terjaga.

Selamat bercuti sekolah buat semua adik-adik! ๐Ÿฅณ๐ŸŽ‰Nak jalan-jalan atau balik kampung, pastikan kesihatan sekeluarga sentia...
29/08/2026

Selamat bercuti sekolah buat semua adik-adik! ๐Ÿฅณ๐ŸŽ‰

Nak jalan-jalan atau balik kampung, pastikan kesihatan sekeluarga sentiasa terjaga. Tapi kalau tiba-tiba si kecil rasa demam, batuk, atau ada sebarang kecemasan ringan, jangan risau!

Klinik Anda 24 Jam tetap beroperasi 24 JAM SEPERTI BIASA sepanjang cuti penggal ini (29 Ogos - 5 September 2026). Kesihatan anda dan keluarga keutamaan kami! ๐Ÿ’™โœจ

๐Ÿ“ Cawangan Kami:
๐Ÿ“ž Sungai Besar: 013-375 2334
๐Ÿ“ž Prima Saujana: 012-344 5334
๐Ÿ“ž Semenyih: 013-712 4234

Ramai yang anggap tak sakit maksudnya badan fully sihat. Hakikatnya, banyak masalah kesihatan dalaman seperti tekanan da...
08/08/2026

Ramai yang anggap tak sakit maksudnya badan fully sihat. Hakikatnya, banyak masalah kesihatan dalaman seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol tidak menunjukkan sebarang tanda awal.

Lakukan health screening secara berkala untuk ketahui status kesihatan sebenar anda. Mencegah dari awal sentiasa lebih baik!

Jari selalu tersangkut atau sukar diluruskan? ๐Ÿค”Mungkin ia bukan sekadar lenguh biasa.Ini mungkin tanda Trigger Finger (J...
27/07/2026

Jari selalu tersangkut atau sukar diluruskan? ๐Ÿค”
Mungkin ia bukan sekadar lenguh biasa.

Ini mungkin tanda Trigger Finger (Jari Tersangkut) โ€” keadaan apabila tendon jari mengalami keradangan atau gangguan pergerakan, menyebabkan jari terasa seperti โ€œterkunciโ€ atau tersangkut ketika dibengkokkan dan diluruskan.

Antara faktor yang boleh menyumbang kepada trigger finger termasuk:

๐Ÿ”น Keradangan pada sarung tendon jari
๐Ÿ”น Keadaan kesihatan seperti diabetes atau arthritis
๐Ÿ”น Pergerakan jari yang berulang, terutama dalam kerja fizikal, menaip atau menjahit

โš ๏ธ Jika jari kerap tersangkut, sakit atau semakin sukar digerakkan, jangan abaikan.

Dapatkan pemeriksaan doktor untuk mengetahui punca dan rawatan yang sesuai.

๐Ÿ“ Klinik Anda 24 Jam
Sungai Besar | Prima Saujana | Semenyih

๐ŸŽ‰ JOM SUNAT CUTI SEKOLAH! ๐ŸŽ‰Cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk merancang sunat si kecil dengan lebih tenang dan t...
27/07/2026

๐ŸŽ‰ JOM SUNAT CUTI SEKOLAH! ๐ŸŽ‰

Cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk merancang sunat si kecil dengan lebih tenang dan teratur. ๐Ÿฉบโœจ

โœ… Dikendalikan oleh doktor berpengalaman
โœ… Termasuk konsultasi doktor & ubat-ubatan
โœ… Prosedur yang selamat dan terkawal

๐Ÿ“ฒ Slot kini dibuka di cawangan terpilih!
Hubungi cawangan pilihan anda untuk semak tarikh program dan kekosongan slot.

Jangan tunggu sehingga slot penuh!

๐Ÿ“ Klinik Anda 24 Jam
Sungai Besar | Prima Saujana | Semenyih

โ€œAnak Batuk Sikit Je, Tapi Kenapa Doktor Minta Nebulizer?โ€Malam semalam, seorang ibu cemas datang ke klinik. Dalam dakap...
23/07/2026

โ€œAnak Batuk Sikit Je, Tapi Kenapa Doktor Minta Nebulizer?โ€
Malam semalam, seorang ibu cemas datang ke klinik. Dalam dakapannya, si kecil umur 2 tahun sedang merengek.

Bila dengar nafasnya... ada bunyi 'ngik... ngik...'

Ibunya kata, "Doktor, dia batuk biasa je dari semalam. Tapi malam ni nampak dada dia macam kempis masuk ke dalam bila bernafas, nafas pun laju sangat."

Bila diperiksa, saluran nafas si kecil rupa-rupanya dah mula sempit. Masa itulah doktor sediakan rawatan Nebulizer.

Ibu-ibu, ayah-ayah... ramai ingat nebulizer ni untuk semua jenis batuk biasa. Sebenarnya TIDAK.

Bila Anak Sebenarnya Perlu Nebulizer?
Nebulizer berfungsi menukarkan ubat cecair kepada wap halus supaya ubat terus masuk ke paru-paru untuk:

๐ŸŸ Membuka saluran nafas yang sempit.
๐ŸŸ Mencairkan kahak yang tebal.
๐ŸŸ Meredakan sesak nafas (seperti serangan asma atau bronchiolitis pada bayi).

โš ๏ธ TANDA BAHAYA: Jangan Lengah, Segera ke Klinik/Hospital!
Jika nampak anak ada tanda-tanda ini, terus bawa jumpa doktor:

๐Ÿšจ Nafas terlalu laju & tercungap-cungap.
๐Ÿšจ Dada berombak (kulit dada tertarik ke dalam bawah tulang rusuk).
๐Ÿšจ Bunyi bernafas berdehit ('ngik-ngik').
๐Ÿšจ Bibir atau kuku mula kebiruan.
๐Ÿšจ Lemas, mengantuk, atau sukar dibangunkan.
๐Ÿšจ Tak mahu menyusu/minum langsung sebab terlalu sesak nafas.

Jangan sesekali guna nebulizer di rumah tanpa pemeriksaan dan arahan dos daripada doktor terlebih dahulu.

โณ Bila kali terakhir anda 'check-up' kesihatan diri?Dalam kesibukan harian, kita sering terlupa untuk memberi perhatian ...
21/07/2026

โณ Bila kali terakhir anda 'check-up' kesihatan diri?

Dalam kesibukan harian, kita sering terlupa untuk memberi perhatian kepada tubuh badan sendiri. Ujian darah dan air kencing secara berkala (6โ€“12 bulan sekali) amat penting untuk memastikan badan anda sentiasa di tahap terbaik.

Cegah sebelum terlambat. Jaga kesihatan anda demi insan tersayang โค๏ธ

Singgah ke Klinik Anda 24 Jam hari ini โ€” kami sedia membantu memantau kesihatan anda dan keluarga!

๐Ÿ“ฒ Hubungi cawangan kami untuk maklumat lanjut!

04/07/2026

Part 2๏ธโƒฃ: Jackknife Squat ๐Ÿ”ฅ

Mudah, mesra beginner dan boleh dilakukan di rumah! ๐Ÿ’ช

Jom cuba dan rasai sendiri! ๐Ÿ‘Š

๐Ÿ“– MY HEALTH JOURNEYSetiap perubahan besar bermula dengan satu langkah kecil.Selamat datang ke permulaan perjalanan yang ...
04/07/2026

๐Ÿ“– MY HEALTH JOURNEY
Setiap perubahan besar bermula dengan satu langkah kecil.
Selamat datang ke permulaan perjalanan yang lebih sihat. ๐Ÿ’š

Address

No 23-G & 25-G, Jalan TPS 1/6
Taman Pelangi Semenyih
43500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Anda 24 Jam Semenyih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Anda 24 Jam Semenyih:

Shortcuts

Share