11/05/2026
Obesiti bukan sekadar isu individu, gaya hidup atau pilihan peribadi. Ia berkait rapat dengan persekitaran makanan, kemampuan ekonomi, reka bentuk bandar, pendidikan, pemasaran, akses kepada perkhidmatan kesihatan, serta peluang untuk hidup sihat.
๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป:
๐ ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ถ๐ป๐ฎ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ ๐ข๐ฏ๐ฒ๐๐ถ๐๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต ๐๐ฑ๐ถ๐น ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐ธ๐น๐๐๐ถ๐ณ
11 Mei 2026 | 9.45 pagi
Bandar Sunway
Pagi ini saya hadir sebagai expert / KOL dalam ๐๐ฐ๐ญ๐ช๐ค๐บ ๐๐ฐ๐ณ๐ฌ๐ด๐ฉ๐ฐ๐ฑ: ๐๐ฎ๐ฃ๐ฆ๐ฅ๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ฒ๐ถ๐ช๐ต๐บ ๐ช๐ฏ ๐๐ฃ๐ฆ๐ด๐ช๐ต๐บ ๐๐ฐ๐ญ๐ช๐ค๐บ๐ฎ๐ข๐ฌ๐ช๐ฏ๐จ ๐ช๐ฏ ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ข.
Bengkel ini merupakan kesinambungan kepada kolaborasi penyelidikan antara University College London dan Monash University Malaysia. Bengkel ini dilaksanakan untuk meneliti sejauh mana aspek ๐ฉ๐ฆ๐ข๐ญ๐ต๐ฉ ๐ฆ๐ฒ๐ถ๐ช๐ต๐บ diiktiraf dan diterapkan dalam penggubalan dasar berkaitan obesiti di Malaysia.
Seramai kira-kira 25 orang peserta hadir, mewakili pelbagai sektor dan kepakaran; Kementerian Kesihatan Malaysia, badan bukan kerajaan, think tank, pengamal klinikal, ahli akademik dan sektor swasta.
Perbincangan sangat bermakna kerana obesiti bukan sekadar isu individu, gaya hidup atau pilihan peribadi. Ia berkait rapat dengan persekitaran makanan, kemampuan ekonomi, reka bentuk bandar, pendidikan, pemasaran, akses kepada perkhidmatan kesihatan, serta peluang untuk hidup sihat.
Dalam konteks ini, ๐ฆ๐ฒ๐ถ๐ช๐ต๐บ menjadi sangat penting.
Kejayaan dasar obesiti bukan sekadar diukur melalui keberkesanan intervensi, tetapi juga pada tahap keadilan akses dan impaknya kepada masyarakat.
Kerana persoalan sebenar bukan hanya:
* Apa yang berkesan?โ
Tetapi soalan yang lebih inklusif adalah;
โUntuk siapa ia berkesan?โ
"Siapa yang masih tertinggal?โ
"Adakah jurang kesihatan semakin mengecil, atau semakin melebar?โ
Bengkel hari ini memberi ruang untuk meneliti dapatan awal penyelidikan, memberi maklum balas, dan yang lebih penting, membangunkan cadangan konkrit bagi memperkukuh pertimbangan ekuiti dalam dasar obesiti negara.
Saya gembira melihat ramai rakan-rakan yang telah lama bekerja dalam bidang ini hadir bersama - daripada perspektif kesihatan awam, klinikal, akademik, komuniti, polisi dan pelaksanaan.
Perbincangan seperti ini penting kerana obesiti memerlukan pendekatan menyeluruh. Ia tidak boleh diselesaikan oleh sektor kesihatan semata-mata.
Kita memerlukan dasar yang lebih adil, lebih berpaksikan konteks kehidupan sebenar masyarakat, dan lebih berani menangani punca struktur yang membentuk risiko obesiti.
๐ ๐จ๐ฐ๐ฐ๐ฅ ๐ฅ๐ช๐ด๐ค๐ถ๐ด๐ด๐ช๐ฐ๐ฏ, ๐ธ๐ช๐ต๐ฉ ๐ข ๐ท๐ฆ๐ณ๐บ ๐จ๐ฐ๐ฐ๐ฅ ๐จ๐ณ๐ฐ๐ถ๐ฑ ๐ฐ๐ง ๐ฑ๐ฆ๐ฐ๐ฑ๐ญ๐ฆ.
Semoga dapatan dan cadangan daripada bengkel ini dapat diterjemahkan kepada tindakan dasar yang lebih inklusif, praktikal dan memberi impak sebenar kepada rakyat.