Wellness Hub Muallim

Wellness Hub Muallim Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wellness Hub Muallim, Health & Wellness Website, Wellness Hub Muallim, Jalan Raja Itam, Tanjong Malim.

Wellness Hub merupakan pusat sehenti (one stop centre) yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan dan kesihatan yang komprehensif dan bersepadu kepada komuniti setempat.

TAKLIMAT KARNIVAL KECERGASAN HePiLI MUALLIM 202622 Julai 2026 (Rabu) – Telah berlangsung sesi Taklimat Karnival Kecergas...
27/07/2026

TAKLIMAT KARNIVAL KECERGASAN HePiLI MUALLIM 2026

22 Julai 2026 (Rabu) – Telah berlangsung sesi Taklimat Karnival Kecergasan HePiLI Muallim 2026 di Serambi Santai Sihat, Wellness Hub Muallim yang memfokuskan kepada Pertandingan Lompat Tali Kelab Doktor Muda. Taklimat ini bertujuan memberi penerangan berkaitan format pertandingan, syarat penyertaan, aspek pemarkahan serta perjalanan program kepada guru penyelaras dan peserta yang terlibat. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha HePiLI dalam membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan dalam kalangan murid sekolah.

Taklimat ini telah disertai oleh wakil daripada dua buah sekolah yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Diharapkan program ini dapat meningkatkan kecergasan fizikal, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan antara peserta, guru dan pihak penganjur.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Dr. Siew Qui Hen bersama rakan-rakan atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman serta memberikan tunjuk ajar sepanjang sesi taklimat. Penghargaan turut dirakamkan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan sesi taklimat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Semoga Karnival Kecergasan HePiLI Muallim 2026 berjalan lancar dan mencapai objektif dalam melahirkan generasi yang lebih aktif, cergas dan mengamalkan gaya hidup sihat.

23/07/2026

Jom Mulakan Hari Dengan Regangan Badan! πŸ’ͺ

Luangkan hanya 5 minit bersama Coach Adam di Wellness Hub Muallim untuk melakukan senaman regangan badan.

Regangan badan sebelum memulakan aktiviti harian dapat membantu:
βœ… Meningkatkan fleksibiliti badan
βœ… Mengurangkan kekejangan otot
βœ… Melancarkan peredaran darah
βœ… Mengurangkan risiko kecederaan
βœ… Menyediakan badan dan minda untuk kekal cergas sepanjang hari

Tekan butang Play dan ikuti setiap pergerakan bersama Coach Adam. Jadikan regangan badan sebagai rutin harian anda untuk kehidupan yang lebih aktif dan sihat.

Wellness Hub Muallim – Ke Arah Gaya Hidup Sihat.

LATIHAN PENGHASILAN PODCAST DI STUDIO WELLNESS HUB MUALLIM20 Julai 2026 (ISNIN) – Telah berlangsung sesi Latihan Penghas...
21/07/2026

LATIHAN PENGHASILAN PODCAST DI STUDIO WELLNESS HUB MUALLIM

20 Julai 2026 (ISNIN) – Telah berlangsung sesi Latihan Penghasilan Podcast bertempat di Bilik Studio Wellness Hub Muallim yang dikendalikan oleh staf Cawangan Promosi Kesihatan Negeri Perak.

Latihan ini telah disampaikan oleh Encik Amir Fahmi bin Abd. Rahman, Pereka B1, bersama Muhammad Yunus bin Ismail, Pembantu Kesihatan Awam, yang berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan penghasilan kandungan podcast secara profesional.

Latihan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menghasilkan kandungan podcast yang berkualiti, merangkumi penggunaan peralatan studio, teknik rakaman audio, penyediaan skrip, teknik penyampaian yang berkesan serta asas penyuntingan audio.

Program ini merupakan satu inisiatif bagi memperkasakan penyampaian mesej promosi kesihatan melalui platform digital yang lebih kreatif, menarik dan mudah diakses oleh masyarakat. Melalui latihan ini, peserta didedahkan kepada teknik-teknik penghasilan podcast yang mampu menyampaikan maklumat kesihatan secara lebih berkesan dan profesional.

Wellness Hub Muallim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cawangan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak atas perkongsian ilmu, bimbingan dan kepakaran sepanjang sesi latihan ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam menghasilkan kandungan promosi kesihatan yang berkualiti serta memberi impak positif kepada masyarakat.

πŸƒβ€β™€οΈ PROGRAM IFitEr: Explorace KiBaRπŸ₯—πŸ“… 18 Julai 2026πŸ•— 8.00 pagi – 12.00 tengah hariπŸ“Wellness Hub MuallimUnit Pemakanan, ...
21/07/2026

πŸƒβ€β™€οΈ PROGRAM IFitEr: Explorace KiBaRπŸ₯—

πŸ“… 18 Julai 2026
πŸ•— 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“Wellness Hub Muallim

Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Daerah Muallim dengan kerjasama Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Muallim telah berjaya menganjurkan Program IFitEr: Explorace KiBaR, sebuah aktiviti interaktif yang menggabungkan pembelajaran dan cabaran berkaitan pemakanan sihat, pengiraan kalori serta aktiviti fizikal.

KiBaR (Kira, Bakar, Rekod) merupakan inisiatif Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang menggalakkan masyarakat mengira kalori yang diambil, membakar kalori melalui aktiviti fizikal dan merekod pengambilan serta pembakaran kalori menggunakan aplikasi MyNutriDiari2. Semoga program ini terus menyemarakkan amalan gaya hidup sihat dan membantu mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD).

πŸ“’ JOM SERTAI KELAS TAI CHI WARGA EMAS! πŸ§˜β€β™€οΈβœ¨Ingin kekal aktif, sihat dan cergas walaupun usia semakin meningkat? Kini ma...
10/07/2026

πŸ“’ JOM SERTAI KELAS TAI CHI WARGA EMAS! πŸ§˜β€β™€οΈβœ¨

Ingin kekal aktif, sihat dan cergas walaupun usia semakin meningkat? Kini masanya untuk anda menyertai Kelas Tai Chi Warga Emas bersama Master Fam Loke Mooi.

Tai Chi merupakan senaman berimpak rendah yang sesuai untuk semua peringkat umur, khususnya warga emas. Ia membantu meningkatkan keseimbangan badan, menguatkan otot dan sendi, mengurangkan risiko jatuh, serta memberi ketenangan kepada minda.

πŸ“… Tarikh: 13 JULAI 2026 (Isnin)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 10.00 pagi
πŸ“ Tempat: Wellness Hub Muallim, Jalan Raja Itam, Tanjung Malim
πŸ’° Yuran: PERCUMA
πŸ‘₯ Terbuka kepada seluruh penduduk Daerah Muallim

Jangan lepaskan peluang untuk memulakan gaya hidup yang lebih sihat bersama keluarga dan komuniti. Ayuh luangkan hanya satu jam untuk kesihatan yang lebih baik!

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
πŸ“ž Sandra: 016-2444248

"Langkah Ringan, Hidup Sihat, Jiwa Bahagia."

✨ Program iFITER | Minggu Pertama Latihanβœ¨πŸ“… 8 Julai 2026Alhamdulillah, sesi latihan minggu pertama Program iFITER telah ...
10/07/2026

✨ Program iFITER | Minggu Pertama Latihan✨
πŸ“… 8 Julai 2026

Alhamdulillah, sesi latihan minggu pertama Program iFITER telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir, memberikan komitmen dan menunjukkan semangat yang luar biasa sepanjang sesi berlangsung. πŸ’ͺπŸ”₯

Setiap langkah kecil yang dimulakan hari ini adalah permulaan kepada perubahan yang lebih besar pada masa hadapan. Minggu pertama ini bukan sekadar latihan, tetapi juga peluang untuk belajar, membina keyakinan diri, mengeratkan kerjasama dalam pasukan dan mempersiapkan diri menghadapi cabaran yang akan datang.

Semoga semangat ini terus berkekalan hingga ke penghujung program. Terus berusaha, kekal konsisten dan sentiasa percaya bahawa kejayaan datang kepada mereka yang tidak mudah berputus asa.

Terima kasih sekali lagi kepada semua peserta, jurulatih dan pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi latihan pertama ini. Jumpa lagi pada latihan minggu seterusnya dengan semangat yang lebih tinggi! πŸš€βœ¨

πŸ’ƒβœ¨ ZUMBA BESTIE CLASS – PERCUMA! βœ¨πŸ’ƒLadies, jom luangkan satu jam untuk diri sendiri! πŸ’– Tinggalkan seketika rutin harian ...
07/07/2026

πŸ’ƒβœ¨ ZUMBA BESTIE CLASS – PERCUMA! βœ¨πŸ’ƒ
Ladies, jom luangkan satu jam untuk diri sendiri! πŸ’– Tinggalkan seketika rutin harian dan sertai Zumba Bestie Class yang penuh dengan keseronokan, tenaga positif dan semangat kebersamaan.
Tak kira anda baru nak mula bersenam atau memang minat Zumba, kelas ini sesuai untuk semua. Datang dengan senyuman, bawa semangat, dan ajak bestie, ibu, kakak, adik atau jiran untuk sama-sama berpeluh sambil menikmati irama muzik yang menyeronokkan. πŸŽΆπŸ’ƒ
πŸ“… Jumaat | 10 Julai 2026
πŸ•  5.30 petang – 6.30 petang
πŸ“ Wellness Hub Muallim, Jalan Raja Itam, Tanjung Malim
πŸŽ‰ Penyertaan adalah PERCUMA!
Jom amalkan gaya hidup sihat, tingkatkan kecergasan dan eratkan silaturahim dalam suasana yang ceria. Sweat Together, Shine Together! 🌸
Tag geng wanita anda dan jumpa kami di sana! ❀️

πŸ’ƒ USIA BUKAN PENGHALANG UNTUK TERUS AKTIF DAN SIHAT! πŸ•ΊMasih mencari aktiviti yang menyeronokkan sambil menjaga kesihatan...
03/07/2026

πŸ’ƒ USIA BUKAN PENGHALANG UNTUK TERUS AKTIF DAN SIHAT! πŸ•Ί

Masih mencari aktiviti yang menyeronokkan sambil menjaga kesihatan? Inilah peluang terbaik untuk anda!

🌟 Jom sertai Aerodance Warga Emas di Wellness Hub Muallim. Nikmati senaman yang mudah diikuti, diiringi muzik yang ceria dan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman. Aktiviti ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan fizikal, malah dapat mengurangkan stres, mengeratkan silaturahim dan memberi semangat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Tidak perlu risau jika anda pertama kali mencuba. Yang penting, datang dengan semangat dan senyuman! 😊

πŸ“… Tarikh: 6 Julai 2026 (Isnin)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 10.00 pagi
πŸ“ Tempat: Wellness Hub Muallim, Jalan Raja Itam, 35900 Tanjong Malim, Perak
πŸ’° Penyertaan adalah PERCUMA!

πŸ“ž Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran:
Pn. Sandra: 016-2444248

✨ Jom ajak ibu, ayah, datuk, nenek, jiran dan rakan-rakan sekali. Lagi ramai, lagi meriah!

"Mulakan langkah hari ini kerana kesihatan yang baik adalah nikmat yang paling berharga. Satu jam bersama kami mungkin menjadi permulaan kepada kehidupan yang lebih aktif, lebih ceria dan lebih sihat." ❀️

πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA WELLNESS HUB MUALLIMDimaklumkan kepada semua pengguna, fasiliti dan pusat kecergasan Well...
22/06/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA WELLNESS HUB MUALLIM

Dimaklumkan kepada semua pengguna, fasiliti dan pusat kecergasan Wellness Hub Muallim akan ditutup sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan, dan baik pulih.

Oleh itu, tiada sebarang aktiviti akan dijalankan sepanjang minggu ini sehinggalah segala kerja penyelenggaraan selesai sepenuhnya.

Pihak pengurusan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Kerjasama dan pemahaman daripada pihak anda amatlah kami hargai. Sebarang perkembangan lanjut mengenai tarikh pembukaan semula akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terima kasih.

πŸŒΈπŸ’ƒ WANITA HEBAT, JOM LUANGKAN 1 JAM UNTUK DIRI SENDIRI! πŸ’ƒπŸŒΈKesibukan kerja, urusan rumah tangga dan komitmen harian serin...
18/06/2026

πŸŒΈπŸ’ƒ WANITA HEBAT, JOM LUANGKAN 1 JAM UNTUK DIRI SENDIRI! πŸ’ƒπŸŒΈ

Kesibukan kerja, urusan rumah tangga dan komitmen harian sering membuatkan kita terlupa untuk menjaga kesihatan diri. Jadi, apa kata kali ini anda hadiahkan sedikit masa untuk diri sendiri dengan menyertai ZUMBA BESTIE CLASS yang penuh dengan keseronokan, tenaga positif dan semangat kebersamaan!

πŸ“… 19 Jun 2026 (Jumaat)
⏰ 5.30 petang – 6.30 petang
πŸ“ Wellness Hub Muallim, Jalan Raja Itam, Tanjong Malim
πŸ’° PERCUMA

πŸ’«Jangan tunggu sehingga kesihatan terganggu untuk mula aktif. Mulakan langkah kecil hari ini demi kesihatan yang lebih baik pada masa hadapan.πŸ’ͺ🏻✨

Address

Wellness Hub Muallim, Jalan Raja Itam
Tanjong Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
15:00 - 17:00

Telephone

+6054520821

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Muallim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wellness Hub Muallim:

Shortcuts

Share