Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah - Page Rasmi

Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah - Page Rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah
Jalan Pasir Mas
17500 Tanah Merah, Kelantan

Pemeriksaan Premis Aedes atau PPA merupakan satu aktiviti  dalam pencegahan dan pengawalan  wabak denggi. Ia dilakukan o...
29/07/2026

Pemeriksaan Premis Aedes atau PPA merupakan satu aktiviti dalam pencegahan dan pengawalan wabak denggi. Ia dilakukan oleh pasukan kawalan daripada pejabat kesihatan daerah apabila terdapat kejadian demam denggi di satu- satu lokaliti/ kawasan.
Kerjasama daripada ahli masyarakat sangat penting supaya PPA yang dibuat sempurna dan 100% berkesan.



Bahaya Campak & Rubella: Lindungi Anak-Anak Kita! ๐Ÿฆ โ€‹Jangan pandang remeh pada demam biasa. Virus measles dan rubella ini...
28/07/2026

Bahaya Campak & Rubella: Lindungi Anak-Anak Kita! ๐Ÿฆ 

โ€‹Jangan pandang remeh pada demam biasa. Virus measles dan rubella ini sangat licik dan agresifโ€”malah, 1 orang pesakit boleh menjangkiti sehingga 18 orang lain di sekeliling mereka!

โ€‹Bagaimana ia berjangkit?
Cukup mudah. Hanya melalui batuk, bersin, atau apabila kita tersentuh permukaan yang ada virus.

โ€‹Komplikasi yang menakutkan:
Jika dibiar tanpa rawatan, ia bukan setakat demam biasa. Ia boleh menyerang organ penting dan menyebabkan:

โ€‹๐Ÿง  Radang otak
โ€‹๐Ÿซ Radang paru-paru
โ€‹๐Ÿ‘๏ธ Kebutaan
โ€‹โšฐ๏ธ Kematian

โ€‹Jom Ambil Tahu Gejalanya (Ikut Hari):

โ€‹๐Ÿค’ Hari 7โ€“10: Demam mula melonjak tinggi, batuk, selesema, dan mata merah.

โ€‹๐Ÿ‘„ Hari 10โ€“12: Mula nampak tompok putih kecil di dalam mulut.

โ€‹๐Ÿ”ด Hari 12โ€“14: Ruam merah mula naik di muka dan merebak ke seluruh badan.

โ€‹Jangan tunggu sehingga keadaan melarat. Kenali simptom awal dan lindungi keluarga kita sekarang.



Sumber: FB Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Khutbah Jumaat 24 Julai 2026 di Kelantan berkaitan Denggi. ๐Ÿ•Œ MEMELIHARA NYAWA, TANGGUNGJAWAB AGAMAKesihatan bukan sekada...
24/07/2026

Khutbah Jumaat 24 Julai 2026 di Kelantan berkaitan Denggi.

๐Ÿ•Œ MEMELIHARA NYAWA, TANGGUNGJAWAB AGAMA

Kesihatan bukan sekadar urusan diri, tetapi satu amanah daripada Allah. Menjaga nyawa adalah antara tuntutan utama Islam (Hifz al-Nafs).

๐ŸฆŸ Cegah Denggi, Selamatkan Nyawa
โœ… Luangkan 10 minit seminggu untuk cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk.
โœ… Tutup bekas takungan air.
โœ… Buang air bertakung.
โœ… Bersihkan persekitaran rumah.

๐Ÿค’ Kenali tanda awal denggi
โ€ข Demam tinggi mengejut
โ€ข Sakit kepala
โ€ข Sakit otot dan sendi
โ€ข Ruam

โš ๏ธ Jika mengalami tanda amaran seperti sakit perut yang teruk, muntah berterusan, pendarahan atau terlalu lemah, segera ke fasiliti kesihatan.

๐Ÿ’ง Jika disahkan denggi:
โ€ข Rehat secukupnya.
โ€ข Minum air yang banyak.
โ€ข Elakkan aspirin dan ibuprofen kecuali atas nasihat doktor.

๐Ÿค Mencegah penyakit ialah tanggungjawab bersama. Rumah yang bersih, persekitaran yang selamat dan masyarakat yang prihatin mampu memutuskan rantaian penularan denggi.

"Mencegah lebih baik daripada merawat. Bersama kita pelihara nyawa, keluarga dan komuniti." ๐ŸŒฟ๐Ÿฉบ

Sumber asal: 302026-memelihara-nyawa-tanggungjawab-agama.pdf



Program Jelajah Larian Obor Kesihatan Mental๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ”ŠTarikh : 23.07.2026 @ Khamis๐Ÿ”ŠMasa : 7.30 p...
24/07/2026

Program Jelajah Larian Obor Kesihatan Mental
๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ”ŠTarikh : 23.07.2026 @ Khamis
๐Ÿ”ŠMasa : 7.30 pagi
๐Ÿ”ŠTempat : Dataran Sri Pechong, Tanah Merah
Perasmian ini disempurnakan oleh:
Yang Berusaha Dr Nik Aida binti Nik Adib
Pegawai Kesihatan Daerah Tanah Merah
Diiringi. Turut hadir sama menjayakan program En Nazwan Bin Mohamed Nasir, Penggawa Daerah Bukit Panau mewakili Ketua Jajahan Daerah Tanah Merah dan Ustaz Ibrisam Bin Mohd Jalaludin
Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah

Hadir bersama dalam program ini adalah wakil daripada Majlis Daerah Tanah Merah sebagai rakan kerjasama bersama Bank Rakyat Tanah Merah yang tidak dapat hadir pada hari ini.
Wakil dari pelbagai agensi, NGO, Kelab Warga Emas, Panel Penasihat, serta orang awam turut hadir bagi memeriahkan lagi program pada hari ini.

Program Jelajah Larian Obor ini merupakan satu inisiatif simbolik yang melambangkan harapan, sokongan dan solidariti masyarakat terhadap individu yang terkesan akibat masalah kesihatan mental. Program ini turut bertujuan meningkatkan kesedaran awam, menggalakkan kefahaman masyarakat serta mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap individu yang mengalami masalah kesihatan mental.

Program pada hari ini mendapat sambutan yang baik di mana hampir 500 orang peserta telah terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti ;
๐Ÿ”น Larian Fun Run & Fun Walk dengan jarak 5.4 Km
๐Ÿ”น Sesi interaktif bersama Pakar Kesihatan, ๐Ÿ”นPameran Kesihatan dan Jemputan
๐Ÿ”น Aktiviti cabutan bertuah.

Tahniah diucapkan kepada yang bertuah.

Obor Harapan Kesihatan Mental diserahkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Tanah Merah kepada kepada Pegawai Kesihatan Daerah Machang bagi meneruskan sokongan dan promosi harapan Kesihatan Mental.

Terima kasih๐Ÿ‘Œ๐Ÿป

Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) PKD Tanah Merah
Kesihatan Mental
Stigma, Kesihatan Mental Milik Semua

๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ”ŠTarikh : 23.07.2026 @ Khamis๐Ÿ”ŠMasa : 11.30 am...
23/07/2026

๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ”ŠTarikh : 23.07.2026 @ Khamis
๐Ÿ”ŠMasa : 11.30 am
๐Ÿ”ŠTempat : Medan Selera Kedai Nasi Kertas, Bazar Pechong, Tanah Merah

Perasmian ini disempurnakan oleh:
Yang Berusaha

โ–ถDr Nik Aida binti Nik Adib
Pegawai Kesihatan Daerah Tanah Merah

Diiringi
โ–ถDr Ahmad Zulfahmi bin Mohd Kamaruzaman, Pegawai Epidemilogi PKD Tanah Merah

Turut hadir bersama dalam kempen ini adalah wakil daripada Majlis Daerah Tanah Merah dan Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah

Antara aktiviti utama juga dilaksanakan adalah

๐Ÿฅ‡Penyerahan Sijil dan Plak Pengiktirafan Bersih dan Selamat kepada Pengusaha Medan Selera Kedai Nasi Kertas, Bazar Pechong, Tanah Merah

๐ŸฅˆPameran Keselamatan Makanan, Germbuster Permainan Interaktif, Pemakanan Sihat dan Dietetik

Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut pada 7 Jun setiap tahun. Edisi terkini membawa tema global "From Burden to Solutions โ€“ Safe Food Everywhere" (Daripada Bebanan kepada Penyelesaian โ€“ Makanan Selamat di Mana Jua) untuk mengurangkan penyakit bawaan makanan melalui tindakan dan penyelesaian kos efektif.

Terima kasih๐Ÿ‘Œ๐Ÿป
Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, PKD Tanah Merah









23/07/2026

PEMBERIAN BESS RESTORSAN NASI KERTAS TANAH MERAH

23/07/2026

PERASMIAN DAN GIMIK JELAJAH LARIAN OBOR PKD TANAH MERAH 2026

Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah telah menghantar pasukan untuk bantuan kawalan dan pencegahan wabak Denggi di daera...
23/07/2026

Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah telah menghantar pasukan untuk bantuan kawalan dan pencegahan wabak Denggi di daerah Kota Bharu bermula 19/7/26 sehingga 1/8/2026. Kawalan ini melibatkan kerja - kerja 'larvaciding' dan pemeriksaan premis Aedes (PPA) di lokaliti hotspot dan wabak tak terkawal. Semoga dengan bantuan ini dapat menurunkan kes demam denggi di daerah Kota Bharu.
"TIADA AEDES, TIADA DENGGI"


Kudis Buta atau Scabies. Apa perlu buat?kredit kepada sumber asal: Public Health Malaysia
22/07/2026

Kudis Buta atau Scabies. Apa perlu buat?

kredit kepada sumber asal: Public Health Malaysia



Kudis Buta atau Scabies. Utamakan kebersihan diri dan alatan yang digunakan sebagai langkah pencegahan atau mengawalnya ...
21/07/2026

Kudis Buta atau Scabies. Utamakan kebersihan diri dan alatan yang digunakan sebagai langkah pencegahan atau mengawalnya daripada menjadi teruk. Putuskan rantaian jangkitan. Terima kasih.



Address

Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah
Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099556333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah - Page Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share