24/02/2021
1)Menjaga pemakanan seharian.
- Perkara paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang.Terdapat banyak faedah yang terdapat pada makanan. Sebagai contoh:-
i)Nasi
ii)Bijirin
iii)Sayur- sayuran
iv)Buah- buahan
2) Menjaga kebersihan.
- Amalan gaya hidup sihat seterusnya adalah menjaga kebersihan samada diri,persekitaran atau rumah. Ini adalah untuk mengelak daripada terjebak atau terdedah kepada perkara yang menjejaskan kesihatan. Antaranya, sentiasa membersihkan diri dengan mandi, memakai pakaian bersih, memakai topeng muka atau sentiasa mencuci tangan.
3) Melakukan senaman atau riadah.
- Melakukan senaman atau riadah penting untuk tubuh badan kita kerana dapat membakar kalori dalam badan dan dapat mengurangkan masalah peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan riadah boleh dilakukan sekurang- kurangnya 3 kali seminggu.
4) Menghindarkan diri daripada aktivit negatif yang boleh menjejaskan kesihatan.
-Selain itu, kita hendaklah mengelakkan aktivit- aktiviti yang memberi impak tidak baik terhadap tubuh badan kita. Hal demikian boleh menjeajaskan kesihatan tubuh badan kita dalam masa yang panjang. Sebagai contoh menghisap rokok atau penagihan dadah.
5) Mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
- Kebanyakkan orang dalam kalangan masyarakat biasanya akan berjumpa doktor apabila sudah sakit sahaja. Tetapi mereka lupa bahawa gaya hidup yang sihat memerlukan seseorang membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.Kesihatan kesihatan boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta supaya dapat memastikan kesihatan kita terus berada dalam keadaan baik.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi gaya hidup kesihatan yang perlu kita lakukan agar kita boleh terus hidup sihat.Nyawa tidak boleh dibeli dimana- mana. Sayangilah orang tersayang. Akhir sekali, peribahaa Melayu ada menyebut "mencegah itu lebih baik dari mengubati". Sekian.