02/01/2026
Dah lama perap lagu ni, so kita up sempena tahun baru 2026 lah.. Moga yang mendengarnya turut terhibur.
. SURAT BUAT BULAN 🌙...
Ada cinta yang tak sempat bermula,
bukan kerana tiada rasa, tapi kerana terlalu banyak diam.
“Surat Buat Bulan” lahir daripada perasaan yang tak berani di ucap, tak sempat di perjuangan, dan akhirnya hanya mampu di titipkan kepada malam dan bulan sebagai saksi.
Bulan mendengar, diam menyimpan rahsia, tentang rindu yang di pendam, tentang nama yang tak pernah di sebut, hanya diluah dalam doa.
Lagu ini bukan tentang memiliki, tetapi tentang mencintai dalam diam dan belajar merelakan tanpa pernah membenci.
Untuk sesiapa yang pernah mencintai
tanpa sempat berkata apa-apa…
lagu ini untuk kamu. 🌹
#2026