24/12/2023
POSTING 3
NAMA: NOR FATIHAH BINTI SAFERI
NO. MATRIK: 292126
STATISTIK PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Penderaan kanak-kanak adalah pelanggaran serius atau pelanggaran hak kanak-kanak untuk berkembang dalam kesihatan dan maruah yang baik sambil menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan ini boleh diklasifikasikan kepada empat jenis penderaan utama iaitu penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian. Pengabaian ini dibahagikan kepada pengabaian pengawasan, pengabaian hak asasi dan lain-lain. Sejak kebelakangan ini, banyak kes yang berkaitan dengan penderaan kanak-kanak telah dilaporkan.
Kajian menunjukkan kes penderaan di Malaysia semakin meningkat pada setiap tahun, terutamanya pada tahun 2017 yang mencatatkan sebanyak 5537 kes. Kajian juga mendapati kategori pengabaian hak asasi, penderaan fizikal serta penderaan seksual direkodkan sebagai kes penderaan tertinggi. Manakala kanak-kanak perempuan yang mengalami penderaan seksual mencatatkan golongan tertinggi didera iaitu sebanyak 1279 kes pada tahun 2017.
Statistik menunjukkan jumlah Kes penderaan kanak-kanak di Malaysia semakin meningkat Dari tahun ke tahun. Antaranya, peningkatan kes sebanyak 179 kes daripada 4119 pada tahun 2013 kepada 4295 kes padah tahun 2014. Manakala pada tahun 2016 berlaku peningkatan mendadak sebanyak 529 kes iaitu dengan peningkatan sebanyak 4982 kes. Pada tahun 2017 jumlah kes semakin meningkat sebanyak 555 kes di mana 5537 kes telah dilaporkan pada tahun tersebut. Hal ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes pada tahun tersebut merupakan jumlah kes yang tertinggi dicatatkan.
Semua kes ini merangkumi kes penderaan dari pelbagai kategori iaitu penderaan fizikal, emosi, seksual serta pengabaian dari semua aspek dari tahun 2013 hingga ke tahun 2017. Angka yang semakin meningkat ini menunjukkan kes penderaan yang berlaku di Malaysia adalah semakin tinggi dan perlu ditangani dengan kadar yang segera. Kajian juga menunjukkan kanak-kanak perempuan merupakan kes yang paling ramai menjadi mangsa jenayah penderaan seksual berbanding kanak-kanak lelaki. Namun begitu, bagi kes penderaan yang lain julat perbezaan antara kanak-kanak perempuan dan lelaki adalah tidak jauh berbeza.
Untuk menangani isu penderaan kanak-kanak di Malaysia adalah dengan mewujudkan satu garis panduan bagi membangunkan model keluarga sejahtera dan selamat. Hal ini dikatakan demikian kerana, dapat membentuk satu keluarga yang harmoni dengan elemen pendidikan Islam, dan tauhid bagi membantu masyarakat.
Kesimpulannya, ibu bapa haruslah berusaha untuk mempelajari ilmu keibubapaan bagi menjadi ibu bapa yang celik ilmu dan mempunyai pengetahuan tentang psikologi rumah tangga dan kanak-kanak. Dengan adanya semangat untuk melakukan pelbagai usaha daripada semua pihak untuk menangani kes ini, kesejahteraan dapat diwujudkan untuk membentuk masyarakat yang harmoni dan keluarga yang sejahtera.
Satistik penderaan kanak di Malaysia adalah seperti berikut:
 Pada tahun 2019, terdapat 6061 kes penderaan kanak-kanak.
 Pada tahun 2020 sehingga September, terdapat 3865 kes penderaan kanak-kanak.
 Jenis penderaan kanak-kanak termasuklah dari segi fizikal, seksual, emosi dan pengabaian.
 Pada tahun lalu, terdapat 1904 kes penderaan seksual, 171 kes penderaan emosi, 1459 kes penderaan fizikal, 1618 kes pengabaian, 162 kes kanak dibuang atau tiada ibu bapa dam 522 kes lain.
(PDF) STATISTIK KES PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA : SATU ANALISIS (researchgate.net)