HOSPITAL TAPAH

HOSPITAL TAPAH Laman FB Rasmi Hospital Tapah,Perak

๐Ÿ’Š ๐—Ÿ๐—จ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—จ๐—•๐—”๐—ง ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—งUnit Farmasi & Bekalan Hospital Tapah akan membuka kaunter (booth) MyMediSAFE da...
05/06/2026

๐Ÿ’Š ๐—Ÿ๐—จ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—จ๐—•๐—”๐—ง ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง

Unit Farmasi & Bekalan Hospital Tapah akan membuka kaunter (booth) MyMediSAFE dan MediTips pada ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ bertempat di ruang menunggu Klinik Pakar, Hospital Tapah.

Apa itu Program MyMediSAFE?
Program ini merupakan satu inisiatif yang memberi fokus kepada pelupusan ubat-ubatan secara selamat. Inisiatif ini dilaksanakan melalui kolaborasi bersama rakan strategik daripada sektor awam dan swasta, merangkumi fasiliti kesihatan, farmasi komuniti serta industri farmaseutikal.

๐—๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐˜€ ๐—จ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐——๐—ถ๐—น๐˜‚๐—ฝ๐˜‚๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป:
โœ… Ubat yang rosak
โœ… Ubat yang telah tamat tempoh
โœ… Ubat yang tidak digunakan lagi (baki ubat)

๐Ÿ’ก Jom Sertai Kami!
Bawa ubat-ubatan tersebut ke kaunter kami dan pelajari cara melupuskan ubat dengan betul dan selamat.

๐Ÿ“ฆ Tong khas (Bin) akan disediakan untuk tujuan pengumpulan.

Mari bersama-sama melindungi alam sekitar dengan mengamalkan pelupusan ubat yang selamat!



๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
01/06/2026

๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

๐Ÿ•Œ  ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—•๐—”๐——๐—”๐—› ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—กHari ini, seluruh warga ...
28/05/2026

๐Ÿ•Œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—•๐—”๐——๐—”๐—› ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก

Hari ini, seluruh warga Hospital Tapah telah berkumpul dalam satu suasana yang penuh muhibah dan harmoni bagi menjayakan Program Ibadah Korban peringkat hospital.

Program yang penuh bermakna ini telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Pengarah Hospital Tapah, Dr. Wan Immi binti Salim. Kehadiran dan sokongan padu daripada beliau telah menyuntik semangat tinggi buat semua petugas yang hadir.

๐Ÿค ๐—ž๐—ฒ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป & ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ
Bermula seawal jam 8.15 pagi sehinggalah selesai pada jam 1.30 petang, program ini menjadi medan terbaik memperkukuh ikatan silaturahim. Perkara yang paling membanggakan adalah penglibatan menyeluruh daripada pelbagai lapisan warga kerja hospital tanpa mengira jawatan, ahli keluarga staf, serta rakan strategik kami daripada syarikat konsesi dan syarikat keselamatan.

Program telah diuruskan dengan penuh tertib dan teratur hasil kerjasama erat semua pihak. Antara aktiviti yang dijalankan secara berperingkat termasuklah:

๐Ÿ”น Proses pengurusan dan penyediaan awal
๐Ÿ”น Aktiviti melapah dan pemotongan
๐Ÿ”น Pengagihan (amal kebajikan)
๐Ÿ”น Aktiviti memasak secara bergotong-royong
๐Ÿ”น Jamuan selera bersama-sama

โค๏ธ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐——๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ!
Pihak Hospital Tapah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa, dan sokongan. Semangat saling membantu dan keharmonian yang ditunjukkan hari ini adalah refleksi sebenar keutuhan Keluarga Hospital Tapah.

Semoga usaha murni ini diberkati dan ukhuwah sesama kita terus mekar demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. ๐ŸŒŸ



๐Ÿ“ธ jurugambar oleh: eo alif & ppf afiq

Raikan hari mulia ini dengan penuh kesyukuran.
26/05/2026

Raikan hari mulia ini dengan penuh kesyukuran.

๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒโœจAlhamdulillah, suasana hari ini cukup meriah dengan semangat...
25/05/2026

๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโœจ

Alhamdulillah, suasana hari ini cukup meriah dengan semangat kerjasama dan ukhuwah.

Pagi ini, kami telah mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membuat persiapan rapi menjelang Program Korban Hospital Tapah yang dijadualkan berlangsung pada 28 Mei 2026 ini.

Aktiviti ini telah dijayakan menerusi kerjasama erat antara kakitangan Hospital Tapah dan tenaga kerja syarikat konsesi. Antara skop tugasan yang telah digerakkan bersama termasuklah kerja-kerja penyediaan tapak seperti penggalian lubang, pemasangan khemah, serta penyediaan inventori dan senarai peralatan.

Diharapkan agar berkat muafakat dan penat lelah kita pada hari ini akan membuahkan hasil. Semoga Program Korban pada hari Khamis nanti dapat berjalan dengan lancar, selamat, serta dipermudahkan segala urusan. Amin Ya Rabbal Alamin. ๐Ÿคฒ

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—› ๐Ÿ•ŒโœจPada 22 Mei 2026 (Jumaat) yang lalu, seawal jam 8.30 pagi, warga Hospital...
24/05/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—› ๐Ÿ•Œโœจ

Pada 22 Mei 2026 (Jumaat) yang lalu, seawal jam 8.30 pagi, warga Hospital Tapah telah berhimpun di Surau Azharul Abidin bagi menjayakan Majlis Bacaan Yasin Peringkat Hospital Tapah.

Majlis bermakna ini turut menjadi medan mengeratkan ukhuwah sesama warga kerja, sambil mengambil keberkatan menjelangnya sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Semoga kita semua terus berada di bawah rahmat dan peliharaan Allah SWT dalam setiap langkah dan amalan kita. Amin Ya Rabbal Alamin. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐Ÿ”ฅ ๐— ๐—ข๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—  ๐——๐—œ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก! ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—” "๐—๐—ข๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—”๐— ๐—ฅ๐—ข๐—•๐—œ๐—ž" ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—› ๐Ÿ”ฅBiarpun penat bekerja seharian, ramai yang masih sudi...
23/05/2026

๐Ÿ”ฅ ๐— ๐—ข๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—  ๐——๐—œ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก! ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—” "๐—๐—ข๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—”๐— ๐—ฅ๐—ข๐—•๐—œ๐—ž" ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—› ๐Ÿ”ฅ

Biarpun penat bekerja seharian, ramai yang masih sudi turun padang untuk berpeluh sakan demi kesihatan diri. Syabas diucapkan! ๐Ÿ‘

๐—œ๐—ป๐—ณ๐—ผ ๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ:
๐Ÿ“… Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)
โฐ Masa: 5.15 Petang - 6.15 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan CME, Hospital Tapah

Terima kasih yang tidak terhingga kepada instruktor kita, Encik Muhammad Irfan Syafiq bin Wahid dari Unit Fisioterapi Hospital Tapah. Beliau tetap memberikan komitmen 100% dan memastikan semua peserta terus cergas dari awal hingga tamat program pada jam 6.15 petang!

๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ก ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š: ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—๐—จ๐—ง ๐—ž๐—˜ ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง ๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—ข๐—— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก Pengarah Hospital Tapah, Dr. Wan Immi binti Salim, telah meluangk...
22/05/2026

๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ก ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š: ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—๐—จ๐—ง ๐—ž๐—˜ ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง ๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—ข๐—— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก

Pengarah Hospital Tapah, Dr. Wan Immi binti Salim, telah meluangkan masa melakukan lawatan mengejut ke Unit Rekod Perubatan pada 20 Mei 2026. Lawatan tanpa makluman awal ini bertujuan untuk melihat sendiri realiti operasi harian, pengurusan fail pesakit, dan tahap kebajikan warga kerja di unit ini.

Terima kasih kepada seluruh pasukan Unit Rekod Perubatan yang sentiasa bersiap siaga, komited, dan memastikan sistem dokumentasi hospital berjalan dengan teratur demi kelancaran rawatan pesakit.

๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐——๐—ข๐—ž๐—จ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—›Setiap rekod pesakit adalah komponen kritikal dalam penjagaan kesihatan...
21/05/2026

๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐——๐—ข๐—ž๐—จ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—›

Setiap rekod pesakit adalah komponen kritikal dalam penjagaan kesihatan. Pada 19 Mei 2026 lalu, Hospital Tapah telah berjaya menganjurkan Bengkel Dokumentasi Jururawat 2026 bagi memantapkan kemahiran pengurusan rekod klinikal barisan hadapan kami.

Program bermula seawal 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan, Jururawat Klinikal Gred U10 dari Hospital Teluk Intan (Hospital Kluster Perak Selatan).

๐—ง๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ผ๐—ธ๐˜‚๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ž๐—น๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—น:
โœ… Memastikan maklumat pesakit tersusun dan tepat.
โœ… Menjamin kesinambungan kerja dan rawatan.
โœ… Bertindak sebagai bahan bukti, rujukan, bahan audit, serta pelindung dari aspek keselamatan dan perundangan.

๐—ฃ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜€๐—ถ๐—ฝ ๐——๐—ผ๐—ธ๐˜‚๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ:
โœ”๏ธ Hanya merekodkan fakta yang tepat.
โœ”๏ธ Tulisan yang jelas, terang, dan mudah difahami.
โœ”๏ธ Mencatatkan tarikh dan masa yang betul.
โœ”๏ธ Melakukan dokumentasi dengan kadar segera.

Tahniah kepada semua peserta! Latihan berterusan ini adalah komitmen ikhlas Hospital Tapah dalam memastikan setiap pesakit menerima rawatan yang teratur dan selamat.

๐Ÿ“ข ๐—ฃ๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—จ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ (๐—ž๐—จ๐—”): ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—จ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ & ๐—จ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ถ๐—ฑ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ ๐—™๐—ฎ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—›๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ง๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ต telah menganjurka...
20/05/2026

๐Ÿ“ข ๐—ฃ๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—จ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ (๐—ž๐—จ๐—”): ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—จ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ & ๐—จ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ถ๐—ฑ

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ ๐—™๐—ฎ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—›๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ง๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ต telah menganjurkan pameran Kenali Ubat Anda pada ๐Ÿญ๐Ÿต ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€๐—ฎ) bertempat di Lobi Klinik Pakar Hospital Tapah, dari jam 9:00 pagi hingga 11:00 pagi, dengan penyertaan seramai 41 orang pengunjung yang terdiri daripada orang awam dan warga kerja hospital.

Pameran ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan ubat steroid serta kepentingan paparan tanda harga pada ubat-ubatan.

Semasa pameran, pegawai farmasi mendekati para pesakit dan memberikan penerangan berkenaan inisiatif kerajaan yang mewajibkan fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti memaparkan harga ubat bagi memastikan ketelusan harga dan melindungi hak pengguna. Di samping itu, mereka juga mendapat pendedahan berkaitan kesan sampingan dan cara penggunaan ubat steroid yang betul.

Pelbagai aktiviti interaktif turut diadakan seperti ๐—ธ๐˜‚๐—ถ๐˜‡, ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐˜€๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—บ ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ฟ yang diselitkan dengan soalan berkaitan pemaparan harga ubat dan ubat steroid. Aktiviti ini bukan sahaja menarik minat pengunjung, malah membantu menilai tahap kefahaman mereka. Cenderamata turut diberikan sebagai tanda penghargaan kepada peserta. ๐ŸŽ

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan, penyimpanan dan pelupusan ubat yang selamat.

๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต kepada semua yang terlibat dan menyokong program ini! ๐Ÿ’Šโœจ

Address

Jalan Temoh
Temoh
35000

Telephone

+6054011333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HOSPITAL TAPAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to HOSPITAL TAPAH:

Share

Category